Solat jenazah disyariatkan dalam Islam sebagaimana disebut dalam banyak nas antaranya, hadis daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِىَّ فِى الْيَوْمِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali.” Riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)

Daripada kitab al-Muwatta’ menyebut:

وَصَلَّى النَّاسُ عَلَيْهِ أَفْذَاذًا لاَ يَؤُمُّهُمْ أَحَدٌ

IKLAN

Maksudnya: Dan orang ramai mensolatkan Baginda sendiri-sendiri, seorang demi seorang. Tanpa ada seorang pun yang mengimamkan mereka. (Lihat al-Muwatta’, 1/316)

Begitu juga hal ini telah dinaskan oleh Imam al-Baihaqi, iaitu daripada Ibn Abbas, Ibn Sa’d daripada Sahl bin Sa’d dan daripada Ibn al-Musayyib dan lainnya.

Dalam riwayat al-Tirmizi, orang ramai bertanya kepada Abu Bakar R.A: “Adakah kita perlu solat ke atas jenazah Rasulullah SAW?” Maka jawab Abu Bakar: “Ya.” Mereka bertanya: “Bagaimana cara kita solat?” Jawab Abu Bakar: “Satu puak akan masuk. Mereka bertakbir dan solat serta berdoa. Kemudian puak yang lain masuk, mereka bertakbir, bersolat dan berdoa secara perseorangan.”

IKLAN

Daripada Ibn Sa’d, daripada Ali R.A, katanya: “Dia (Rasulullah SAW) adalah imam kamu sama ada pada masa hidup atau mati. Maka tiada seorang pun boleh mengatasinya.” Inilah yang dinyatakan oleh al-Zurqani. (Lihat Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Malik, 8/500)

Syeikh Sofiyyurahman menyebut dalam al-Rahiq al-Makhtum: Orang ramai masuk ke dalam bilik secara bergilir-gilir, sepuluh orang untuk mensolatkan jenazah Rasulullah SAW, tanpa seorang pun menjadi imam. Giliran pertama yang mensolatkan Baginda adalah pihak keluarga, kemudian disusuli oleh orang-orang Muhajirin dan kemudian orang-orang Ansar. Setelah kaum lelaki, giliran kaum wanita yang mensolatkan, kemudian disusuli oleh kanak-kanak.

IKLAN

Semua ini dilakukan sehari penuh, pada hari Selasa, hingga menginjak malam Rabu. Aisyah berkata: “Kami tidak mengetahui penguburan Rasulullah SAW hingga kami mendengar suara cangkul di tengah malam Rabu.” (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 688)

Ya Allah, kami cintakan kepada rasul-Mu. Jadikanlah kami bersama mereka dalam syurga-Mu! Aamiin

Sumber Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Gambar Top: Sekadar Hiasan

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI