‘Perli Pasangan Tiada Zuriat.’ Jangan Berlebihan, Ini Soal Rezeki & Ketentuan Allah

Share

‘Perli pasangan tiada zuriat.’ Jangan berlebihan, ini soal rezeki dan ketentuan Allah. Jika manusia mampu merancang berapa jumlah anak yang mereka kehendaki, pasti semua orang di dunia ini miliki anak.

Namun tak semudah itu, setiap daripada kita dikurniakan rezeki berbeza-beza. Begitu juga dengan soal anak. Ada yang cepat dapat anak dan ada pula lambat menimang cahaya mata.

Oleh itu, jangan terlalu mendabik dada kerana setiap apa yang kita miliki adalah pinjaman dan kurniaan daripada Allah SWT. Ikuti perkongsian Azizul Hairi dan hadam baik-baik perkongsiannya.

Artikel Berkaitan:

10 Tahun Menanti & 17 Kali Rawatan Kesuburan, Tunku Azizah Tekad Bantu Pasangan Tiada Zuriat

Perli Pasangan

Saya menyelar sekeras-kerasnya tindakan memerli atau menyindir ujian bagi mereka yang belum punya anak.

Adab ziarah raya dan berkumpul cukuplah tanya seadanya. Sekadar modal sembang.

Bukan berlebihan sindir dan perli! Ini soal rezeki Allah. Siapa kita nak menidakkan ketentuan Allah?!

Ada suami isteri diuji dengan ekonomi.

Dan ada pasangan diuji dengan kesihatan.

Kita hanya mampu berikhtiar. Allah juga yang berhak ke atas ‘Kun Fayakun’.

Saya doakan mereka dikurniakan rezeki yang melimpah. Disayangi makhluk bumi dan langit. Amin.


.


.


.


.


Tiada Zuriat

Dalam masa yang sama, di ruangan komen posting yang sama, Cikgu Arie turut berkongsi apa yang dilalui dan menasihati mereka yang kurang sensitif berbicara soal zuriat. Ini luahannya:

Perli pasangan tiada zuriat?
Saya dan isteri pernah diuji dengan kelewatan menimang cahaya mata selama 10 bulan selepas pernikahan.

Kemudian diuji sekali lagi menunggu selama hampir 5 tahun menyambut kelahiran anak kedua di kala rakan dan keluarga terdekat sedang rancak menambah zuriat.

Sakitnya, hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja yang tahu.

Bukan kelewatan menimang anak itu yang sakit, tetapi ialah pertanyaan berunsur perlian segelintir orang yang akal dan imannya, entah ke mana.

Jangan Berlebihan

Sebagai mana ajal maut, jodoh dan rezeki, anak juga termasuk dalam ketentuan Allah yang tidak ada seorang pun manusia boleh mengaturnya.

Kalaulah ketentuan mendapatkan zuriat itu boleh diatur oleh manusia, saya kira, tidak ada satu pun pasangan yang tidak ada zuriat di dunia ini.

Namun, itu semua berada di luar keupayaan manusia.

Baca Di Sini:

‘30 Tahun Kahwin, Tiada Rezeki DiKurniakan Zuriat.’ Isteri Rela Dimadukan, Suami Pilih Setia Hingga Hujung Nyawa

Ini Soal Rezeki

Nasihat saya, apabila ternampak pasangan yang belum atau tidak memiliki zuriat, buat-buatlah tak tahu saja. Usah terlalu membicarakan perihal anak di hadapan mereka.

Melainkan jika mereka yang memulakan perbicaraan mengenainya atau meminta nasihat berkaitan ikhtiar mendapatkan zuriat. Berikanlah perkongsian ilmu, nasihat dan pengalaman secara hikmah dengan mereka.

Lagi satu, usahlah kita terlalu berbangga dengan jumlah anak yang ramai berbanding orang lain.


Ketentuan Allah

Sebaliknya, bertakwalah kepada Allah dengan amanah yang diberikan-Nya kepada kita sebagai seorang ibu atau ayah.

Orang yang sentiasa insaf bahawa anak merupakan amanah dan pinjaman daripada Allah semata-mata, tidak akan terfikir untuk memperli atau merendah-rendahkan pasangan lain yang tidak diberi rezeki dan amanah berupa zuriat daripada-Nya.

Kashoorga: Kalau nak ambil berat sekalipun dengan masalah orang lain, jangan jadi manusia toksik.

Sumber: Azizul Hairi

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat