Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.
Meraikan ulang tahun perkahwinan mampu menghangatkan kembali hubungan dalam rumah tangga.
Usia perkahwinan yang bertambah setiap tahun menjadi satu penanda aras yang menandakan anda dan pasangan berjaya melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perkahwinan.
Imbau dan rasai kembali kasih sayang yang menyatukan perasaan anda dan pasangan selama hidup bersama.
Anda dan pasangan juga dapat mengenal pasti apa yang menjadi kekuatan dan kelemahan dalam ikatan perkahwinan anda dan pasangan agar kelemahan yang ada mampu diperbetulkan.
Melakukan refleksi bersama dengan pasangan akan menyedarkan anda seberapa jauh hubungan perkahwinan ini bermula.
Usia perkahwinan yang masuk tahun ke 5, 10 bahkan 20 tahun bukanlah alasan pudarnya api cinta dalam perkahwinan.
Justeru pada momen ulang tahun perkahwinan, anda dan pasangan bolehlah merencanakan makan malam romantik mahupun percutian bersama.
Rencanakan aktiviti atau liburan yang sesuai dengan keinginan anda dan pasangan untuk mengisi agenda ulang tahun perkahwinan.
Ini sangat bermanfaat untuk ‘menggebukan’ kembali perasaan cinta antara anda dan pasangan.
Penting untuk melakukan refleksi sejenak untuk menyedari betapa berharganya hubungan perkahwinan anda.
Ambil juga sedikit masa untuk merangka masa hadapan dan impian anda bersama pasangan untuk masa depan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Elak Tanya Suami 9 Soalan Ini Kalau Tak Nak Dia Bersikap Diam & ‘Sentap’ Sepanjang Hari
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perumpamaan ini adalah untuk menjelaskan bagaimana hubungan suami isteri yang ada pasang surutnya.
Pernah atau tidak anda berhadapan situasi di mana suami tiba-tiba diam sepanjang hari tidak mahu bercakap. Sepatah ditegur, sepatah juga dijawabnya dengan cara acuh tak acuh.
Kenapa agaknya situasi ini berlaku? Cuma ingat kembali apa salah yang kita lakukan tanpa sedar hingga menyebabkan hati pasangan tersentuh lalu buat tidak tahu dengan kita.
Namun sebenarnya tanpa kita sedar ada beberapa perkataan yang tidak sepatutnya kita katakan pada pasangan. kenal pasti apa ayat atau perkataan berkenaan kalau mahu hubungan dingin berakhir segera dan kekal till jannah.
1 – “Baju apa abang pakai ni? Buruk sungguh lah!”
Kecil hati si suami kalau anda mengutuk dengan keras penampilannya. Macam kita jugalah, nak suami kutuk pilihan baju yang kita pakai? Apa patut anda sebut: Cuba bagi pilihan suruh dia tukar baju. Tetapi jangan terlalu direct beritahunya yang anda tak berkenan dengan baju dipakai. Ataupun anda beri terus pilihan baju yang anda rasa sesuai. Tapi kalau tak mahu juga tak boleh buat apa, la ye!
2 – “Tinggallah! Nanti saya buat sendiri semua”
Suami mungkin tak pandai nak kemas rumah atau basuh dan susun pinggan macam yang kita nak. Tapi itu tak bermaksud mereka tak tawarkan bantuan kan? Kalau anda terus “halau” mereka macam ni, mereka akan anggap anda tak perlukan pertolongan mereka. Nanti mereka tak mahu menolong dah! Apa patut anda sebut: Biar saja dia nak tolong. Meringankan beban, kot!
3 – “Saya gemuk.”
Rasanya perkataan ini yang sering isteri akan asyik sebut pada suaminya. Mungkin sebab kita memang gemuk, atau kita sengaja nak pujian. Tetapi sebenarnya kata-kata ini juga boleh menyebabkan suami hilang mood untuk melayan kita.
4 – “Tak tahu. Ikut awak lah.”
Soalan makan dekat mana (kalau tak masak), ataupun nak makan apa, nak tengok TV berapa, nak tengok wayang apa – semua itu memang kadang-kadang memenatkan. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya! Pilihan memang banyak, tapi kita lagi suka biar suami yang tentukan.
Tapi, mereka pun penat juga lah kalau asyik kena decide soalan-soalan ini! Sepatutnya anda ada keputusan bersama? Apa patut anda sebut: Cuba bincang dan ambil jawapan paling mudah dipersetujui dua-dua pihak.
5 – “Saya tak patut kahwin dengan awak dulu!”
Ini juga patut dielakka. Apabila bergaduh, memang semua benda dari mulut terlepas. Tetapi, janganlah terlepas ayat ini. Ia boleh buat pergaduhan jadi lagi besar. Hati suami pun boleh terluka menganggap anda menyesal mengahwini mereka.
6 – “Jaga anak, tapi jangan buat ini ini ini ini…”
Mengarah itu ini pada suami tentang anak-anak akan buat mereka rasa yang mereka “tak pandai” langsung jaga anak. Apa anda patut buat: Rileks… anda dan pasangan boleh belajar sama-samacara nak jaga dan urus anak. Dan paling penting, anda perlu percaya suami anda.
7 – “Awak tak pernah…”
Katakan yang suami anda “tak pernah” buat semua benda akan buat mereka rasa yang mereka tak berguna langsung. Apa anda patut buat: Cara paling baik jika nak cakap sesuatu benda yang suami “sudah jarang buat” adalah dengan duduk berbincang. Cakap yang dia telah lama tak berbuat perkara itu.
8 – “Bila nak dapat kerja?”
Dengan ekonomi sekarang, memang susah nak dapat kerja. Kalau pasangan anda salah satu mangsa dibuang kerja, bersabarlah. Apa anda patut buat: Mereka memerlukan sokongan anda. Jadi, daripada asyik tanya soalan ini, apa kata anda perhati sendiri usaha mereka.
9 – “Tak ada apa-apa.”
Silent treatment atau asyik kata yang “tak ada apa-apa” sedangkan anda marah tentang sesuatu adalah benda yang tak sihat dalam perkahwinan. Anda ingat suami akan faham kalau tak diberitahu? Mereka takkan faham punya!
Apa anda patut buat: Jadi, lebih baik anda terbuka saja cakap apa yang tidak kena dan selesaikan masalah tersebut.
Sumber: The Asian Parent
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Isteri Sebenarnya Tak Mintak Banyak, Cukuplah Kalau Dapat Dimanjakan Oleh Suami Sebab Itulah ‘Bestfriend’nya
Ada hikmahnya juga kerajaan mengenakan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana boleh menyemarakkan lagi hubungan suami isteri itu.
Jika sebelum ini masing-masing sibuk dengan kerja menyebabkan hari boleh bertemu pada waktu malam saja.
Dan kali ini hampir setiap masa bersama dari pagi hingga malam, malah boleh lakukan aktiviti seperti sembahyang berjemaah, mengaji untuk mengeratkan lagi kasih sayang ini.
Perkongsian lelaki ini di laman sosial Facebook Baharuddin Mohamed memberitahu kita betapa saat romantik itu boleh berlaku bila-bila sahaja dan di mana saja asalkan ada kemahuan berbuat demikian.
Mohon maaf jika pagi ni saya cerita jiwang sikit.
Saya ada banyak cerita tentang kisah romantic suami isteri. Tetapi hari ini saya ceritakan satu cerita tentang kasih isteri. Cerita ini masa lama dulu masa saya mula berkahwin. Masa tu saya di Johor dan isteri di Selangor. Saya kerja di Batu Pahat tetapi isteri jadi cikgu di Klang. Balik hujung minggu.
Satu hari macam biasa saya nak pergi kerja setelah bercuti sabtu ahad. Isteri saya cium tangan saya dan saya peluk dia. Tapi kali ini lama sikit dia peluk. Tiba-tiba saya rasa bahu saya basah dengan air mata. Saya tanya kenapa ?. ” Abang jaga diri baik-baik. Awin rindu kat abang bila abang tak ada “.
Adoi janganlah macam ni. ” Awin … abang kan pergi kerja. Cari duit. Ada rezeki kita tinggal sama. Awin pun jaga mak kat sini kan “. Awin anggukan kepalanya.
Saya fikir masa tu isteri saya rindu saya sebab saya jarang balik. Tapi saya salah. Masa kami sudah bersama tinggal di Muar. Keadaan begitu juga. Pernah sehari dia pujuk saya untuk tak pergi kerja. Masa tu saya ada meeting penting. Saya keluar juga tapi saya belikan sarapan dulu kat luar. Masa tu awin dah tak kerja jadi suri rumah sepenuh masa.
Tiba-tiba saya tersentak dan tersedar. Saya sibuk dengan hal saya sahaja. Saya balik rumah jam 10 malam dan kadang-kadang tak sempat nak balik kerana kerja saya tidur hotel.
Saya tak ruangkan masa untuk isteri saya sehingga walaupun tiap hari berjumpa dia rindukan saya. Isteri sebenarnya perlukan masa suaminya. Bersama, berbual dan bercerita.
Isteri ini macam anak-anak yang perlu dimanja. Isteri ini perlu suami dengar cerita-ceritanya sepanjang hari walaupun suami dah tahu dan ceritanya berulang-ulang. Isteri tak akan cakap dengan suami mereka mahukan itu semua. Mereka faham suami mencari rezeki untuk keluarga.
Sejak itu, saya suka keluar minum malam-malam dengan dia. Saya suka keluar sarapan dengan puan CEO. Cerita-cerita gosip. Isteri kita tak ada kawan. Kawan paling dia rapat dan dia percaya cuma kita. Lebih lagi bagi isteri yang jadi suri rumah.
Buat suami diluar sana. Berikanlah masa untuk isteri mu. Beri masa untuk mereka bercerita walaupun sudah bersama lebih 20 tahun dan sampai bila-bila.
Share dan like
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tak Mahu Poket Kering Lepas Kahwin, Ikut Panduan Ini!
Trend buat majlis kahwin besar-besaran boleh dilihat dengan jelas di mana-mana sahaja. Walaupun ada yang mengaitkannya dengan soal pembaziran, namun segala-galanya bergantung kepada kemampuan pengantin.
Jika mampu, boleh buat besar-besaran. Jika tidak mampu, buatlah seadanya. Perkara paling penting ialah menyempurnakan Rukun Nikah. Selebihnya hanya adat sahaja. Jika ditinggalkan pun tidak berdosa.
1) Masak Sendiri
Kaedah rewang yang diamalkan oleh masyarakat kampung sebenarnya sangat menjimatkan wang. Masak sendiri hidangan majlis. Menggunakan khidmat katering sebenarnya mahal kerana harga yang dicaj dikira mengikut jumlah tetamu.
2) Hadkan Hantaran
Usah terlalu terikut-ikut dengan jumlah dulang hantaran yang banyak. Cukuplah sekadar lima hingga tujuh dulang sahaja. Lebih banyak dulang, lebih banyak kos perlu anda tanggung untuk membeli barang di atas dulang dan hiasannya.
3) Hadkan Persalinan Pengantin
Ada pasangan pengantin yang sengaja menyewa banyak persalinan sekadar untuk mengambil gambar. Untuk berjimat, cukuplah sekadar dua pasang persalinan sahaja iaitu satu untuk majlis nikah dan satu lagi untuk bergambar. Sudah memadai.
4) Pelamin Mewah
Perlukah bermewah-mewah menempah pelamin yang gah? Jika mampu tiada salahnya. Namun sebenarnya cukuplah jika memilih pelamin sederhana untuk memeriahkan suasana. Ada keluarga yang membuat sendiri pelamin untuk pengantin menggunakan kreativiti masing-masing. Lebih jimat dan cukup meriah.
Menganjurkan majlis perkahwinan secara sederhana boleh menjimatkan wang. Ini kerana selepas berkahwin, pasangan pengantin baharu memerlukan lebih banyak wang untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri. Jadi, lebih baik fikir masa depan, kan?
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI