‘Penonton sekarang sangat islamik, tahu soal batas.’ Tolak adegan terlampau mesra, Alif Satar bukan acah alim kerana dia sendiri akui sebagai indvidu yang mengamalkan cara hidup Islam, kita tahu hukum.
Malah dalam masa yang sama, buat masa sekarang dia bukan hanya perlu fikirkan persembahan dan penyampaian yang terbaik untuk penonton. Sebaliknya perlu memikirkan risiko lakonannya kepada keluarga dan anak-anaknya.
Pelakon dan penyanyi Alif Satar tidak akan melakukan babak berpelukan atau aksi terlampau mesra bersama pelakon gandingan dalam setiap karya yang dibintangi.
Menurut Alif yang baru saja membintangi drama Bisik Pada Hati di samping aktres Ummi Nazeera dan Zara Zya, setiap adegan berat tidak semestinya perlu dilakukan dengan babak-babak yang boleh mengundang kontroversi atau kecaman.
Tahu Soal Batas
“Sebagai individu yang mengamalkan ajaran Islam dan baru saja selesai bekerjasama dengan Ummi dan Zara, naskhah yang dibintangi adalah bukti yang kami tidak perlu melakukan babak yang berlebih-lebihan untuk merealisasikan watak sebagai pasangan suami isteri.
Ads
“Walaupun babak suami isteri agak rumit untuk dibawakan, ditambah pula ada babak malam pertama membabitkan saya dan Zara, namun semuanya boleh di atasi dengan simbol atau dialog untuk memberi imaginasi kepada penonton.
Tolak Adegan Terlampau Mesra
“Mungkin komen saya ini akan ada yang mengatakan saya acah-acah alim, tapi terpulang kepada pendirian pelakon lain. Saya tidak menghakimi dan kalau mereka rasa itu adalah keputusan terbaik, silakan.
“Cuma ini adalah pendirian saya dan apa yang boleh saya buat. Setakat pegang tangan ketika babak sambut pelakon wanita yang terjatuh saya rasa tiada masalah kerana masih berlapik dan babak itu memang perlu dilakukan sebegitu,” katanya.
Menurut Alif, pengarah adalah tunggak utama dalam menentukan limit kepada setiap pelakon bagi menjayakan watak yang dipertanggungjawabkan.
Ads
“Sekarang ini penonton kita sangat Islamik dan tahu soal batas. Kita boleh tahu dengan hanya membaca komen-komen netizen di media sosial apabila kurang senang dengan babak-babak yang dianggap keterlaluan.
“Tidak dinafikan saya seboleh mungkin nak berikan persembahan yang terbaik dalam menghidupkan sesuatu karakter tapi hakikatnya saya kena fikir risiko pada masa depan, lebih-lebih lagi saya sudah berkeluarga dan ada anak-anak yang semakin membesar,” katanya.
Kashoorga : Bila kita kreatif, tanpa babak yang mesra dan panas sekalipun sesebuah karya mampu dihasilkan dengan baik jika kena penyampaiannya.
Umat Islam yang sudah baligh wajib dan sihat tubuh badan wajib mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Masuk saja waktu, seruan azan mengajak umat melakukan ibadah ini iaitu seruan azan pasti berkumandang. Jika difahami maksud di sebalik panggilan azan ini, ia membawa satu pengertian yang cukup mendalam.
“Allah yang maha besar, Allah yang maha besar
Aku mengaku bahawa tiada tuhan lain yang berhak disembah melainkan Allah
Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah menunaikan solah.
Marilah menuju kemenangan.
Allah yang maha besar, Allah yang maha besar
Tiada tuhan melainkan Allah”
Dan kerana panggilan seruan azan itulah, aktor terkenal Hollywood mengakui panggilan azan adalah suara terindah di dunia.
Hal ini dinyatakannya menerusi satu dokumentari di National Geographic berjudul The Stori Of God yang ditayangkan dalam You Tube Islam Channel pada 24 Disember tahun lalu.
Aktor ini menghasilkan dokumentari bagi mencari perbezaan budaya bekerja bagi agama lain di seluruh dunia dan ternyata apabila dibawa bertemu dengan seorang ulama di Mesir dan saat mendengar azan dilaungkan, Morgan Freenman mengakui azan antara suara paling indah di dunia iaitu panggilan untuk mengerjakan solat.
Dan lebih menarik, Morgan mencuba sendiri panggilan azan itu dengan menyebut Allahuakbar di hadapan imam yang ditemuramahnya. “Allahu akbar…bagaimana dengan itu?” tanyanya merujuk kepada suara yang dilontarkannya sendiri.
Ini adalah sebahagian dari sedutan dokumentari tersebut:-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kala ini seluruh umat Islam di dunia bersimpati ke atas Palestin yang terus menjadi mangsa kekejaman Yahudi Laknatullah. Malah kempen Israel koyak bagaikan “tanda kemenangan” bagi kita yang berada di sini.
Bagaimana pun timbul beberapa persoalan adakah benar penggunaan kata Israel itu merujuk kepada Israel yang memerangi Palestin atau kita terkeliru dengan agenda Yahudi?
Dalam satu perkongsian video Tik Tok dari Ustaz Ahmad Adnin Roslan @adninroslan, jelasnya, perkataan Israel, berasal dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). Perkataan Israel itu merujuk kepada bangsa tapi orang-orang yang kufur dari Bani Israel itulah digelar Yahudi dan dilaknat Allah.
Dari satu perkongsian lain juga, dinyatakan apa perbezaan Israel dan Yahudi?
1) Israel adalah gelaran kepada nabi Ya’kub alaihissalam. Bani israel pula adalah keturunan nabi Ya’kub. Manakala *Yahudi pula ada golongan yang kafir dan tak beriman pada Allah di kalangan bani Israel*.
2) Dalam Alquran, Allah tak laknat bani Israel, tapi yang Allah laknat ialah Yahudi. Allah gelarkan mereka dengan dua gelaran, iaitu “Yahudi”, dan juga “Mereka yang kafir di kalangan bani Israel”.
“Orang-orang YAHUDI berkata: “Tangan Allah terbelenggu”, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan *merekalah yang diLAKNAT* disebabkan apa yang telah mereka katakan itu.” (Al Ma’idah: 64) . Firman Allah yang lain:
“Telah diLAKNATI ORANG-ORANG KAFIR DIKALANGAN BANI ISRAEL dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.” (Al Maidah: 78)
4) Bahkan, Nabi Ibrahim yang merupakan “bapa” kepada bani Israel pun berlepas diri dengan Yahudi ni.
“Ibrahim *bukan seorang Yahudi* dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.” (Ali Imran: 67)
Jadi selepas ini, berhati-hati dengan gelaran ini. Jangan cakap Israel laknatullah tetapi *Yahudi laknatullah*.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tiada apa lebih dari bersyukur sekiranya di dunia ini kita disayangi ramai orang. Ia bertitik tolak dari perbuatan kita yang mungkin menyenangkan, sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling sekaligus menjadikan diri kita disayangi semasa masih hidup mahu pun sudah meninggal dunia.
Sebab itulah orang alim selalu berpesan, jadikan perbuatan baik sebagai cara hidup. Jadikan ia habit dalam kehidupan kita. Insya Allah, bila meninggal, dalam keadaan baik.
Inilah yang terjadi kepada seorang Syeikh yang meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia tetapi berita kematiannya menjadi sebutan ramai di Palestin.
Ini kerana sepanjang hayatnya, tanpa pernah jemu selama 40 tahun dirinya sentiasa tiba di masjid berhampiran rumahnya sebelum azan. Malah Syeikh ini sempat berpesan kalau tidak nampak dirinya bersolat dua waktu berturut-turut, itu tanda dirinya sudah meninggal dunia.
Dipetik perkongsian dari Yaffa News 48, dikongsikan, Syeikhi ini tinggal seorang diri di sebuah kampung berdekatan masjid. Beliau mempunyai amalan yang mulia iaitu istiqamah sampai ke masjid sebelum azan selama 40 tahun.
Suatu hari beliau berpesan,
"Sekiranya saya tidak menghadiri dua solat wajib berturut-turut di masjid, ketahuilah bahawa saya sudah meninggal di rumah."
Tidak lama selepas itu, di hari Jumaat ternyata beliau tidak hadir berjemaah lalu penduduk mencari beliau di rumah dan mendapatinya sudah meninggal dunia.
Indahnya bila orang menyedari kita telah meninggalkan dunia kerana terputus amal kebaikan kita.
Jangan suatu hari kelak orang di sekeliling kita bersyukur apabila kita mati kerana ketika hidup kita sentiasa menyakiti orang lain!
Sumber: Yaffa News 48.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...