Tidak dinafikan populariti Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri sangat disenangi pelbagai lapisan masyarakat.
Tidak kira golongan muda atau tua menyukai keperibadian yang ditunjukkan Mantan Wilayah Persekutuan ini.
Malah beliau juga seorang yang rajin berinteraksi dengan warganet di media sosial. Menggunakan medium ini untuk memberitahu atau menyebarkan ilmu dakwah berguna kepada orang ramai.
Dalam posting terbaru beliau di laman sosial Facebook, Dr. Zulkifli berkongsi satu surat yang diterima daripada peminat ciliknya yang mengucapkan Selamat Hari Raya.
Dalam posting itu, Dr. Zulkifli sangat merendah diri membahasakan dirinya sebagai pakcik dan mengucapkan terima kasih atas kiriman kad serta kuih muih buat dirinya.
Dia juga turut meminta keizinan untuk bekerjasama mengeluarkan buku Bayyan Linnas versi komik untuk kanak-kanak. Ini adalah katanya bagi menarik minat kanak-kanak untuk menuntut ilmu.
Menteri Agama kesayangan ramai ini juga mengakui sangat terharu dengan pemberian kad dan kuih muih kepadanya.
Annarahman Alhamdulillah…minta balas dia tu Ustaz… Seronok saya tengok..pabila golongan kanak2 ….atau peringkat sek rendah..”menghampiri”para ilmuan……
Tkasih Dato Ustaz..yg sentiasa sporting
Rosmawati Taharip Alhamdulillah dgn keperibadian Datuk…. Anak2.pun tertarik… Ni satu perubahan yg baik..bg generasi baru….
Artikel Berkaitan: “Larang Salah Guna Kuasa” – Padu Jawapan Ustaz Azhar Idrus Bila Ditanya Dr Zulkifli Kalau Dilantik Jadi Menteri Agama