Semakin ramai alim ulama meninggalkan kita sejak akhir-akhir ini, tanda dunia sudah semakin tua dan ke penghujungnya. Terkini, seorang syaikh tariqah terkenal sangat terkenal di Turki, Syeikh Mahmûd Efendi Hazretlerimiz dilaporkan meninggal semalam dan akan dikebumikan hari ini.
Menurut Mehmet Izudin Gul, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Turki berkongsi pemergian seorang ulama terkenal semalam dan akan dikebumikan hari ini.
Berikut adalah perkongsiannya:-
Allahu. Subuh pagi ini, baru saja mendapat berita pilu yang Syeikh Mahmûd Efendi Hazretlerimiz telah pergi meninggal dunia tadi.
Ads
Innalillahi wa Inna ilaihi raji’un.
Syeikh Mahmud Efendi adalah seorang syaikh tariqah yang sangat terkenal di Turki & mempunyai anak murid di seluruh dunia. Beliau sangat disayangi oleh pengikut-pengikutnya dan sering dikunjungi oleh manusia serata dunia yang datang ke İstanbul. (rujuk gambar-gambar beliau dengan keturunan Uthmaniyyah & Erdoğan ).
Kepada yang berada di İstanbul, solat jenazah akan diadakan pada hari Jumaat ini. Jenazah akan dipindahkan dari Masjid Fatih selepas solat Jumaat.
(Ikut pengalaman, semasa Hocam Balkanlıoğlu wafat dulu, jammed teruk area Fatih İstanbul, sampaikan untuk motorsikal lalu pun takda laluan. Penuh dengan manusia.
Ads
Inikan pula Syeikh Mahmud Efendi yang meninggal. Semua pengikutnya di seluruh pelusuk Turki akan hadir.
Yang bercadang nak pergi beri penghormatan terakhir Jumaat ini, persiapkan diri. Memang sesak sungguh nanti.)
Ads
Terakhirnya, Al-Fatihah buat sang guru besar kepada ummah. Pemergianmu dirasai.
Memetik laman web The Muslim 500, Syeikh Effendi menjadi seorang hafiz seawal usia enam tahun. Beliau mempelajari bahasa Arab dan Parsi, dan kemudian melanjutkan pelajaran dan jurusan Sains Islam. Sheikh Effendi dilantik sebagai imam masjid Ismail Agha di Istanbul pada tahun 1954, di mana beliau kekal sehingga bersara pada tahun 1996.
Syeikh Effendi mempunyai berjuta-juta pengikut dan telah menubuhkan pelbagai organisasi keagamaan, sosial dan amal seperti Persatuan Marifet, Persekutuan Persatuan Marifet dan Gabungan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setelah sekian lama tertanya-tanya status sebenar pelakon dan pengacara cantik Mira Filzah, hari ini mengesahkan diinya sudahpun bertunang.
Mira mengakui sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Wan Ezmir Astar yang juga anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.
Tuan empunya diri mengesahkan statusnya itu ketika ditemui di majlis pelancaran platform digital Nurflix di Bukit Jelutong Shah Alam.
Malah Mira turut mengakui sudah bersedia (untuk berkahwin) dan dalam proses persiapan majlis perkahwinannya yang akan diadakan Oktober nanti.
“Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya.
Menurut pelakon filem Sangkar ini, dia akan maklumkan kepada media sekiranya semuanya berjalan dengan lancar.
“Insya-Allah, memandangkan kerajaan pun sudah membenarkan jumlah tetamu untuk majlis perkahwinan adalah 250 orang, tentunya saya akan sediakan tempat untuk rakan-rakan media. Apa-apa pun, saya akan maklumkan sekiranya semuanya sudah siap sedia,” katanya yang akan muncul dalam program terbaru Nurflix berjudul Mira Mira On The Wall di saluran Nurflix tidak lama lagi.
Sebaik artikel mengenainya di muat naik di laman sosial Harian Metro, ramai mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan berharap segala perjalanan menuju hari bahagia dipermudahkan.
Berat lakukan ibadah dalam bulan ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir. Mudah-mudahan Allah permudahkan dan ringankan bebanan kita sepanjang bulan Ramadan.
Bulan Ramadan adalah bulan beribadat dan mengejar ahala. Namun kadang-kadang timbul ujian dalam mendapat pahala di bulan yang mulia ini.
Ustazah Asma kongsikan doa yang rasulullah ajar, agar kita merasa ringan beribadat kepada-Nya:
Amalkan doa ini agar allah tukarkan rasa berat kepada rasa manis dan ringan ketika beribadah.
Bulan Ramadan sememangnya bulan untuk menguji keimanan setiap hamba-Nya, manakan tidak Allah SWT menjanjikan pahala berlipat kali ganda dalam bulan ini.
Pastilah kita bakal teruji dengan banyak perkara seperti timbul rasa lelah saat beribadah, rasa berat nak menghulur sedekah dan lain-lain.
Kerana itu ada doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Muadz bin Jabal agar Allah SWT kurniakan kekuatan dan keringanan untuk beribadah.
Dalam Bulan Ramadan
Di dalam doa ini, Baginda berpesan kepada Muadz agar membaca doa ini setiap kali di akhir solat dan ketika sujud terakhir sebelum salam. Jadikan ia amalan, Insyaallah besar manfaatnya dalam kehidupan seharian.
“Sesungguhnya engkau akan mendatangi sekelompok kaum dari Ahli Kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah, dan bersaksi bahwa aku adalah utusan Allah.
Jika sekiranya mereka mentaatimu akan hal tersebut, maka beritahulah mereka sesungguhnya Allah telah mewajibkan atas mereka solat lima waktu setiap harinya”.
(HR Bukhari & Muslim)
Maksudnya:
“Ambillah al-Qur’an daripada empat orang iaitu Ibnu Ummi Abdin (Abdullah bin Mas’ud), Mu’adz bin Jabal, dan Ubai bin Ka’ab serta Salim bekas hamba kepada Abu Hudzaifah“.
(HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)
Di dalam kitab Siyar A’lam An-Nubala’ juga ada menyebutkan bahawa;
“Di antara kalangan para sahabat yang sudah memberi fatwa pada zaman Rasulullah SAW, ada tiga orang dari kalangan Muhajirin iaitu Umar, Uthman dan Ali, dan tiga daripada kalangan Ansar iaitu Ubai bin Ka’ab, Mu’adz dan Zaid”.
Subhanallah. Beliaulah antara sahabat yang banyak berdamping dengan Rasulullah SAW dan mendapat nasihat secara terus daripada Baginda. Semoga Allah meredhai Mu’adz, dan memberi balasan atas setiap sumbangannya terhadap Islam.
Marilah sama-sama kita amalkan doa yang diajarkan Rasulullah kepada sahabatnya Muadz, agar Allah SWT sentiasa kurniakan rasa ringan dan rindu dalam diri kita untuk beribadah kepada-Nya terutamanya sepanjang bulan Ramadan ini.
Menjadi kebiasaan wanita memotong rambut di salun dan bila selesai ramai membiarkan saja rambut tersebut diuruskan oleh pihak salun.
Tak ramai yang ambil kisah tentang rambut yang sudahpun dipotong. Hakikatnya rambut wanita yang dipotong itu masih dikira aurat dan tidak boleh terdedah apatah lagi dipegang oleh lelaki ajnabi.
Perkara ini dihuraikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan ketika menjawab persoalan berkaitan hukum memegang rambut wanita yang sudah dipotong. Ikuti penjelasan berikut.
SOALAN
Assalammualaikum. Saya menyapu kawasan kaki lima di depan kedai gunting muslimah, pada masa sama saya pegang rambut yang gugur dengan sangkaan yang kuat itu rambut wanita. Adakah termasuk saya memegang aurat wanita? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.
JAWAPAN
Rambut wanita ajnabi adalah aurat sama ada yang masih bersambung dengan anggota mahupun yang terpotong. Oleh itu, aurat bagi rambut wanita yang terpotong itu haram dipegang dan juga wajib disembunyikan dengan apa-apa cara sekalipun agar tidak terdedah kepada lelaki ajnabi.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.
Larangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar RA beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
Maksudnya: Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik baginya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).
Riwayat Al-Thabrani, Mu’jam Al-Kabir (20/211)
Menurut Sheikh Zainuddin al-Malibari, keseluruhan anggota wanita ajnabi yang haram dilihat, maka haram pula disentuh tanpa lapik kerana menyentuhnya lebih lazat. Begitu juga, haram memegang wajah wanita ajnabi secara mutlak walaupun boleh melihat. Bukan sekadar itu sahaja, anggota yang terpisah haram juga dipegang seperti potongan kuku tangan, atau kaki dan rambut wanita. Anggota tersebut juga wajib disembunyikan,[1]
Oleh yang demikian, aurat yang boleh didedahkan walaupun wajah wanita tetap tidak boleh disentuh. Bahkan rambut yang terpotong juga dikira aurat yang tidak boleh disentuh oleh lelaki ajnabi.
Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Berikut adalah di antaranya yang mana terdapat dalam hadis sahih.Perkara...