Tidak dinafikan kebanyakan rumah yang dibina sekarang ini disertakan sekali rekaan dengan kemudahan bilik air dalam sesebuah bilik.
Ia adalah untuk kemudahan penghuninya dan membataskan aurat jika ada bukan muhrim di dalam rumah.
Namun begitu, walaupun kemudahan bilik air ini memudahkan, tetapi janganlah kita mengabaikan aspek lain, misalnya adab yang perlu dipatuhi sebagai keperluan patuh syariah.
Perkongsian wanita ini yang merupakan Perekabentuk, Penulis dan Pengkarya Kediaman (Rumah Islamik) Khairunnisa Hamzah di laman sosial Facebook memberitahu cara menjadikan tandas dalam bilik tidur patuh syariah dan mewujudkan keluarga yang harmoni.
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
Pernah saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik master tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”
Kesian makcik ini yang dalam keadaan penat dan lemah, terpaksa baring di katil mengadap pintu tandas.
Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.
Rasullullah ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.
1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”
(HR. Bukhori 5624)
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.
Tempoh hari dokter O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat checkup dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya : “I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?”
Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.
Seronok dokter bila kita bagi idea.
Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.
Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
#Mommydaddydecor
#Rumahorangmuslim
#Rumahikutsunnah
#RumahIslamik