Beberapa hari ini, tercetus di media massa perihal majlis perkahwinan Illi Najwa Saddique bersama suaminya yang juga ketua pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar. Majlis dibuat berdasarkan adat agama Punjabi itu menjadi isu kerana ramai mengjatuhkan “hukuman”biarpun tidak mendengar penjelasan tepat dari Illi Najwa sendiri yang belum lagi kembali ke tanahair.

Ternyata apa yang terjadi mendapat perhatian dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menzahirkan rasa dukacita apabila terdapat berita yang bertebaran di media berkaitan seorang wanita bangsa Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan yang tidak berdasarkan Hukum Syara’ di India.

Justeru itu Sultan Ibrahim yang juga Ketua Agama Islam Negeri Johor menitahkan agar semua usaha yang perlu dibuat oleh Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut.

Ads

Ini kerana Baginda mahu sentiasa memastikan kehidupan rakyat Johor dan yang berasal dari negeri ini akan dipayungi peruntukan undang-undang yang mana Islam adalah paksi dan tiang seri kepada kehidupan di negeri ini.

Masa yang sama, Sultan Johor juga meminta agar semua pihak agar tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra matang dalam berita yang disebarkan. Jelas Baginda lagi, apa jua berita yang kita terima berkaitan dengan silaturahim sesama umat Islam perlu diteliti tanpa berprasangka buruk. Kita perlu berlapang dada dan bersangka baik. Masa yang sama, kita juga perlu dan mengambil tindakan meneliti berita berkaitan dari sumber yang pasti dan tepat,”titah Baginda sambil menambah wanita itu sedang melalui proses penghakiman melalui platform media, sedangkan beliau tidak pun setakat ini mengisytiharkan ingin keluar dari agama Islam. Jika kita tergesa-gesa dalam tindakan kita menghukum beliau, maka kita akan membina tembok yang tinggi untuk beliau kembali semula ke negara kita dan menjarakkan lagi jurang antara keluarganya di Malaysia dan di India.

Ads

"Saya juga ingin menitipkan nasihat buat wanita yang berasal dari negeri Johor bahawa dalam membuat keputusan, pastikan tindakan itu direstui oleh ibu bapa anda dan tidak melanggar norma-norma yang ditetapkan agama Islam," titah baginda lagi.

Ads

Sultan Ibrahim juga yakin Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti Negeri Johor akan memberikan semua pertolongan yang diperlukan kepada wanita itu bagi mengekalkan akidahnya dalam lingkungan syariat Islam. Gambar : Royal Press Johor

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI