Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.
Meraikan ulang tahun perkahwinan mampu menghangatkan kembali hubungan dalam rumah tangga.
Usia perkahwinan yang bertambah setiap tahun menjadi satu penanda aras yang menandakan anda dan pasangan berjaya melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perkahwinan.
Imbau dan rasai kembali kasih sayang yang menyatukan perasaan anda dan pasangan selama hidup bersama.
Ads
Anda dan pasangan juga dapat mengenal pasti apa yang menjadi kekuatan dan kelemahan dalam ikatan perkahwinan anda dan pasangan agar kelemahan yang ada mampu diperbetulkan.
Melakukan refleksi bersama dengan pasangan akan menyedarkan anda seberapa jauh hubungan perkahwinan ini bermula.
Usia perkahwinan yang masuk tahun ke 5, 10 bahkan 20 tahun bukanlah alasan pudarnya api cinta dalam perkahwinan.
Ads
Justeru pada momen ulang tahun perkahwinan, anda dan pasangan bolehlah merencanakan makan malam romantik mahupun percutian bersama.
Rencanakan aktiviti atau liburan yang sesuai dengan keinginan anda dan pasangan untuk mengisi agenda ulang tahun perkahwinan.
Ads
Ini sangat bermanfaat untuk ‘menggebukan’ kembali perasaan cinta antara anda dan pasangan.
Penting untuk melakukan refleksi sejenak untuk menyedari betapa berharganya hubungan perkahwinan anda.
Ambil juga sedikit masa untuk merangka masa hadapan dan impian anda bersama pasangan untuk masa depan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perkahwinan menjadikan seseorang itu lebih matang dalam menjalani kehidupan. Berbeza dengan orang zaman dulu yang lebih memilih untuk berkahwin pada usia muda.
Masyarakat moden saat ini sudah lebih mementingkan karier untuk meningkatkan kekayaan dari segi material dibandingkan dengan kekayaan berumah tangga.
Namun sebenarnya ada beberapa alasan mengapa berkahwin dalam usia muda digalakkan menurut Islam yang sangat baik dilakukan dan perlu anda ketahui.
MEMELIHARA PANDANGAN
Perkahwinan dalam usia yang muda mampu mengawal pandangan dan seterusnya mengawal nafsu. Secara tidak langsung ia mampu mengelakkan berlakunya perkara-perkara negatif dan di luar kawalan.
LEBIH MENIKMATI ALAM PERKAHWINAN
Berkahwin dalam usia yang muda menjadikan pasangan suami isteri lebih menikmati hubungan suami isteri. Selain itu, rahim seorang wanita muda masih sangat kuat dan subur sehingga mampu menghasilkan keturunan yang berkualiti.
MENYUBURKAN HUBUNGAN ROMANTIS
Perkahwinan merupakan bukti cinta sejati dan menjadi lambang dari keromantisan.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada romantisme yang lebih indah bagi dua orang yang saling mencintai selain menikah.” [Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan dishahihkah oleh Albani].
LEBIH BAHAGIA
Berkahwin dalam usia muda juga adalah untuk mencari puncak kehidupan yang lebih bahagia menurut Islam.
Allah SWT berfirman, “Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Ia menjadikan rasa kasih dan sayang di antara kalian. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [ar-Rum : 21].
BERJAYA DALAM USIA MUDA
Allah SWT juga akan memberikan limpahan rezeki pada pasangan yang telah berkahwin.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha mengetahui.” [Q.S : An-nur : 23].
BANYAK WAKTU UNTUK MENGURUSKAN ANAK-ANAK
Keuntungan yang boleh didapati jika berkahwin dalam usia yang muda ialah kesempatan mendidik anak-anak dengan baik. Ketika usia masih muda, fikiran masih fresh dan tubuh pun masih bertenaga.
MENIKIMATI MASA TUA DENGAN ANAK-ANAK
Berpeluang menikmati hari tua dengan anak-anak yang sudah berganjak dewasa. Ini tentunya berbeza jika anda berkahwin antara umur 40 tahun dan ke atas sebab masih harus bekerja dengan giat untuk membiayai segala keperluan anak-anak yang masih kecil.
MATANG DARI SEGI EMOSI
Lebih mendewasakan pasangan dan menjadi cara untuk mengendalikan emosi menurut Islam. Ia mengajar anda untuk mengawal emosi yang dipengaruhi juga dengan keperluan batin yang dipenuhi daripada pasangan masing-masing.
STAMINA TUBUH
Ketika usia masih muda, masing-masing punya stamina tubuh yang tinggi. Faktor ini menjadi perkara penting untuk memperoleh hubungan suami isteri yang terbaik sekali gus memperoleh keturunan sebanyak banyaknya dalam Islam.
MENJAUHKAN DIRI DARI ZINA
Perkara utama daripada sebuah perkahwinan ialah menyalurkan hawa nafsu mengikut saluran yang betul. Fitrah seorang lelaki dan wanita untuk hidup berpasangan. Untuk menghindari perbuatan zina maka digalakkan untuk berkahwin dalam usia yang muda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Majlis perkahwinan yang dirahmati ialah yang dilakukan mengikut kesanggupan dan kemampuan masing-masing. Majlis kahwin atau walimah ini diadakan sempena kesyukuran dan rasa gembira atas berlangsungnya perkahwinan itu.
Majlis ini hendaklah dijalankan dalam keadaan yang mendatangkan rahmat dan berkat daripada Allah. Antara perkara yang mendatangkan keberkatan dalam sesuatu majlis itu ialah:
*Tiada percampuran antara lelaki dengan wanita yang boleh mendatangkan fitnah.
*Kenduri yang diadakan jangan sampai membazir. Memadailah dengan apa yang termampu.
*Jangan hanya menjemput orang berada dan melupakan yang miskin.
Sabda Rasulullah SAW:
“Seburuk-buruk makanan ialah makanan kenduri kahwin yang diundang orang kaya dan dibiarkan orang-orang miskin.”-Riwayat al-Bukhari
*Selain itu tuan rumah hendaklah memastikan tetamu yang hadir tidak meninggalkan solat hanya kerana menghadiri majlis perkahwinan.
*Jangan pula majlis perkahwinan itu dicemari dengan perkara-perkara maksiat seperti tari menari yang diiringi muzik kononnya untuk meraikan pengantin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai yang berkata bahawa jodoh itu mesti dicari. Usah berdiam diri tanpa usaha, jika tidak, bagaimana jodoh datang mendekati. Sebenarnya jodoh itu bukan dicari sebaliknya dicipta. Mengapa demikian? Alasannya kerana ramai orang sering membuat kesalahan ketika mencari jodoh sehingga tidak bertemu dengan orang yang menjadi impiannya.
Rumah tangga yang bahagia hingga suami isteri meninggal dunia, barulah dinamakan jodoh. Sebuah rumah tangga yang harmoni diketuai oleh suami yang memainkan peranan sebagai ketua rumah tangga, isteri sebagai pembantu dan pengelola rumah tangga, dan anak sebagai anggota keluarga. Maka barulah lengkap perjalanan sebuah rumah tangga.
TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA
Kita tidak akan pernah menemukan jodoh dengan 1001 syarat dan kriteria. Tidak akan pernah ada orang yang memenuhi kriteria jodoh ideal, kerana tidak ada manusia yang sempurna. Maka sebab itulah jodoh perlu ‘dicipta.’ Jika kita meletakkan 10 kriteria yang ada dalam diri seseorang, kita harus menerima kenyataan bahawa tidak semua kriteria tersebut ada pada jodoh yang kita pilih. Oleh itu kita harus bersama-sama mencipta kesempurnaan itu bersama insan yang menjadi pilihan.
Mungkin kita hanya menemukan dua kriteria yang ada dalam diri pasangan. Namun oleh kerana merasakan dialah jodoh maka kita menerimanya sebagai pasangan hidup. Semestinya kita memerlukan proses yang panjang untuk mendapatkan keluarga yang ideal dan harmoni. Suami isteri saling melengkapi kekurangan pasangannya dan tidak mencela kekurangan pasangan. Terus belajar bersama pasangan agar jodoh tidak berakhir dengan cara yang menyakitkan.
Buatlah kriteria calon pasangan yang realistik bukan kriteria yang tidak mampu dicapai dek akal. Bila bertemu dengan seseorang yang hanya memenuhi sedikit kriteria yang kita mahukan, jangan ke tepikan si dia. Jadikanlah dia pasanganmu, dan berusahalah bersama menuju keluarga harmoni kerana jodoh itu ‘dicipta’ bukan dicari.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jamak dan qasar adalah kemudahan yang dikurniakan untuk mereka yang bermusafir menunaikan solat. Namun jarak perjalanan tersebut hendaklah melebihi dua marhalah atau 81...