‘Perli pasangan tiada zuriat.’ Jangan berlebihan, ini soal rezeki dan ketentuan Allah. Jika manusia mampu merancang berapa jumlah anak yang mereka kehendaki, pasti semua orang di dunia ini miliki anak.
Namun tak semudah itu, setiap daripada kita dikurniakan rezeki berbeza-beza. Begitu juga dengan soal anak. Ada yang cepat dapat anak dan ada pula lambat menimang cahaya mata.
Oleh itu, jangan terlalu mendabik dada kerana setiap apa yang kita miliki adalah pinjaman dan kurniaan daripada Allah SWT. Ikuti perkongsian Azizul Hairi dan hadam baik-baik perkongsiannya.
Saya menyelar sekeras-kerasnya tindakan memerli atau menyindir ujian bagi mereka yang belum punya anak.
Adab ziarah raya dan berkumpul cukuplah tanya seadanya. Sekadar modal sembang.
Bukan berlebihan sindir dan perli! Ini soal rezeki Allah. Siapa kita nak menidakkan ketentuan Allah?!
Ada suami isteri diuji dengan ekonomi.
Dan ada pasangan diuji dengan kesihatan.
Ads
Kita hanya mampu berikhtiar. Allah juga yang berhak ke atas ‘Kun Fayakun’.
Saya doakan mereka dikurniakan rezeki yang melimpah. Disayangi makhluk bumi dan langit. Amin.
.
.
.
.
Tiada Zuriat
Dalam masa yang sama, di ruangan komen posting yang sama, Cikgu Arie turut berkongsi apa yang dilalui dan menasihati mereka yang kurang sensitif berbicara soal zuriat. Ini luahannya:
Perli pasangan tiada zuriat?
Saya dan isteri pernah diuji dengan kelewatan menimang cahaya mata selama 10 bulan selepas pernikahan.
Ads
Kemudian diuji sekali lagi menunggu selama hampir 5 tahun menyambut kelahiran anak kedua di kala rakan dan keluarga terdekat sedang rancak menambah zuriat.
Sakitnya, hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja yang tahu.
Bukan kelewatan menimang anak itu yang sakit, tetapi ialah pertanyaan berunsur perlian segelintir orang yang akal dan imannya, entah ke mana.
Jangan Berlebihan
Sebagai mana ajal maut, jodoh dan rezeki, anak juga termasuk dalam ketentuan Allah yang tidak ada seorang pun manusia boleh mengaturnya.
Kalaulah ketentuan mendapatkan zuriat itu boleh diatur oleh manusia, saya kira, tidak ada satu pun pasangan yang tidak ada zuriat di dunia ini.
Namun, itu semua berada di luar keupayaan manusia.
Nasihat saya, apabila ternampak pasangan yang belum atau tidak memiliki zuriat, buat-buatlah tak tahu saja. Usah terlalu membicarakan perihal anak di hadapan mereka.
Melainkan jika mereka yang memulakan perbicaraan mengenainya atau meminta nasihat berkaitan ikhtiar mendapatkan zuriat. Berikanlah perkongsian ilmu, nasihat dan pengalaman secara hikmah dengan mereka.
Lagi satu, usahlah kita terlalu berbangga dengan jumlah anak yang ramai berbanding orang lain.
Ketentuan Allah
Sebaliknya, bertakwalah kepada Allah dengan amanah yang diberikan-Nya kepada kita sebagai seorang ibu atau ayah.
Orang yang sentiasa insaf bahawa anak merupakan amanah dan pinjaman daripada Allah semata-mata, tidak akan terfikir untuk memperli atau merendah-rendahkan pasangan lain yang tidak diberi rezeki dan amanah berupa zuriat daripada-Nya.
Kashoorga: Kalau nak ambil berat sekalipun dengan masalah orang lain, jangan jadi manusia toksik.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini kita sudah berpuasa untuk hari pertama Ramadan. Jam ditangan baharu sahaja menunjukkan ke angka 12.30 tengahari tapi badan sudah terasa lesu dan tidak bermaya. Mengapa agaknya jadi begitu ya? Sedangkan awal pagi sudah bangun untuk bersahur.
Tahukah anda bahawa amalan terbaik ketika bersahur dan berbuka amat penting bagi memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang menjalani ibadah puasa. Berikut dikongsikan amalan diet sihat ketika bersahur dan juga berbuka puasa.
KETIKA BERSAHUR
*Ketika bersahur, amalkan untuk bersahur 30 minit sebelum masuknya waktu imsak.
*Elakkan sama sekali minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya. Amalkan minum air kosong. Susu juga baik untuk diambil ketika bersahur.
*Ketika bersahur, tidak semestinya makan nasi. Kita boleh makan roti, bubur dan oat untuk memberikan kesan kenyang yang lebih lama.
*Bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, diabetes dan gastrik, anda boleh amalkan makan banyak sayur-sayura, buah-buahan, susu dan makanan tinggi serat.
KETIKA BERBUKA
*Ketika berbuka puasa pula, apa yang penting, pastikan hidangan yang diambil suku-suku separuh.
*Elakkan makanan yang manis-manis, berlemak, bergoreng, pedas dan makanan tinggi garam.
*Ketika makan, kunyahlah secara perlahan-lahan agar makanan cepat hadam.
Ketahuilah dengan cara pemakanan yang betul tubuh kita akan kekal sihat dan bertenaga sepanjang menjalani ibadah puasa.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ada sesetengah wanita sanggup ambil pil penahan haid demi meraih ganjaran al-Qadar.
NABI Muhammad SAW pada 10 terakhir Ramadan ini meningkatkan amalan ibadah Baginda dan berusaha untuk meraihnya.
Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap balasan (daripada ALLAH), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari no1768, An-Nasa’ie no 2164 & Ahmad no 8222)
Situasi Muslimat 10 akhir Ramadan “Alamak! Esok dah 21 Ramadan period saya baru mula… terlepas la Lailatul Qadar tahun ni…”
“Saya dah tiga tahun, tinggal puasa ‘cuti’ di akhir Ramadan, bila la nak dapat Lailatul Qadar?”
“Kalau kita ‘uzur’ apa ibadat yang boleh kita buat untuk mendapatkan Lailatul Qadar?” Serta pelbagai lagi bentuk persoalan, tetapi isu utamanya adalah: “Bagaimanakah cara bagi wanita yang datang haid (cuti/uzur) beribadat juga peluang untuk turut meraih Lailatul Qadar?”
Ini bukan isu yang kecil kerana ada yang sanggup mengambil ubat penahan haid pada bulan Ramadan kerana takut terlepas tawaran istimewa yang hanya datang setahun sekali. Sebenarnya kita tidak perlu bertindak sejauh itu, haid adalah satu natural, tabi’i bagi kaum Hawa. ALLAH Yang Maha Adil, yang mencipta kita dan memberikan sifat itu kepada kita pasti sekali tidak akan membiarkan kita kerugian dan terlepas tawaran yang begitu besar ini.
Orang yang berhadas besar seperti haid ini hanya tidak boleh melakukan ibadat puasa, solat serta membaca al-Quran (serta semua yang memerlukan wuduk). Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Bukankah wanita itu jika sedang haid dia tidak solat dan tidak berpuasa? Itulah kekurangan agamanya.” (Riwayat Bukhari)
Walaupun ALLAH memberi kita ‘cuti’, tidak dibolehkan puasa dan solat, namun ia tidak bererti kita tidak boleh melakukan sebarang amalan atau ibadat yang boleh menambahkan lagi pahala kita, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang segala amalan dilipat gandakan pahalanya. Banyak lagi amalan yang dicintai oleh ALLAH dan ibadah sunnah lainnya yang dianjurkan yang dapat dilakukan di antaranya:-
1) Menyediakan dan memberi iftar
2) Menyediakan makanan sahur
3) Menjauhi larangan agama
4) Banyakkan berdoa dan berzikir sepanjang hari
5) Menyibukkan diri menuntut ilmu yang manfaat.
6) Banyak bersedekah dan derma
Sesungguhnya, ALLAH Maha Adil. Dia mendatangkan haid dan Dia juga mendatangkan hikmah di sebaliknya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat itu ibadah paling dituntut. Ia tiang agama dan wajib dilakukan asal tidak gila.
Dalam surah Al’Maun iaitu surah ke 107 dalam Al-Quran yang terdiri dari tujuh ayat, isi kandung surah ini menceritakan ancaman terhadap mereka yang tergolong mendustakan agama yakni mereka yang mengherdik anak yatim, tidak menolong fakir miskin, riak (ingin dipuji sesama manusia) dalam solatnya dan lain lagi.
Dalam surah ini jelas dikatakan, “kecelakaan besar bagi orang yang bersolat”. Apa yang dimaksudnya perkataan ini dan solat yang lalai bagaimanakah dikatakan menurut surah ini.
Perkataan celaka jika diukur, ianya sangat teruk. Jarang orang mengucapkan kata-kata ini kerana bunyinya agak kasar. Tapi lalai dalam solat hingga menjerumus kepada keadaan celaka harus difahami oleh kita semua.
Bagaimana lalai dalam solat itu boleh mencelakakan kita?
Pertamanya, solat itu dinilai dari beberapa aspek :-
Saat berwudhu:- Ada yang wudhunya tidak sempurna atau tepat iaitu membasuh bahagian tubuh diwajibkan.
Lalai pada soal pakaian saat mengadap Allah.Kata orang, main sarung sahaja sedangkan bila mahu keluar dating, kita memilih yang terbaik. Pakaian solat harus bersih dan tidak terkena najis sama sekali.
Melengah-lengahkan waktu solat. Kita solat namun di hujung waktu kerana mahu gabungkan dua waktu. Antaranya Zuhur ke Asar atau Asar ke Maghrib tanpa mahu mengejar solat di awal waktu yang pahalanya sangat banyak.
Keduanya dalam perlaksaan solat. Ada yang mempermudahkan solat sewaktu pelaksanaan solat. Ciri-cirinya antara lain:-
Mengabaikan aspek tamakninah iaitu berhenti seketika sebelum menyempurnakan bacaan. Tamakninah wajib dilakukan ketika rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Sekiranya seseorang meninggalkan tamakninah dalam solat, maka solatnya tidak sah mengikut pandangan mazhab Syafi’e, Maliki dan Hambali.
Mendirikan solat seadanya. Tak berusaha memperbaiki tata cara solat dari segi rukun mahu pun sunnahnya.
Lupa bahawa dengan solat itu, seorang muslim sedang “berbicara” di hadapan Allah taala dan memohon doa agar diperkenankan segala yang kita minta.
Ada pun yang dimaksudkan dengan lalai dari solat itu dapat dikategorikan kepada dua iaitu lalai pada waktu solat iaitu solat tapi fikiran di tempat lain. Dalam erti kata mudah, tidak kusyuk. Solat tapi fikiran ada di kedai makan, ingat bola, ingat kawan dan lain lagi. Pada hal Allah berfirman dalam surah Thaha ayat 14 bermaksud :-
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي (طه: ١٤)
“Dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” (Q.S. Thaha:14)
Ketiganya lalai sesudah mengerjakan solat. Dalam erti kata lain tujuan solat untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar sebagai mana dinyatakan dalam surah al-Ankabut ayat 45:-
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...