Penghafaz Quran Antara 5 Korban Rentung Di Terowong Menora, Mati Terbakar Adalah Syahid Akhirat

Share

Innalillahiwainailaihirojiun.

Kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Semoga kesemua mangsa terlibat diampuni Allah dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Tengah malam tadi, negara dikejutkan dengan berita sedih apabila lima pelajar rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora. Kesemuanya di kenal pasti sebagai pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak.

Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Kemalangan maut trelar dan kereta mengakibatkan lima rentung di Terowong Menora
5 pelajar menjadi korban dalam kemalangan ngeri ini

Memetik Sinar Harian, Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi mengesahkan kelima-lima mangsa merupakan penuntut universiti berkenaan.

Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.

“Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis,” jelasnya.

Dalam kejadian sekitar 12.52 malam tadi, kesemua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler. Lebih menyayat hati kesemuanya ditemui rentung. Difahamkan kesemua pelajar ini dalam perjalanan balik ke universiti mereka sebelum diuji dengan kemalangan maut ini.

Dalam pada itu, dari satu komen di Tik Tok @rin yang mengenali seorang dari mangsa iaitu, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 memaklumkan pelajar ini merupakan wakil Majlis Perwakilan Pelajar USAS.

“Sangat baik dan bijak, seorang hafiz quran dan kalau bercakap sangat sopan santun,” tulisanya sambil memaparkan emoji kesedihan.

Kenderaan dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh trelar

Dalam pada itu memetik sumber pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mati terbakar di kategorikan sebagai syahid akhirat.

Secara ringkasnya, di sini kami simpulkan beberapa golongan yang diberi pahala syahid akhirat berdasarkan banyaknya hadis sahih yang menyebutkan sebab-sebab kesyahidan (tersebut) serta ia merupakan ciri-ciri yang masyhur dalam kalangan para ulama’, antaranya seperti berikut:

  1. Orang yang mati kerana penyakit berjangkit.
  2. Orang yang mati kerana penyakit perut.
  3. Orang yang mati lemas.
  4. Orang yang mati dihempap bangunan.
  5. Orang yang mati kerana kebakaran.
  6. Orang yang mati kerana dizalimi.
  7. Orang yang mati kerana berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim.
  8. Orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu.
  9. Wanita yang mati ketika bersalin.
  10. Orang yang mati kerana mempertahankan agamanya, nyawanya, hartanya dan keluarganya. (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 13/62-63; Fath al-Bari, 6/51-52)
Published by
almaswa Haji Che Ros