Perbuatan Murid Ikut Ustazah Merangkak Dipuji Akhlaknya. Buat Sama Sebab Hormat & Sayangkan Guru!

Share

Belum habis kisah siapa bakal jadi penganti Perdana Menteri, hari ini tular pula cerita di mana kisah seorang guru perempuan disuruh merangkak di sebuah sekolah.

Ramai yang marah melihat video berkenaan kerana menganggap maruah seorang ustazah yang mengajar ilmu agama dipijak henyak dengan penuh penghinaan.

Ramai berkongsi pandangannya dan salah seorang Mohd Fadli Salleh yang menulis posting berkenaan di laman sosial Facebook.

Menurutnya betapa bagus didikan ustazah ini kerana bukan saja dia yang merangkak setelah disuruh oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan, tetapi murid lain turut sama mengikut perbuatan ustazah berkenaan.

Ternyata murid-murid ini tidak sanggup guru mereka dihina sedemikian dan tidak kisah dengan baju seluar yang kotor asalkan dapat melakukan perbuatan sama.

Ternyata akhlak murid-murid ini sangat dipuji hasil didikan ustazah yang mengajar ilmu yang betul kepada pelajarnya.

Saat melihat video ustazah disuruh merangkak, aku sangat marah dan berang. Betapa maruah seorang ustazah yang mengajar ilmu agama dipijak henyak dengan penuh penghinaan.

Namun sebaik aku melihat anak-anak murid beliau dengan rela turut sama merangkak demi memuliakan ustazah kesayangan mereka, terus sebak menyerang dada.

Berdiri bulu roma aku, terharu dan kagum dengan akhlak anak-anak ini. Terlintas di kepala,

‘Bagaimana agaknya ustazah hebat ini mendidik akhlak murid-muridnya? Ingin aku berguru dengannya cara mendidik akhlak murid sebegini rupa.’

Meski pun wanita yang menyuruh ustazah itu merangkak mengarahkan murid-murid berhenti merangkak, namun anak-anak murid ini terus merangkak.

Mereka tidak sanggup melihat guru mereka dihina. Mereka sanggup terhina sama. Mereka sanggup menemani biarlah kotor seluar baju putih mereka.

Anak-anak ini, akal mereka belum cukup matang. Namun mereka sangat budiman dan terpuji bila tanpa disuruh sesiapa turun sama merangkak menemani ustazah yang dipaksa rela itu.

Allahu. Memang sebak sangat lihat ketulusan anak-anak itu.

Jika benar ustazah itu jahat, jika benar ustazah itu garang sehingga ramai murid benci dan tak suka padanya, adalah MUSTAHIL anak-anak murid yang penuh tulus itu akan turun sama merangkak bersamanya.

MUSTAHIL jika ustazah itu dibenci murid, murid akan menyokong beliau. Jika benar ustazah itu kejam dan selalu bertindak luar kawalan sewaktu menghukum, pastinya murid-murid itu gembira dan bertepuk tangan melihat ustazah mereka pula didenda.

Dikatakan berlaku di sebuah sekolah di Perak.

NAMUN itu tidak berlaku!

Murid-murid dengan rendah diri turun merangkak sama. Mereka masih kecil untuk menentang wanita biadab yang menyuruh ustazah mereka merangkak. Namun jiwa mereka cukup besar dengan turun menemani ustazah tersebut.

Ternyata dan jelas semua kita dapat lihat, sebenarnya ustazah ini disayangi murid-muridnya.

Mungkin pernah ustazah tersebut tersalah dan terlebih semasa mendenda, namun jasa, pengorbanan dan kebaikan yang pernah ustazah itu curah pada murid-muridnya tidak terbanding dengan satu dua kesilapan kecilnya.

Dan jelas, anak kecil yang tidak matang ini begitu menghargai dan menghormati.

Terima kasih anak-anak murid sekalian kerana memuliakan gurumu saat ada yang datang menghina dengan sebegitu rupa.

Bergenang mata aku melihat keikhlasan murid-murid ini memuliakan guru mereka.

Tunduk hormat buat anak-anak didik yang terpuji akhlak mereka ini. 

#MFS

Published by
Siti Zurina Mat Saman