Penyewa dari neraka. ‘Empat tahun tinggal percuma, tinggalkan rumah dalam keadaan jijik.’ Begitulah dilema yang dihadapi oleh seorang pemilik rumah.
Tidak semua pemilik rumah bernasib baik dan bertuah mendapat penyewa bertanggungjawab dan menjaga rumah seperti milik mereka sendiri.
Paling menyakitkan hati, bila ada segelintir daripada penyewa ini yang bersikap sambil lewa sehingga tergamak meninggalkan rumah didiami dalam keadaan kotor dan menjijikkan.
Artikel Berkaitan:
Malahan lebih teruk, ada juga penyewa yang digelar ‘penyewa dari neraka’ kerana mengambil kesempatan tidak membayar sewa rumah berbulan-bulan lamanya, malah ada juga sehingga bertahun.
Hal ini secara tak langsung membebankan tuan rumah kerana mereka terpaksa menanggung kerugian sehingga puluhan ribu ringgit angkara perbuatan terbabit. Sedahlah sakit hati, kena menanggung kos-kos lain pula.
Pemilik rumah ini menganggarkan nilai kerugian yang dialaminya mencecah RM50,000 kerana sikap buruk ‘penyewa dari neraka’.
Bukan saja penyewa tersebut tidak menjelaskan bayaran sewa rumah selama empat tahun.
Tapi dalam masa yang sama, penyewa tersebut turut meninggalkan tunggakan utiliti kira-kira RM800 selain tidak menyelenggara sepanjang mendiami rumah terbabit sejak 2018.
Menurut anak pemilik kediaman terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Jejai, rumah terbabit disewakan bapanya kepada sebuah keluarga pada pertengahan 2017 dengan kadar RM800 sebulan.
“Saya hanya dimaklumkan adalah penyewa seorang lelaki tempatan dan sudah berkeluarga menyewa hampir lima tahun lalu,’luahnya.
Bapanya telah meninggal dunia pada Disember 2021, oleh hal yang demikian Jejai terpaksa mengambil alih urusan mengutip sewa dan mendapati penyewa tidak menjelaskan bayaran sehingga tiga bulan berikutnya pada Februari, Mac dan April.
Dirinya mencari jalan untuk bertemu dengan penyewa kerana mahu menuntut tunggakan sewa dan penyewa memberi alasan tiada duit.
Tidak berpuas hati dengan alasannya, Jejai kemudiannya meminta penyewa keluar dari rumah dengan cara yang baik.
“Penyewa bertegas tidak mahu keluar rumah malah melontar kata-kata kesat berbaur ugutan.
“Permainan ‘tarik tali’ ini berakhir pada pertengahan tahun lalu selepas saya menggunakan khidmat peguam,” katanya.
Jelasnya lagi, penyewa itu mengambil kesempatan daripada kebaikan arwah bapanya yang tidak suka bergaduh dengan orang.
“Saya jadi geram sebab dia mengaitkan kejadian yang tunggakan mencecah puluhan ribu atas kesalahan bapa saya yang mudah lembut hati.
“Ibu saya juga tidak pernah mengetahui hal bapa yang tidak pernah mendapat bayaran sesen pun daripada penyewa. Saya cuma mahu rumah itu kembali kepada kami untuk memudahkan urusan faraid yang masih tertangguh.
Tambah Jejai, dia terpaksa menanggung kos RM12,700 untuk kos mengusir kerana terpaksa menggunakan kuasa campur tangan mahkamah dalam menyelesaikan konflik dengan penyewa.
Tanbah Jejai, keluarganya masih dalam perbincangan untuk menjual rumah bagi mengelak berdepan konflik penyewa lagi.
Baca Di Sini:
‘Kasih Bapa Sepanjang Masa.’ Ayah Ini Sanggup Berumah Dalam Kereta Demi Anak Tercinta
Kashoorga: Semoga kita dijauhkan daripada penyewa dari neraka dan diharap kisah ini menjadi pengajaran buat semua.
Sumber: myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.