Kita selalu mendengar perkataan saidina ketika berselawat iaitu dengan menyebut Allahumma Solli ala Saidina Muhammad.
Malah ketika membaca tahiyyat dalam solat juga ada perkataan saidina ini. Namun apa sebenarnya pengertian saidina ini dan adakah ia sebahagian daripada amalan sunat?
Menurut penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus, perkataan saidina bererti pemimpin kami yang berasal dari perkataan sayyid yang bererti pemimpin.
Jadi bila disebut sayyidina Muhammad maka ertinya pemimpin kami Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam.
Para ulama dan salafus solih sehingga orang-orang yang kemudian selalu memanggil Muhammad dengan Nabi Muhammad atau Sayyidina Muhammad sollallahu alaihi wasallam.
Ketika membaca selawat oleh orang yang sembahyang di dalam tahiyyat sama ada tahiyyat awal atau tahiyyat akhir telah berlaku perbezdaan pendapat dalam kalangan ulama tentang perkara ini.
Sebahagian ulamak kata tidak disunatkan
Sebahagian mereka mengatakan tidak disunatkan menambah perkataan sayyidina sebelum menyebut nama Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam.
Ertinya : “Maka menyeru Nabi Zakaria a.s. olih malaikat dan baginda sedang bersembahyang di mihrab bahawa Allah memberi khabar gembira kepada mu dengan Nabi Yahya a.s. yang membenarkan kalimah dari Allah dan sebagai sayyid dan yang menjaga diri dan seorang Nabi dari kalangan solihin.” (Ali-Imran : 39)
Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata :
Ertinya : “Apabila kamu sekelian berselawat ke atas Rasulullah sollallahu alaihi wasallam maka hendaklah kamu sekelian elokkan selawat ke atasnya mudah-mudahan yang demikian itu dilentangkan atasnya. Berkata sekelian hadirin kepada Ibnu Mas’ud : Maka ajarkanlah akan kami. Kata Ibnu Mas’ud : Ucapkan olih kamu sekelian begini : Ya Allah jadikanlah selawat-Mu dan rahmat-Mu dan barakah-Mu atas Sayyid Al-Mursalin dan Imamul Muttaqin dan Khatamun Nabiyyin Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu Imamul Khairi dan Penegak Kebaikkan dan Rasul yang kasih sayang.” (Hadith riwayat At-Tabarani dan Baihaqi dan lainnya)
Pandangan beberapa ulamak tentang perkataan saidina
Berkata Imam As-Syarwani :
وتقدم عن شيخنا أن المعتمد طلب زيادة السيادة وعبارة الكردي واعتمد النهاية استحباب ذلك وكذلك اعتمده الزيادي والحلبي وغيرهم وفي الايعاب الاولى سلوك الادب أي فيأتي بسيدنا وهو متجه اه
Ertinya : “Dan telah terdahulu perkataan guru kami bahawa yang muktamad ialah menuntut tambahan sayyidina. Dan ibarat Syeikh Kurdy dan yang muktamad pada kitab Nihayah disunatkan yang demikian itu. Dan seperti demikian berpegang akan dia olih Syeikh Az-Ziady dan Syeikh Al-Halaby dan selain mereka itu. Dan pada kitab Al-I’ab yang utama ialah menjalani jalan beradab yakni mendatangkan lafaz sayyidina dan yaitu satu wajah (pendapat).” (Kitab Hasyiah Syarwani ‘ala At-Tuhfah)
Ads
Pandangan Syeikh Zainudin Al-Malibari :
ولا بأس بزيادة سيدنا قبل محمد
Ertinya : “Dan tidak mengapa dengan tambahan perkataan sayyidina sebelum nama Nabi Muhammad.” (Kitab Fathul Muin)
Ertinya : “Telah berkata Imam Ibnu Zohirah yang afdhal ialah menyebut lafaz sayyidina sebagaimana telah menerangkan dengannya olih satu kumpulan ulama dan dengannya berfatwa olih Syeikh Jalaluddin Al-Mahalli yang memutuskan dengannya. Berkata ia : Kerana padanya ia mendatangkan dengan perkara yang disuruh kita dengannya dan tambahan menyatakan yang waqi’ yang ialah adab dan yaitu afdhal daripada ditinggalkan.” (Asnal Matholib)
Artinya : “Daripada Imam ‘Izzuddin Ibnu Abdissalam bahwa menambah lafaz sayyid dalam sembahyang berdasarkan perbedaan pendapat apakah yang utama antara mengikuti perintah Nabi atau menjalani adab? Saya berkata: Yang jelas bagi saya dan yang saya lakukan di dalam sembahyang atau lainnya adalah menyebut Sayyid.” (Kitab Mawahib al-Jalil Syarah Mukhtasar Syeikh Khalil)
SOALAN: Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat?
JAWAPAN
Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:
Telah berkata Imam Ibnu Al-Munzir : Telah ijmak oleh ulamak selain Ibnu Sirrin atas bahwasanya tersenyum di dalam solat itu tidak membatalkan solat.
Dan telah berkata Imam Ibnu Qudamah : Dan majoriti ulamak berjalan atas bahawasanya tersenyum itu tidak membatalkan solat.
Dan berkata Imam Nawawi : Telah berkata jumhur ulamak tiada mengapa dengan tersenyum (dalam solat).”
Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
Tersenyum itu tidak memutuskan solat.”
Kesimpulan
Tersenyum tidak membatalkan solat kerana sedikit perbuatannya bersalahan ketawa dari kerana ketawa itu perbuatan yang banyak maka ia membatalkan solat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Islam adalah agama yang mempermudahkan, namun kemudahan yang diberikan harus memenuhi syarak. Tiada istilah tolak ansur dalam hal ini kerana Allah sangat menjaga maruah hamba-Nya.
Hal ini termasuklah membenarkan wanita bekerja bagi membantu suami menambah pendapatan keluarga. Namun bagi memastikan rezeki yang diperoleh itu berkat, dan tidak mendapat kemurkaan Allah maka Muslimah yang bekerja harus mematuhi tiga syarat yang digariskan. Kita ikuti penjelasan ustaz Azhar Idrus tentang perkara ini.
Ulamak telah menetapkan peraturan ke atas mana-mana perempuan Islam yang hendak bekerja di luar rumah yang mana diringkaskan atas tiga syarat:
Pertama : Pakaian ikut syarak
Sentiasa dengan pakaian yang mengikut syarak yang sempurna dan memakai tudung yang luas dan longgar.
Ertinya : “Dan jangan kaum perempuan itu mendedahkan perhiasan mereka kecuali yang zahir sahaja dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka atas segala dada mereka dan tiada mereka mendedahkan perhiasan mereka itu melainkan bagi suami-suami mereka…” (An-Nur : 31)
Kedua : Dapat izin suami
Dengan izin suami jika perempuan yang sudah berkahwin dan izin bapa jika dia belum berkahwin.
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya : Sungguhnya isteri Khas’am r.a. telah datang kepada Nabi saw dan bertanya : يا رسول الله: ما حق الزوج على زوجته؟ قال: حقه عليها ألا تخرج من بيتها إلا بإذنه فإن فعلت لعنتها ملائكة السماء وملائكة الرحمة وملائكة العذاب حتى ترجع
Ertinya :
“Wahai Rasulullah! Apa hak suami yang wajib atas isteri? Sabdanya : Hak suami atas isteri itu bahawa dia tidak keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suami. Maka jika dia keluar tanpa izin suami nescaya melaknat akan dia oleh malaikat di langit dan malaikat rahmat dan malaikat azab sampai dia kembali.” (Hadith riwayat Al-Bazzar dan Abu Ya’la dan Al-Haithami)
Ketiga : Tidak bercampur dengan lelaki
Ketiadaan bercampur dengan lelaki atau bersunyi dengan lelaki.
Telah diriwayatkan dari Umar r.a. sabda Nabi SAW : ألا لا يخلُوَنَّ رجلٌ بامرأة إلا كان ثالثهما الشيطان
Ertinya : “Tiadalah seorang itu bersunyian dengan perempuan kecuali adalah orang ketiganya ialah syaitan.”(Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi dan Nasaie)
Inilah tiga syarat utama orang perempuan yang hendak keluar dari rumah sama dengan tujuan bekerja atau lainya dan ada beberapa lagi syarat yang sebut oleh fuqahak dalam kitab-kitab mereka dan tiga syarat di atas adalah yang paling utama.
Tidak semua bernasib baik dalam perkahwinan. Ada ketika diuji dengan sikap berkira suami khususnya pada ahli keluarga sebelah isteri. Walau ia agak memeritkan namun hal ini terjadi dalam sebuah perkahwinan.
Bagaimana berhadapan dengan suami yang kedekut dalam bab nafkah dan bolehkah wang itu diberi kepada ibu bapa sebelah isteri. Mufti Wilayah Persekutuan dalam isu ini.
Assalamualaikum ustaz. Mohon pencerahan dengan masalah saya ini. Saya seorang isteri yang tidak berpendapatan dan tidak bekerja menggunakan duit suami saya secara rahsia untuk diberikan kepada ibu bapa.
Jawapan :–
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Pernah terjadi pada zaman Rasulullah seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah. Satu hari Hindun Binti ‘Utbah iaitu isteri kepada Abu Sufyan datang menemui Rasulullah untuk mengadu perihal suaminya. Kata beliau :
Maksudnya :” Sesungguhnya Abu Sufyan ini seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah yang mencukupi untuk aku dan anakku. Kalau pun cukup disebabkan aku ambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah perbuatanku itu salah?. Sabda Rasulullah saw : ambil lah daripada hartanya dengan cara yang baik yang cukup untuk engkau dan anak engkau.” Riwayat al-Bukhari (2211) dan Muslim(4574)
Hadis ini menjelaskan kepada kita akan keharusan seorang isteri mengambil duit sekadar perlu untuk keperluan dirinya dan anaknya hanya jika suaminya tidak memberi nafkah yang sepatutnya diberikan kepadanya.
Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini beliau menyatakan antara faedah yang boleh diambil daripada hadis ini ialah barang siapa yang ada hak yang sepatutnya diberikan kepadanya dalam keadaan suaminya tidak memberikan haknya (iaitu nafkah) maka harus bagi isterinya mengambil haknya sekadar keperluan tanpa izin suaminya.Inilah mazhab ashab kami. Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim (6/141)
Bahkan boleh kita fahami di dalam hadis tersebut akan kewajipan seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Inilah yang dinyatakan oleh Imam al-San’ani di dalam kitabnya Subul al-Salam.
Namun, perlu diingat ianya dibenarkan untuk diambil sekadar keperluan hanya jika si suami tidak memberikan nafkah. Akan tetapi jika suami memberikan nafkah yang secukupnya, maka tidak boleh mengambil duit tanpa izin daripada suami.
Kami cadangkan agar duit yang diberikan oleh suami puan itulah yang digunakan untuk diberikan kepada ibu bapa. Kedua, jika duit itu hanya cukup untuk keperluan puan dan anak-anak, dalam keadaan puan ingin juga memberikan kepada ibu bapa, maka berbincanglah secara baik dengan suami. Perbuatan puan yang mengambil secara rahsia tanpa pengetahuan suami ditakuti akan mengeruhkan rumah tangga puan.
Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua. Wallahu’alam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...