Janji Allah itu pasti tentang usia. Tidak lambat atau tercepat walau seminit. Al-Fatihah buat pemilik Burger Boy atau nama sebenarnya Mohd Kosim yang diberitakan meninggal dunia semalam dalam usia muda.

Berita pemergiannya dikongsikan oleh Group Warga Kota Damansara tempat arwah meniaga.Bahkan setiap bait katanya yang mengajak rider-rider makan burger secara percuma terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut diingati kerana memahami keperitan orang ramai mencari rezeki.

Katanya, “Allah dah bayarkan” cukup diingati ramai.

“Tak ada duit nak makan burger time PKP ni, jangan malu jangan segan mari kedai saya Burger Boy. Makan la sampai kenyang. Anda adalah saham akhirat saya. Saya ikhlas saya tak sembang kosong.. Mai kedai bagitahu saya atau staff² saya kalau tak ada duit, makan je.. Allah dah bayar..”

IKLAN

Dalam satu perkongsian Twitter @itsbelleunicorn, pemergiannya diiringi doa asbab kebaikan dilakukan semasa hidup iaitu suka bersedekah kepada orang ramai.

Hari ini group penduduk agak ‘aktif’ tentang kematian pemuda yang dikenali dalam kalangan warga Kota Damansara (KD). Brader ni meniaga truck burger je. Tapi sepanjang aku perhati, perniagaan beliau memang laris.

Semasa awal PKP, beliau antara anak muda yang banyak berjasa dalam KD. Aku ingat lagi beliau pernah tular tentang pemberian burger secara percuma kepada orang yang memerlukan.

IKLAN

Siapa saja yang lapar, boleh saja ambil burger percuma. Yang penting, betul-betul dalam kesusahan. Lepas pada itu, aku perhati yang beliau bukan saja meniaga burger, malah beliau beri peluang kepada penduduk yang hendak produk makanan mereka dan letak di truck burger beliau.

Dalam berniaga, beliau bantu penduduk keliling meniaga juga. Sebab itu aku perhati, truck burgernya selalu penuh dengan pelanggan. Walaupun seawal 7pagi. Ya, sangat jarang kita dengar peniaga burger berniaga waktu sarapan

IKLAN

Ada waktu, aku juga perhati yang beliau gemar promosi kedai-kedai makan sekitar KD. Yang kadang, aku sendiri pun tak sedar kewujudan kedai-kedai tersebut. Aku banyak perhati cara beliau ni. Seronok sebenarnya tengok anak muda begini.

Sudah lah rajin buat live marketing dan rajin promote food trucknya. Kadang orang datang beli burger, beli juga kuih muih lain. Bagus betul beliau Al Fatihah buat Mohd Kasim, Founder Burger Boy KD.

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI