Dek keterujaan menerima berita bakal menimang cahaya mata ramai yang berkongsi gambar ultrasound janin di dalam perut di media sosial. Bukan saja dilakukan oleh isteri, tapi suami pun turut sama berkongsi foto seperti ini.

Timbul persoalan apakah hukum memaparkan foto janin dari perut ibu mengandung. Adakah ini bermakna kita memaparkan aurat si ibu?

Persoalan ini dijawab oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Memetik penerangan dalam laman web Mufti Wilayah Persekutuan, hal demikian tidak elok dilakukan kerana bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri.

Ads

Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’

Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran. Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan-sangkaan manusia.

Ads

Walaubagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang haram dilihat secara langsung, melainkan membawa kepada syahwat dan fitnah.

Ads

Begitu juga organ dalaman manusia seperti hati, jantung dan rahim bukanlah dalam kategori aurat kerana demikian bukanlah makna perhiasan berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI