Ramai impikan rumahtangga bahagia hingga ke akhir hayat saat di akad nikah. Tanyalah, tiada wanita yang inginkan gelaran ibu tunggal, perlu turun naik mahkamah selesaikan kes perceraian serta perlu melalui bermacam-macam prosuder yang sesetengahnya masih kurang jelas kerana tidak pernah mengambil tahu hal ini sebelumnya.
Dalam hal ini, peguam syarie Nurain berkongsi perbezaan di antara Pengesahan Lafaz Cerai dan Permohonan Cerai yang perlu wanita tahu.
Pertama sekali, kena faham ia adalah dua kes yang berbeza.
Kes Pengesahan lafaz cerai perlu difailkan sekiranya suami telah melafazkan talak di luar mahkamah (dalam rumah/kereta/di mana-mana selain mahkamah/whatsapp/fb/ig).
Perlu tahu, lafaz cerai ada dua jenis; kinayah & sarih.
Kinayah bermaksud lafaz bukan secara langsung yang memerlukan kepada niat suami. Contoh: baliklah kau ke rumah ibu bapamu! (lafaz yang mempunyai maksud samar-samar sama ada bermaksud cerai atau tidak).
Satu lagi situasi, lafaz kinayah adalah yang melalui tulisan (surat, status di media sosial/ whatsapp/fb/ig) sekalipun ayatnya : kanda ceraikan dinda dengan talak 1.
Lafaz soreh: lafaz yang jelas, melalui lisan, tanpa niat pun boleh jatuh, contoh: kanda ceraikan dinda (dalam hal begini, hanya beberapa pengecualian yang memungkinkan tidak jatuh, contohnya suami berada dalam keadaan terpaksa/marah/mabuk tanpa sengaja) perincian keadaan ini akan diambil keterangannya oleh hakim untuk menentukan darjah kemarahan seseorang, keterpaksaan perlu cukup dengan syarat paksaan yang boleh menjejaskan nyawa (ada syarat-syarat khusus berkaitan paksaan).
Kesan pengesahan lafaz cerai, sekiranya sabit lafaz cerai, suami akan di kompaun RM1000 disebabkan lafaz luar mahkamah adalah suatu kesalahan menurut Seksyen 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003.
Permohonan cerai pula bermaksud suami @ isteri pergi ke mahkamah untuk mohon cerai. Biasanya menurut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003.
Lafaz talak ini dibuat oleh suami @ hakam suami di hadapan hakim & tidak dikenakan kompaun memandangkan talak di dalam mahkamah.
Kesimpulan: Dah tahun 2021 ni, tolong peka sikit beza kes perceraian dengan perceraian. Ini ada yang tanya saya, nak buat kes perceraian, pada hal suami dah lafaz talak luar mahkamah berkali-kali. Sumber : FB Peguam Syarie Nurain