‘Percayalah Doa Anak Istimewa Akan Diangkat.’ Ramai Tersentuh Dengar Bacaan Doa Anak Adi Putra

Share

‘Percayalah doa anak istimewa akan diangkat.’ Ramai tersentuh dengar bacaan doa anak Adi Putra. Dengar alunan suaranya membuatkan warganet sebak, bersungguh dia membaca doa buat ayahanda tercinta.

Malahan kemunculan anak perempuan pelakon Datuk Adi Putra iaitu Zara Adelia, 11, membaca doa ketika tayangan filem Syaaban yang berlangsung pada malam Sabtu menyentuh hati tetamu yang hadir pada acara tersebut.

Artikel Berkaitan:

‘Tanpa Guru, Hanya Belajar Seni Khat Dari YouTube.’ Anak Diuji Autisme, Tapi Allah Anugerahkan Bakat Ternilai

Percayalah Doa

Sebenarnya Zara merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak dilihat bersungguh-sungguh cuba membaca doa sebelum memeluk erat bapanya usai menghabiskan doa.

Memetik laporan mStar, di peringkat awal, tidak ramai yang mengetahui keadaan anaknya. Namun Adi atau Mohamed Hadi Putra Halim, 42, akui dia menyedari kelainan pada anak kesayangannya itu sejak Zara berusia enam bulan.

Sejak awal, dia merasakan ada sesuatu tidak kena apabila Zara tidak terjaga daripada tidur meskipun ada bunyi bising di sekelilingnya.

‘Ketika itu saya sedang tidur bersamanya dan tiba-tiba ada bunyi bising motosikal di luar rumah yang membuatkan saya terjaga tapi dia tetap tidur dengan lena.

‘Saya bawa dia untuk buat pemeriksaan dan dari situ saya tahu dia istimewa,’ katanya lagi.

Anak Istimewa Akan Diangkat

Malah, Adi juga berkongsi anaknya itu mengalami masalah pendengaran dan terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.

Agak menyedihkan apabila alat bantuan pendengaran juga tidak dapat membantu Zara untuk mendengar dengan baik.

‘Alhamdulillah saya tahu menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengannya. Kalau berada di luar pun kami boleh berbual menerusi panggilan video atau WhatsApp.

‘Kadang-kadang kalau tak guna bahasa isyarat pun dia tahu apa yang saya nak cakap kepadanya,’ jelas Adi satu-persatu.

Ramai Tersentuh

Dalam pada itu, jelas Adi, dia dan Zara sangat akrab dan menyifatkan anak perempuannya itu seorang yang berdikari.

Meskipun ada kekurangan namun Zara seorang kanak-kanak yang patuh selain peka dengan keadaan sekelilingnya.

‘Kami sangat rapat…dia seorang yang berdisiplin, berdikari dan teliti dalam pelbagai aspek kehidupan harian,’ ujarnya.


Dengar Bacaan Doa Anak Adi Putra

Untuk rekod, Adi dan isteri Datin Zuhaida Yusof mendirkan rumah tangga pada 2006 namun berpisah pada 2017 sebelum kembali bersama setahun kemudian.

Selain Zara, pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Azzhara yang juga berusia 11 tahun.

Baca Di Sini:

‘Anak Suka Merajuk, Baca Doa Nabi Daud.’ Ibu Ini Kongsi 8 Doa Berkesan Untuk Anak Kecil

Komen Warganet:

Ternyata ramai warganet mendoakan yang baik-baik buat Adi dan anaknya, Zara Adelia.

Ummibugis
Aamiin Ya Mujib. Anak istimewa doanya diangkat. Percayalah. Sebab saya seorang guru anak istimewa. Sudah menyaksikan beberapa keajaiban, rezeki dan dipermudahkan urusan ketika mengajar mereka.

asheritagespa
Amin. Doa si anak yang istimewa pasti akan makbul. Amin yaa rabbal alamin. Terharu dan bangga atas didikan dato dan datin..

hwa.zhe.fa
Aamin yarabbalalamin. Masyaallah, sungguh istimewa Zara Adelia, sudah besar tak sedar masa berlalu. Semoga mereka sekeluarga sentiasa dalam kerahmatan Allah Taala. Amin. Keluar air mata tengok.

sue_hj_saharin
Masyallah Tabarakkallah. Alhamdulillah. Sesungguhnya anak-anak yang soleh dan solehah itu baiknya akhlak mereka daripada didikan kedua ibu, bapa mereka… Tahniah bro Datuk Haji @adpadiputra

Kashoorga: Tahniah Adi Putra, hebat didikan!

Sumber: Instagram Adi Putra, mStar

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat