Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa dan negara, hari raya Aidilfitri merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam selain Hari Raya Korban. Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah selepas selesai menunaikan solat hari raya.

Baju Melayu dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang adalah pakaian tradisi yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Kaum wanita pula memakai baju kurung sama ada baju kurung tradisional atau pun moden dan juga baju kebaya. Juadah hari raya pula terdiri daripada ketupat dan rendang, lemang, biskut moden dan sebagainya.

Itu cara rakyat Malaysia sambut raya. Bagaimana pula cara sambutan negara Islam lain yang menyambut raya? Kata pepatah, lain padang, lain belalang, lain orang, lain caranya.

ASIA TENGGARA
Indonesia
Tak banyak beza dengan cara sambutan hari raya di Malaysia, rakyat Indonesia juga melakukan aktiviti ziarah menziarahi sanak saudara dan rakan taulan selepas selesai solat sunat Hari Raya. Antara sajian istimewa masyarakat Indonesia semasa Hari Raya adalah ketupat, opor ayam, rendang, sambal goreng hati, sayur lodeh dan lemang. Kuih-muih, biskut dan dodol turut dihidangkan sebagai manisan.

Perbezaan Negara Islam Sambut Raya, Lain Negara, Lain MENUNYA, Betul Betul Unik

ASIA TENGAH DAN SELATAN

Afghanistan
Masyarakat Afghanistan akan membuat persiapan sepuluh hari lebih awal dengan mempersiapkan dan menghiasi kediaman mereka. Antara hidangan Hari Raya di Afghanistan adalah Jelabi (Jalebi), Shor-Nakhod dan Cake wa Kolcha.

Pakistan
Solat sunat Aidilfitri kebiasaannya diadakan di kawasan terbuka yang luas seperti di kawasan sukan, taman atau tempat terbuka yang lain. Tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai manisan dan pencuci mulut termasuklah makanan tradisional sheer kurma, iaitu buah kurma yang dimasak dengan susu, buah kering, mentega dan mi suhun (vermicelli) menjadi puding.

Perbezaan Negara Islam Sambut Raya, Lain Negara, Lain MENUNYA, Betul Betul Unik

Ads

India
Antara makanan istimewa yang disediakan di India, Pakistan dan Bangladesh adalah Lachcha atau sivayyan (sheer kurma). Di India, terdapat banyak tempat popular yang sering menjadi tumpuan untuk solat sunat Aidilfitri termasuklah Masjid Jamek di Delhi, Masjid Makkah di Hyderabad, Aishbagh Idgah di Lucknow, Jalan Merah dan Masjid Nakhoda di Kolkata, Masjid Taj-ul di Bhopal, Masjid Jamek di Mumbai, serta Masjid Hajratbal di Kashmir

Perbezaan Negara Islam Sambut Raya, Lain Negara, Lain MENUNYA, Betul Betul Unik

TIMUR TENGAH

Arab Saudi
Secara tradisi, lelaki arab akan membeli sejumlah besar beras dan makanan ruji yang lain untuk diletakkan di hadapan pintu mereka yang kurang bernasib baik tanpa menyatakan nama mereka kepada mereka yang menerimanya. Pada waktu pagi Aidilfitri dan selepas solat sunat Aidilfitri dilakukan, penduduk di beberapa kawasan tengah Arab Saudi (seperti Al-Qassim) akan menganjurkan majlis makan yang besar.

Penganjur akan meletakkan permaidani yang besar di salah satu jalan kejirananan mereka, dan seisi kejiranan akan menyediakan sajian yang banyak untuk dikongsi Bersama jiran-jiran mereka. Amalan ini biasa dilakukan bagi mereka mencuba lebih dari satu hidangan.

Iran
Masyarakat Islam Iran akan mengikuti solat sunat Aidilfitri yang kebiasaannya dilakukan di tanah lapang atau dewan besar serta membayar zakat fitrah.

Ads

Turki
Di Turki, sesuatu perayaan kebangsaan dirujuk sebagai bayram, manakala Aidilfitri pula dirujuk sebagai eker Bayram dan Ramazan Bayram. Perayaan ini juga biasannya diselit dengan tradisi kebangsaan. Adalah menjadi kelaziman bagi mereka untuk menyapa satu sama lain dengan menyebut Bayram.

AFRIKA

Mesir
Kaum keluarga akan berkumpul untuk bersama-sama masak dan makan makanan rakyat Mesir seperti Fata mahupun makanan Hari Raya seperti Ka’ak atau Kahka iaitu biskut yang diisi kacang dan disaluti dengan gula tepung. Ia kebiasaannya akan dibakar sendiri atau dibeli di kedai. Rancangan-rancangan di televisyen juga dipenuhi dengan program perayaan seperti tayangan filem dan siaran langsung dari seluruh Mesir mengenai Hari Raya.

Di sesetengah kawasan juga, kanak-kanak berkumpul mengelilingi pencerita, pemain boneka atau ahli silap mata. Turut menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak menyewa basikal yang telah dihias untuk mengelilingi pekan.

Perbezaan Negara Islam Sambut Raya, Lain Negara, Lain MENUNYA, Betul Betul Unik

Tunisa
Biskut istimewa dibuat dan diberikan kepada keluarga dan rakan pada hari tersebut, termasuklah Baklawa dan “ka’ak”. Golongan lelaki akan ke masjid pada awal pagi, manakala golongan wanita akan berada di rumah untuk membuat persiapan untuk kanak-kanak serta menyediakan makan tengah hari yang kebiasaannya dilakukan di rumah orang tua mereka. Sepanjang siang hari, terdapat tarian dan muzik dan sambutan berlangsung sepanjang hari. Hadiah turut menjadi sebahagian daripada tradisi masyarakat Tunisia semasa Hari Raya.

Ads

Afrika Selatan
Kanak-kanak akan diberikan hadiah dan duit raya dari ahli keluarga, saudara mara dan jiran yang lebih dewasa. Pakaian baharu yang berwarna-warni dipakai, sementara juadah seperti biskut, kek, samosa, pai dan tat dihidangkan kepada para tetamu. Makan tengah hari turut dihidangkan untuk ahli keluarga dan menjadi kebiasaan untuk bertukar-tukar hadiah.

Sudan
Penyediaan ka’ak (biskut yang ditabur dengan gula), bettifour dan bertih jaguh dibakar dalam kuantiti yang banyak untuk disajikan kepada para tetamu dan diberikan kepada ahli keluarga dan rakan. Golongan wanita akan menghiasi tangan dan kaki mereka dengan henna. Juadah termasuk coklat dan manisan akan dihidangkan selain makanan tengah hari turut dihidangkan kepada tetamu. Kanak-kanak akan diberi hadiah sama ada barang mainan mahupun duit raya.

LAIN-LAIN

China
Di Yunnan, populasi Islam tersebar luar di wilayah ini. Pada Aidilfitri, beberapa penganut akan mengunjungi perkuburan Sayyid ‘Ajjal selepas solat sunat Aidilfitri. Di sana mereka akan membaca ayat al-Quran dan membersihkan pusara, sama seperti festival Qingming tahunan di mana masyarakat tempatan akan membersihkan pusara nenek moyang dan kawasan sekitar sambil mempersembahkan makanan.

Perbezaan Negara Islam Sambut Raya, Lain Negara, Lain MENUNYA, Betul Betul Unik

Australia
Kawasan yang mempunyai populasi Islam yang besar (tidak semestinya majoriti) akan mengadakan solat sunat Aidilfitri di masjid. Pihak polis kebiasaanya akan menutup jalan dan mengawal lalu lintas bagi memudahkan masyarakat Islam di sana melakukan solat sunat Aidilfitri. Di sesetengah kawasan, solat sunat Aidilfitri juga dilakukan di kawasan terbuka seperti di stadium dan tempat permainan.

Amerika Syarikat
Di beberapa buah bandar, solat sunat Aidilfitri akan dilakukan beberapa kali bagi menampung jumlah jemaah yang ramai. Adakala pihak masjid akan menyewa taman untuk masyarakat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di sana. Selama tiga hari, ramai masyarakat Islam akan menyertai jamuan besar yang ditaja oleh komuniti masjid atau pusat Islam atau orang kaya Islam. Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat telah beberapa mengeluarkan beberapa setem khas Hari Raya bermula pada tahun 2001 bagi meraikan “dua daripada perayaan-perayaan utama dalam kalendar Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Sumber: Wikipedia

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI