‘Pergi Mekah macam bercuti, nak buat content semata.’ Sedih sungguh ragam jemaah umrah akhir zaman. Dulu-dulu orang pergi Mekah dan Madinah cukup teruja.
Apa lagi yang pertama kali menjejakkan kaki, pasti rasa takjub dan syukur bersilih ganti. Namun sekarang cukup berbeza, orang yang dapat tunaikan umrah macam pergi melancong. Maklumlah duit banyak, mereka boleh pergi bila-bila masa.
Ikuti perkongsian Puan Izyan Izdihar Shaarani dan hadam baik-baik kisah yang cuba disampaikan.
Artikel Berkaitan:
Impian Wanita Ini Buat Umrah Akhirnya Tercapai, Sedekah RM14 Tapi ‘Dibalas Tunai RM14,290
Tadi tengok video Ustaz Abdullah Khairi tentang karenah jemaah umrah akhir zaman ini.
Macam-macam ragam. Ramai yang pergi umrah zaman sekarang just sebab dia nak pergi bercuti, sebab duit dia banyak, pergi umrah sebab nak tunjuk dia mampu dan paling menyampah bila dia pergi umrah sebab nak buat content.
Tapi bila dengar ceramah ustaz, saya teringat kisah seorang jemaah umrah yang pergi bersama kami dah lama dahulu.
Dia ni janda, dia kata dia kaya. Jadi dia cakap dia ada banyak masa dan tak tahu nak buat apa jadi dia pergi umrah. Time ni saya macam oh..ok.
Tapi di Mekah ni lain, kita akan didik diri kita supaya bersangka baik dan tak cakap atau sebut negatif pasal orang lain. Jadi saya neutral je melayan cerita-cerita dia.
Pernah sekali tu, dia join duduk di meja saya semasa kami berehat-rehat dekat ala ala RnR (Hentian Rehat&Rawat) dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah. Saya beli buah yang dah siap potong-potong tu. Sebab dia duduk meja saya saya offer lah dia sekali.
Dia menolak sebab dia kata dia ‘tak makan’ buah buah tu. Saya pun tak ingat buah apa entah saya beli waktu tu. Dia tanya saya “buah kiwi ada?”
Saya dah malas nak layan saya jawab ‘entah’. Dia cakap dia just makan buah kiwi je sebab dia dah biasa makan buah buah macam tu sebab dia dulu duduk dekat Australia.
Haha! Ok aku cam senyum ajelah. Saya pun buat buat interested ajelah dan tanya pasal kisah dia hidup kat Australia tu. Alih alih rupanya dia dok Australia tu beberapa bulan je. Tapi dia punya sembang…Hahahahah!
Ok cerita itu ok lagi. Ceritanya yang tragis adalah, masa kami baru-baru sampai di Mekah, dia cakap dia sudah nak hampir period. Saya offer dia ubat untuk delaykan period tu sebab kebiasaan sebelum pergi umrah kan kita memang sudah consult doktor macam mana nak delaykan period kita sekejap kan.
So saya memang ada standby ubat tu. Saya rasa sayang lah kalau kita baru je sampai Mekah, lepas tu kita period. Rugi lah kan. “Bukan senang kita nak datang sini lagi”, saya cakap macam tu pada dia.
Dia gelak-gelak saja sambil kata “Eh tak adalah, i boleh saja datang lagi. Bila-bila i hendak datang i boleh je datang. Takpelah i period pun, boleh i shopping, next time i datang lagi”.
Time tu dalam hati saya, hmm yelah. Duit dia kan banyak. Betul lah tu gamaknya dia boleh datang anytime. Malas nak fikir banyak pasal dia, so aku pun macam eh lantak kau lah. Kau tak nak ubat aku, sudah.
Disebabkan time orang lain sibuk buat umrah berkali-kali, tawaf sunat apa segala dan dia period, jadi dia sentiasa pergi shopping. Bila tiba time makan kita balik hotel kan, dia akan seronok bercerita dia shopping itu ini itu ini.
Setiap kali balik masjid, jumpa dia dia akan update dia beli itu, beli ini. Kiranya sepenuh masa dia di Mekah tu dia shopping. Dia betul-betul buat masa di Mekah tu macam pergi holiday.
Bila dah selesai dua minggu di Mekah dan Madinah, semasa kami nak bertolak balik dari Madinah ke Jeddah, dia bercerita sana sini yang dia beli macam-macam untuk buah tangan sedara mara dia kawan-kawan dia. Dia cerita dua beg besar luggage tu adalah hasil shopping dia sahaja. Banyak kali dia ulang.
Masa kami nak gerak dari Madinah, husband saya dan jemaah lelaki lain tolong-menolong angkat beg masuk dalam tempat simpan bawah bas tu kan, dia asyik ulang jangan lupa ya beg shopping dia.
Jangan lupa! Saya dengarkan saja, dia dok ulang-ulang benda tu. Dan memang dia sangat alert dengan dua beg souvenir dia tu. Dia escort lah beg shopping dia tu sampai sudah yakin beg dia tu masuk dalam perut bas.
Sampai di airport Jeddah, kami pun punggah dah ambillah beg masing-masing. Believe it or not…dua dua beg souvenir dia tu tak ada!
Semua orang pun tolong cari beg dia. Sebab tak mungkin beg dia tertinggal sebab dia sendiri escort beg dia masuk dalam perut bas dan tunggu sampai pintu perut bas tu tutup. Punya dia jaga beg dia.
Memang ajaib bila semua orang dah bawak keluar beg masing-masing, tapi dua beg shopping dia yang dia dok jaja siang malam itu hilang!
Beg baju dia ada saja. Dua luggage besar hasil shopping dia tu yang hilang. Dia punya menangis waktu tu macam hilang akal. Masa tu, saya pun turut sedih bagi pihak dia. Semua orang pun macam bagi moral support juga lah pada dia.
Tapi itulah,
Bila saya dah tenang-tenang, saya terfikir… mungkin Allah nak tunjuk kuasa Dia..Allah nak bagi pengajaran kepada saya, Allah nak bagi pengajaran kepada dia, dan Allah nak beri pengajaran kepada kita semua.
Soal menjadi tetamu Allah ni, jangan diambil mudah, jangan dipandang ringan. Jangan ditunggang-tunggang.
Kerana setiap sesuatu yang terdetik di hati kita, Allah sentiasa yang maha mengetahui.
Sentiasalah berdoa agar Allah jadikan kita orang yang ikhlas melakukan apa sahaja kerana Allah.
Kashoorga: Bila diberi kesempatan jadi tetamu Allah, jangan dibuat main. Allah Maha Melihat dan hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Sumber: Puan Izyan Izdihar Shaarani