Antara solat yang paling popular ditinggalkan pada hari perkahwinan adalah solat zohor. Fenomena ini dapat dilihat berlaku di mana-mana sahaja, malahan ada di kalangan sanak-saudara sendiri yang meninggalkan solat pada hari pertama memikul amanah sebagai seorang suami/isteri. Sudah tentu ia situasi yang amat menyedihkan.
Masalah akan lebih banyak dihadapi oleh pengantin perempuan kerana perlu bermekap. Kebiasaannya waktu majlis bermula antara jam 11 – 12 pagi hingga 4 – 5 petang. Bagi pengantin perempuan, mak andam akan tiba pada jam lebih kurang 10 pagi untuk memulakan sesi menyolek. Takkan masuk waktu zohor, nak tanggalkan solekan, lepas solat nak solek balik? Leceh la kan?
Kalau ada pun pengantin yang sempat solat zohor malangnya sudah di akhir-akhir waktu. Apakah kita akan terus membiarkan fenomena ini berlaku pada diri kita (pada yang masih bujang) atau berleluasa di kalangan keluarga dan teman-teman? Sudah tentu tidak bukan?
Berikut tip berguna untuk bakal pengantin baru.
Ads
Tip untuk pengantin, yang tak nak solat zuhur di akhir waktu dan tak nak makeup 2, 3 kali
1) Pakai fullglove. Bukan yang jejaring ala-ala pwinsess tu taw, tapi yang full cover macam kak long pakai dalam gambar ni.
2) Ambik wudhu’ siap-siap sebelum makeup.
Ads
3) Jangan kentut!
Kalau awak buat no 3 ni, memang no 1 dengan 2 dah tak berguna lah
Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri. Kak long tak pasti setiap pengantin akan salam pasangan ke tak mase rombongan pengantin lelaki datang, tapi kak long salam. Actually, sebab blur tak tau nak buat apa. Haha.
Ads
Takkan nak terus berdiri sebelah dia, segan ooiii. Disebabkan kak long berniqab, bila salam tu hidung jadi berlapik lah, so wudhu selamattt. Sebab dahi pun tak kena.
Pengakirannya, Zuhur pun tak delayyy. Tu yang paling penting.
Thank you husband, NorTaufiq Ishaq yang bagi idea full glove tu.
Sumber kredit: FB: Annisa Soleha-Niqab
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia, yang bererti sifat pembawaan manusia sebagai makhluk Allah. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Teman hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh diajak bekerja sama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga.
Melalui perkahwinan juga suami dapat membimbing isteri mendekatkan diri kepada Allah. Sebagai nakhoda yang mengemudi rumah tangga adalah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk membimbing isteri mendekatkan diri kepada Allah.
Berikut perkongsian Bijen Mohd ketika menunaikan ibadah umrah di kota suci Makkah.
Sewaktu di Masjidil Haram hari tu, mata saya sempat merakamkan gelagat sepasang suami isteri yang mesra di satu sudut masjid di situ.
Usai solat Maghrib, si isteri datang ke tempat solat lelaki, menemui suaminya sambil membawa Al-Quran untuk dibaca. Suaminya yang sedang bersandar menjadi mustami’ mendengar bacaan yang sedang disampaikan.
“Sweet-nya!” Berbunga hati saya melihat akan keletah mereka. Saya yakin majlis ta’lim wa ta’lum pasangan ini sudah dihidupkan sejak dari rumah mereka lagi. Tidak kekok walau sedikit pun.
Terus teringat pesan orang alim;
Bernikah itu mudah. Yang payah adalah mencari pasangan yang dapat membantu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.
Oleh itu mintalah 3 perkara dengan Allah:
1. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa mengingatkan kita kepada-Nya,
2. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa memimpin tangan kita ke syurga-Nya,
3. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.
Semoga rumah tangga kita menjadi wasilah untuk kita sampai ke syurga-Nya.
Ameen Ya Rabb.
Sumber kredit: FB: Bijen Mohd
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Isteri adalah anugerah yang tidak ternilai buat seorang suami. Walaupun seorang isteri itu tidak pernah minta dihargai namun sebagai suami, mereka perlu bijak ‘memikat’ hati isteri. Bantulah mana yang patut agar isteri rasa disayangi dan ‘diperlukan’ oleh suami.
“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu daripada isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki daripada yang baik-baik.” (Surah an-Nahl, ayat 72)
Bagi yang sering mengikuti Ebit Lew di medium sosial seperti Instagram mahupun Facebook sudah pastinya sering ‘melihat’ betapa Ebit Lew menyantuni isterinya. Dalam kesibukan beliau berdakwah, Ebit tidak pernah lupa menyisihkan waktu buat isteri tercinta.
Berikut perkongsian Ebit Lew di laman Instagramnya yang amat menyentuh hati.
Abang kenapa bagi hadiah pada bidadari abang ni? Sebak tengok bidadari menangis happy dan terkejut. Syukur pada Allah. Bukan hari lahir sayang pun. Ini hari lahir anak kita qadeejah 10/4. Memang dah niat dari hari tu masa buka Paramount Coffee House cawangan ketiga di Ioi Conezion Putrajaya. Dulu tak sempat belikan untuk arwah mak saya emas. Terima kaseh mak asbab doa mak semuanya. Semoga mak Allah letakkan dalam syurga Firdaus. Allah sayang mak.. Mak ajarkan saya sayang dan hargai isteri. Ya Allah. I love u bidadari abang…
MENANGIS DALAM BILIK PEMBEDAHAN
Yer bidadari abang. Hari ini hari lahir anak ketiga kita Qadeejah. Tapi abang teringat abang menangis dalam bilik pembedahan. Hari itu abang saja tengok betul-betul setiap lapisan perut sayang yang sakit. Teringat masa tu rasa sakitnya sayang. Dah macam apa perut tu di buka dll..masih ingat darah, dan setiap lapisan..jahitan setiap lapis..
Lepas dengar bunyi tangisan qadeejah abang menangis masa azankannya..ya Allah tuhanku. Sampai mati abang takkan dapat balas pengorbanan sayang. Demi cinta anugerah Allah ini abang cuma penat bekerja. Sayang dah bagi darah, nyawa, air mata segalanya. Sayang mati berkali-kali..Ini pun dah cukup buat sayang jadi ahli syurga…ya Allah itulah kelebihan seorang wanita. Seperti para pejuang syuhada dulu-dulu. Macam mana lah abang nak kejar sayang..ya Allah..
Terima kaseh Allah anugerahkan bidadariku ini. Selamat hari lahir anakku Qadeejah sayang 10/4. Semoga jadi anak solehah buat umi. Hamba Allah yang takwa mukminah..jadi daie Allah..Pohon doa semua sahabat. Terima kaseh kerana doa semua selama ini.
Buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, tentunya agak sulit untuk menabung. Memandangkan anda berdua sudah banyak berhabis ketika mengadakan majlis perkahwinan maka amat penting untuk anda berdua menabung semula.
Melalui perkongsian Hafizul Hakim di laman Facebooknya, lelaki ini berkongsi tip untuk menyimpan wang secara berkesan.
TIP SIMPAN DUIT CARA EKSTRIM! OKAY INI CARANYA:
Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genaplah. Pada 1 hb setiap bulan, suami akan masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1 hb. Esok harinya pada 2 hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan ‘tickkan’ pada 2 hb pada kalendar.
Dengan cara ini suami isteri boleh saling bekerjsama untuk menabung. Duit itu nanti bolehlah digunakan untuk keperluan bersama. Boleh juga digunakan untuk anak yang bakal lahir nanti. Setidak-tidaknya boleh dijadikan sebagai simpanan kecemasan untuk keadaan yang tidak dijangka.
Selamat menabung!
Sumber kredit: FB: Hafizul Hakim
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...