
Berpijaklah di bumi yang nyata. Itulah sebenarnya realiti sebuah alam perkahwinan. Apabila sudah hidup bersama maka dari situlah bermulanya kehidupan suami isteri yang sebenar. Kena banyak sabar, baik suami atau isteri.
Ada banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah dari segi kewangan. Maka sebab itulah amat penting perlu wujud persefahaman antara suami isteri tentang soal yang satu ini.
Aduhai adik manis..
tak ada lah terus nak hidup senang.
Mak dulu pun makan nasi dengan telur mata sapi je tau..
kecuali ko kawin tu jutawan
itu pilihan ko lah kan..
bak kata orang, siapa banyak duit dia berkuasa..ha ha ha
rasa-rasa best tak..
tapi terpaksa la kan sebab nak hidup senang..
setiap perkahwinan tu ada pakej dia..
kawin dengan yang kaya begini
kawin dengan yang sederhana begini..
tak ada perkahwinan tu semudah yang kau tengok kat drama.
tipu je drama tu, jangan ko caya!
Perkahwinan itu ikatan 2 jiwa saling cuba memahami, bukan ko je nak memang.
Pastu si isteri boleh tak jangan nak jadi ratu lah sangat. ko sendiri kena bijak urus anak-anak, kau sendiri tentukan ke manakah arah keluarga ko.
jangan nak harap kat suami lah sangat!

Walaupun dia PM, bila balik umah mesti Tun Hasmah lebih berkuasa!
#makbawang
Apabila dapat berkongsi pahit manis bersama barulah masing-masing dapat merasai erti sebenar kehidupan berumah tangga,
Sumber kredit: FB: Zamara Buang
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Beli Kereta Ikut Kemampuan Bukan Ikut Kehendak, Deep Perkongsian Lelaki Ini

Tidak dinafikan, ramai orang yang gagal dalam menguruskan kewangan dengan baik. Mereka ini terjebak dengan penyakit ‘Biar Papa Asal Bergaya.’Inilah realiti anak muda masa kini. Dek kerana ingin dipandang hebat sanggup ‘ikat perut’ dan bergolok bergadai.
Berikut perkongian Muhammad Hassan
Termenung saya dalam LRT. Kawan saya nak sangat sangat jumpa saya di KL. Urgent sangat katanya. Sampai di KL jumpa saya, belanja saya berbuka. Lepas solat magrib menangis depan saya merayu sangat nak pinjam duit RM8500 nak bayar kereta tertunggak selama 6 bulan.
Saya terkejut beruk. barangkali beruk pun terkejut tengok saya terkejut. RM8500 tu. Lagi terkejut baru 2 hari ini tengok kes kereta H nak kena tarik sebab tak bayar tunggakan.
Saya kata. Merayu keluar air mata darah sekali pun aku tak mampu nak beri RM8500. RM8500 ini belum tentu kau dapat bayar dan belum tentu boleh selesaikan masalah kau untuk akan datang. Nak taknak kau kena cairkan aset yang kau ada jika nak selamatkan kereta,atau berbincang dengan pihak bank, bukan sorok kereta begitu.
TAK NAK KALAH GAYA
Kau boros sangat, iphone tu aku tengok setiap tahun tukar, jam tu, brand tissot belum layak untuk kita bro. Aku dah nasihat banyak kali jangan beli Alphard walaupun gaji 5-6k sebulan. Bila aku halang kau beli, kau cakap aku tak beri semangat.
Inilah masalah orang kita, beli kereta ni bukan perlu beri semangat macam nak lumba lari dalam guni. Alphard bukan keperluan kau. Aku dah pesan pakai myvi je dulu. Aku 3 tahun pakai myvi baru beli kereta lain,itu pun sebab ada keperluan dan mampu. Lagi pun kau tinggal di KL,LRT kelana jaya depan mata dah.
Kita ni nak pakai apa apa buat kira kira terlebih dahulu,sesuai tak dengan pendapatan dan keperluan kita. Ini tidak,tengok orang pakai alphard kita pun nak pakai,orang pakai iphone kita pun nak pakai,sanggup berhutang dengan telco janji dapat pakai iphone. jika bank susah nak lulus kenderaan kita sehingga terpaksa guna penjamin,itu bermakna kita tak layak memiliki kereta.
JADI SATU BEBAN
Sebenarnya beli kerata ini satu beban jika kita tak manfaat kereta itu untuk dapatkan pendapatan lain. Kita akan terbeban dengan kos kos terutama minyak petrol,service,tayar dan kos lain yang kita tak nampak. Lagi sakit jika kereta yang kita beli itu CC tinggi.
Tapi itulah orang kita. Sesetengahnya sanggup ‘ikat perut’ demi nak pakai kereta yang nampak mewah. tujuannya satu,nanti balik kampung nampak gah,nak rasa lebih berbanding adik beradik lain,nak orang respect terutama kawan kawan sekolah dulu. sedangkan benda itu sekejap dan itulah tanda riak yang merosakkan hati kita. Akhirnya terasa bahang bebanan kita itu adalah anak isteri.
Mula jadi panas baran,marah marah anak isteri,mula abaikan nafkah anak isteri. Dan paling sedih isteri juga akhirnya terpaksa gadai segala barang kemas demi nak selamatkan kereta yang tertunggak.

Sebab itulah saya menghasut anak anak muda supaya jangan buat apa apa loan selagi tiada keperluan. Selagi boleh pakai motor,pergi kerja naik bas,naik LRT redah jelah. Janji ada buat simpanan,beli aset terutama rumah. Jika teringin sangat nak pakai kereta mulakan dengan kereta murah. Dari situ kita akan belajar bagaimana nak ‘bela’ kereta.
Betullah peribahasa melayu mengatakan;
‘Ukur baju di badan sendiri’
Dari kisah ini,ambillah pengajaran supaya kita tidak lagi buat sesuatu untuk nampak kaya, tapi hakikatnya hutang keliling pinggang dan bagi nasihat kepada adik adik kita yang baru nak ‘up’ tu. Jangan kerana mahukan pujian di media sosial yang hanya beberapa minit kita sanggup merana 9 tahun.
Sumber kredit: Muhammad Hassan
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
9 Amalan Menjemput Rezeki Bila ‘Berbakti’ Kepada Anak, Rezeki Datang Mencurah-curah

Sesuatu yang kita dapat dan miliki, itulah rezeki kita. Percaya atau tidak, syukur atau ingkar, rezeki itu datang pada tempat dan waktu yang tepat. Rezeki yang diperolehi bukan sepenuhnya milik kita. Ini kerana dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.
Sebagai contoh, seorang bapa dengan anaknya. Rezeki yang diperolehi akan lebih berkat jika dikongsi bersama keluarga. Jika kita berkira dengan anak, rezeki akan berkira dengan kita. Pernah tak kita terfikir? Orang tua-tua cakap bila ada anak, rezeki murah. Tapi lain jadi kat kita, anak dah ramai tapi rezeki masih sama macam masa belum ada anak.
PENGALAMAN SENDIRI
Alhamdulillah selepas annur rania dilahirkan rezeki saya mudah je masuk. Kadang-kadang rezeki tak di sangka-sangka dapat. Dapat tawaran kerja di kampung halaman. Padahal tak pernah terfikir pun saya boleh dapat sebab ramai sangat calon yang temuduga.
Masa berhenti kerja lama gaji pada bulan tu di tahan sebab berhenti tak cukup notis. Susah jugak nak survive bulan tu dengan komitmen yang ada tapi alhamdulillah semua berjaya di harungi. Rezeki ada je untuk bayar semua.
SEMUA BERUBAH BILA SAYA LEKA
Di tempat baru kerja bertambah banyak, kadang-kadang balik ke rumah jam 9-10 malam. Kurang luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Sedikit demi sedikit wang gaji tak cukup.
Bila wang tak cukup mulalah berkira-kira dengan anak. Mainan rm5 pun tak belikan. Sanggup biarkan anak menangis berlinangan air mata. keluar beriadah jauh sekali.
Pada mulanya salahkan gaji yang sedikit jika banding dengan gaji dulu. Tapi sebenarnya semakin jauh kita mengabaikan anak semakin jauh rezeki akan bai bai kita.
Anak-anak adalah anugerah setiap insan bergelar ibu bapa. Mereka adalah amanah Allah kepada kita. Mereka adalah masa depan generasi kita.
Besar tanggungjawab kita untuk membesarkan mereka jadi seorang anak yang setia kepada negara dan agama. Saya tidak manjakan anak cuma saya tidak pernah berkira dengan anak.
SEMBILAN AMALAN SAYA BAGI MENJEMPUT REZEKI KETIKA ‘BERBAKTI’ PADA ANAK
1. Kanak-kanak pantang nampak mainan. Sebulan sekali beri mereka reward mainan yang mereka nak. Selagi termampu berilah barang kesukaan mereka. Apalah sangat mainan rm5-rm10 asalkan mereka happy. Ingat jika mereka happy kita sebagai ibu bapa turut happy, sama jugak jika sebaliknya. Bila keluarga happy baru rezeki mudah nak datang.
2. Berikan mereka pelajaran yang terbaik. Jangan pilih taska sebab sehala laluan ke tempat kerja sahaja. Fikirkan jugak keperluan anak-anak untuk belajar. Banyak taska hanya buka televisyen sahaja masa belajar. Taska yang bagus ialah yang penuh dengan aktiviti yang membantu perkembangan otak anak-anak.
3. Luangkan masa bersama anak-anak at least seminggu sekali. 6 hari masing-masing sibuk dengan urusan berbeza, apa kata sehari seminggu buat something bersama. Contoh jalan di zoo atau bawak anak-anak ke learning center. Banyak pusat learning center di malaysia yang bagus untuk perkembangan mereka.
4. Sediakan keperluan yang terbaik untuk mereka. Jangan recycle sahaja. Apa perasaan si adik yang hanya recycle barangan abang dan kakak. Contoh belikan baju baru kesukaan mereka. Mesti perasaan sayang tu bertambah-tambah.
5. Banyak kaedah pembelajaran awal kanak-kanak yang membantu perkembangan otak kanak-kanak sudah ada. Laburlah sedikit untuk masa depan mereka. Tahu tak 90% otak kanak-kanak berkembang sewaktu umur 0-6 tahun? Semua bahagian kritikal otak berkembang masa ini.
6. Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak. Jangan sentiasa fikir mereka akan cari jalan sendiri sebaliknya bantu selagi mereka boleh di bantu. Percaya tak yang kanak-kanak 1-6 tahun pun boleh kena STRESS? Sekali mereka stress dan kita tidak bantu emosi mereka akan terbantut dan boleh jadi serius.
7. Jangan marah anak tanpa berfikir panjang. Bila nak marah tu paksa diri diam atau minum air dan wuduk. Lebih baik berdiam diri dari marah dan terkeluar kata-kata kesat. Masa ini anak-anak masih belajar dan mereka akan ikut cara anda walaupun masa marah. Jika baik yang mereka nampak maka baiklah mereka buat.

8. Setiap kanak-kanak ada perkembangan berbeza. Fahami dan cuba bantu mereka. Berikan keperluan yang diperlukan bukan yang kita mahukan. Berhenti dari membanding dengan kanak-kanak lain.
9. Sebagai ibu bapa jangan berkira nak belajar ilmu parenting sebab tanpa ilmu bagaimana kita nak didik anak agar berilmu. Anak-anak ada kaedah dan cara pembelajaran berbeza, keperluan fisiologi pun berbeza. Kalau bayi kena tidur 14-17 jam, lain pulak untuk anak berumur 3-5 tahun kena tidur 10-13 jam sehari.
Alhamdulillah selepas saya praktis 9 amalan di atas rezeki mencurah-curah masuk. Satu persatu hutang dapat habis. Bisnes pun semakin berkembang sehingga mampu upah 5 orang staf.
Rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar kita merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat kita.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Nak rezeki mencurah-curah cuba curah dulu kasih sayang kat anak isteri. Barulah rezeki datang mencurah-curah.
Sumber kredit: FB: Mohd Fhais
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Anak Ramai Tetapi Mandul? Ini Maksud Rasulullah

Anak ramai tapi mandul, apa maksudnya? Sebenarnya ini adalah persoalan yang diajukan oleh Rasulullah sendiri kepada seorang sahabatnya. Ia berkenaan ibu bapa yang punya anak namun tidak berjaya mendidik mereka dengan baik jauh lagi menjadi anak soleh atau solehah.
Perkara ini dikongsi oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi, yang juga merupakan Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.
Rasulullah bertanya kepada sahabat tentang persoalan mandul. Sabda Nabi:
مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا
“Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” (HR Ahmad).
Kepentingan didik anak soleh
Inilah perbezaan pertimbangan manusia dengan penilaian Allah. Rasulullah mendidik sahabat supaya memandang tinggi kepentingan mendidik anak yang soleh. Anak yang ramai belum tentu memberikan manfaat buat ibu bapa terutama di akhirat.
Sebab itu Rasulullah tegaskan peranan anak yang soleh. Sabda Nabi:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: مِنْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ، أَوْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ مِنْ بَعْدِهِ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ
“Apabila meninggalnya seorang manusia itu terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Anak yang soleh yang mendoakannya, sedeqah jariah serta ilmu yang bermanfaat.”
Atas dasar itu Nabi Ibrahim berdoa di dalam al-Quran agar dikurniakan anak yang soleh. Lihatlah betapa pentingnya peranan anak yang soleh sehingga seorang Nabi sendiri berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Doa ini direkodkan di dalam al-Quran. Kata Nabi Ibrahim:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah daku anak-anak yang soleh (al-Saffat: 100)
Marilah bersama kita amalkan doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim ini. Mudah-mudahan kita dikurniakan anak yang soleh.
Namun agak malang pada hari ini, ramai ibu bapa yang mempunyai beberapa orang anak namun tidak membesarkan mereka dengan asas didikan agama hingga ada yang langsung tidak tahu mengerjakan solat.

Lebih mengecewakan anak-anak ini terlibat dalam perbuatan maksiat, zina malah gejala sosial berat seperti jenayah dan dadah. Alangkah ruginya anak yang seharusnya menjadi ladang pahala buat ibu bapa namun jadi sebaliknya.
Sumber: Dr Ahmad Sanusi Azmi
Baca: Hukum Anak Tak Beri Belanja Nafkah Pada Ibu Bapa Yang Hidup Susah
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI