‘Pernah gulung tikar sebab kegawatan ekonomi.’ Kini resort RM19juta diubahsuai jadi pondok agama dan menjadi tempat penginapan buat mereka yang benar-benar memerlukan.
Alhamdulillah disebalik ujian yang dialami oleh pemiliknya, kini resort yang dulunya terbiar, kini menjadi pusat atau pondok buat warga emas untuk mendalami ilmu agama.
“Saya bukan orang yang arif dalam agama, malah saya juga pernah lalai, tetapi saya ingin kembali ke jalan Allah dan bersyukur diberikan hidayah,” kata Ramli Nordin, 73, pemilik Cherating Bay Resort, sebuah resort bernilai hampir RM19 juta yang terbiar usang di Cherating, Pahang.
Kini, sebahagian resort yang mempunyai 164 unit apartment itu dijadikan pondok agama khusus untuk golongan warga emas dikenali sebagai Pondok Warga Emas At-Tahwil.
Jelas Ramli, resort yang diusahakannya lebih 20 tahun lalu itu akhirnya ‘gulung tikar’ pada 2018 disebabkan kegawatan ekonomi dan pertukaran polisi kerajaan.
Sebab Kegawatan Ekonomi
“Sejak itu, resort ini terbiar sehingga menjadi semak samun, jadi apabila saya datang ke sini, saya mahu buat sesuatu supaya tempat ini boleh digunakan semula.
“Saya berbincang dengan keluarga dan rakan, jadi timbul idea untuk menjadikan sebahagian resort ini sebagai pondok agama untuk warga emas,” katanya.
Tambah Ramli, dengan bantuan pelbagai pihak, pondok warga emas terbabit dapat dibangunkan, malah sudah beroperasi, selain dapat membina sebuah surau baharu bagi kegunaan penghuni pondok hasil sumbangan orang ramai.
Ads
“Impian saya supaya pondok ini dapat dibangunkan dengan sempurna, seterusnya menjadi pusat dakwah dan penyebaran maklumat mengenai Islam terutama kepada pelancong asing.
“Namun usaha itu terbantut kerana kami tidak mempunyai cukup dana untuk menampung kos baik pulih unit apartment yang rosak dengan anggaran kos sebanyak RM5,000 hingga RM6,000 seunit,” katanya.
Kini Resort RM19Juta
Sementara itu, Penyelaras Pondok At-Tahwil, Fatimah Awang Lah, 75, menjelaskan pondok ini mula beroperasi pada Oktober 2021 dan kini mempunyai 12 penghuni termasuk ibu tunggal serta dua pasangan suami isteri.
“Selepas perbincangan dengan pemilik resort dan beberapa pihak lain, kami bersama-sama berusaha membangunkan pondok ini menerusi Pertubuhan Amal At-Tahwil.
“Pada peringkat awal, hanya tiga penghuni yang tinggal di pondok ini, namun kini kami sudah membaik pulih 10 unit apartment untuk kegunaan pondok.
“Terdapat 26 unit lagi perlu diperbaiki, namun usaha itu terbantut kerana tidak mempunyai dana mencukupi,” katanya.
Ads
Diubahsuai Jadi Pondok Agama
Malah tambah Fatimah lagi, aktiviti harian dilakukan di sini termasuk solat berjemaah setiap waktu, kuliah subuh setiap hari, kelas mengaji al-Quran, bacaan hadis dan kuliah untuk tiga kali seminggu.
Pihaknya juga mempunyai perancangan mahu menjadikan pondok ini sebagai perintis konsep pelancongan ibadah berikutan lokasinya terletak di kawasan pelancongan popular di negeri ini.
“Kami bercadang membaik pulih beberapa unit apartment untuk dijadikan ‘homestay’ khusus untuk pengunjung yang mahu datang bercuti sambil beribadah atau ahli keluarga penghuni yang datang menziarah.
“Sebagai contoh mereka datang sebuah keluarga termasuk ibu dan ayah, jadi ibu dan ayah mereka boleh mengikuti pakej kursus agama yang kami sediakan, manakala ahli keluarga lain boleh berlibur di sekitar Cherating,” katanya.
Hulurkan Bantuan
Menurutnya, orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh menyalurkan sumbangan mereka ke akaun Maybank 556093276707 atas nama Pertubuhan Amal At-Tahwil.
Ads
“Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi saya di talian 017-3713022 atau Pengerusi Pertubuhan, Ahmad Taufek Zakaria (011-58900193),” katanya.
Kashoorga : Semoga Pertubuhan Amal At-Tahwil dapat membantu lebih ramai yang berada dalam kesusahan dan dalam masa yang sama menjadi pusat pengajian agama yang terkemuka.
Pecah jerawat bernanah ketika solat. ‘Kalau keluar sikit solat sah, tapi kalau banyak lain cerita.’ Selalunya jerawat di muka, nanahnya tak terlalu banyak hingga membatalkan solat.
Jerawat bernanah bukan saja buatkan kita tak selesa sebab rasa sakit yang dialami, tetapi kadang-kadang ia boleh pecah tentu masa termasuklah ketika solat.
Apakah solat kita diterima bila jerawat kita tiba-tiba pecah dan keluarkan nanah ketika kita sedang dirikan solat. Ikuti kemusykilan berkaitan isu ini yang dikongsikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan:
Semasa saya menunaikan solat, nanah jerawat bisul saya pecah dan mengalir keluar, adakah dianggap najis dan boleh membatalkan solat?
Ketika Solat
Jawapan:
Nanah jerawat yang kebiasaannya sedikit sekiranya pecah semasa menunaikan solat adalah tidak membatalkan solat kerana sedikitnya termasuk dalam perkara yang dimaafkan.
Sebaliknya, membatalkan solat sekiranya melihat nanah pecah yang mengalir keluar dalam kuantiti banyak. Kadar penentuan banyak mengikut pandangan kebiasaan adat masyarakat.
Kalau Keluar
Antara syarat sah solat adalah pakaian, tempat dan badan mestilah bersih daripada najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT : وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
Maksudnya : “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.”
Surah Al-Muddathir (4)
Persoalan berkaitan nanah dan darah termasuk bab najis menurut Imam al-Nawawi.
Nanah ialah air nipis yang bercampur dengan darah dan luka air (ulser) atau lepuh yang berubah baunya.
Sementara ulser, gelembung berair (lepuh) yang tiada bau adalah suci berdasarkan kenyataan berikut :
القيح والصديد كالدم. وكذا ماء القروح والمتنفط الذي له ريح كذا بلا ريح في الأظهر قلت: المذهب طهارته والله أعلم
“Cecair kuning atau nanah seperti darah. Begitu juga air bisa luka dan gelembung berair (lepuh) yang mempunyai bau, begitu juga tidak mempunyai bau menurut pendapat paling zahir. Menurut pendapat ku (al-Nawawi) yang merupakan pendapat yang muktamad ia adalah suci (air bisa yang tidak berbau).
Berdasarkan kenyataan berikut, ulser dan gelembung berair (lepuh) yang mempunyai bau sama seperti darah dan nanah. Sebaliknya, ulser dan lepuh yang tiada bau adalah suci.
Sikit Solat Sah
Sementara itu, bisul mahupun darah yang sedikit akibat suntik dan bekam adalah seperti jerawat iaitu dimaafkan yang sedikit.
“Bisul, luka, tempat suntik dan bekam menurut pendapat yang lain seperti jerawat. Maka dimaafkan darahnya yang sedikit dan banyaknya tidak memicitnya, maka dimaafkan hanya keluarnya sedikit sahaja”
Tapi Kalau Banyak
Sementara, darah sedikit akibat daripada serangga yang tidak mempunyai darah mengalir terkena pada pakaian, badan dan tempat adalah dimaafkan.
Imam al-Nawawi tidak meletakkan kadar ukuran khusus melainkan menyatakan ukuran banyaknya darah ditentukan kebiasaan adat.
“Dimaafkan darah yang sedikit daripada kutu, najis lalat. Menurut pendapat yang paling sahih tidak dimaafkan yang banyak dan tidak sedikit yang tersebar dengan peluh.
Lain Cerita
Kadar mengetahui banyak itu ditentukan pada kebiasaan adat. Menurut pendapatku (al-Nawawi) yang paling sahih berdasarkan pendapat para muhakkik ulama (peneliti) adalah dimaafkan semata-mata.’
Kesimpulannya, hukum nanah seperti darah ialah najis, sekiranya jerawat nanah pecah kebiasaannya keluarnya hanya sedikit yang termasuk dalam perkara dimaafkan.
Justeru, solatnya masih sah dan tidak terbatal. Sebaliknya, sekiranya keluar dengan kuantiti yang banyak mengikut ukuran adat masayarakat, maka membatalkan solat.
Sehingga semalam, 103 kes kematian baharu dilaporkan dan 12 daripadanya adalah kes Brought-In-Dead (BID) di negara kita. Dilaporkan dari jumlah ini, dua darinya ada pesakit muda berusia di bawah 30 tahun akibat Covid-19.
Ternyata usia muda bukan ukuran antibodi masih kuat sebaliknya Covid-19 terus “rakus” meragut nyawa ramai manusia di seluruh dunia.
Perkongsian dari seorang jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia di aplikasi Tik Toknya Chu@Culia mengundang sebak di hati penonton apabila dirinya berkongsi perasaan sedih dan terkilan kerana gagal menyelamatkan pesakit wanita berusia 30 tahun itu walau telah berjanji akan menjaganya sebaik mungkin sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dalam videonya, Chu menjelaskan sempat menjaga pesakit wanita itu cuma sehari sebelum ditidurkan. Namun sebelum diintubated, pesakit ini ada membuat satu permintaan yang membuatkan dia rasa sedih dan terkilan kerana Allah lebih sayangkan pesakit ini.
Pesakit minta dirinya diselamatkan, buat yang terbaik buat dirinya.
Malah pesakit sendiri berjanji akan kuat melawan virus ini.
Tapi Allah lebih sayang kerana pesakit itu pergi juga selepas penat melawan virus ini. Berehatlah kak di tempat lebih aman kerana Allah lebih sayangkannya.
Memang sedihkan mendengar kata-kata akhir pesakit begini tapi janji Allah itu pasti.
Jagalah diri dan sentiasalah meminta keampunan dari Allah kerana kita tak tahu virus ini sudah menjangkiti siapa dan bagaimana ia tersebar. Moga Allah lindungi kita dan ahli keluarga kita dari virus ini. Al Fatihah untuk arwah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Hukum menutup mata tanpa sebarang keuzuran ketika mengerjakan solat adalah makruh. Inilah pendapat ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali dan sebahagian ulamak mazhab Syafie.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda :
إذا قام أحدكم في الصلاة فلا يغمض عينيه
Artinya : “Apabila berdiri seorang kamu di dalam solat maka janganlah dia memejamkan akan kedua matanya.” (Hadith At-Tabarani di dalam Mu’jam Kabir)
Dan sebab dimakruhkan memejamkan mata itu ialah kerana menyalahi akan sunnah di mana Rasulullah saw ketika solat kedua matanya memandang ke tempat sujud.
Berkata Imam Al-Kasaani :
كره لأنه خلاف السنة في أنه يشرع رمي العينين إلى موضع السجود ، ولأن لكل عضو حظه من العبادة وكذلك العينان
Ertinya : “Dimakruhkan tutup mata kerana sungguhnya yang sunnah ialah memandang kedua matanya kepada tempat sujud.” (Kitab Badai’us As-Shonaai’) Namun jika memejamkan mata mendatangkan khsuyuk tidak sebagaimana membuka matanya maka memejamkan mata tidak lagi dimakruhkan.
Tersebut pada kitab Zadul Ma’ad :
وقال الإمام العز بن عبد السلام في فتاويه بالجواز عند الحاجة إن كان ذلك أخشع للمصلي في صلاته
Ertinya : “Dan berkata Imam Izzuddin bin Abdis Salam dengan harus memejam mata ketika berhajat jika ia lebih mendatangkan khusyuk bagi orang yang sembahyang.” Berkata Syeikh Dr Muhammad Abdul Sami’ seorang anggota majlis fatwa negeri Mesir :
ان إغماض العينين فى الصلاة يُكره، ولكن إذا فعل المصلي هذا لاستحضار الخشوع في الصلاة فلا شيء فيه.
Ertinya : “Sungguhnya menutup dua mata di dalam solat dimakruhkan akan tetapi apabila seorang yang sembahyang melakukannya supaya khusyuk ia di dalam sembahyang nescaya tidaklah mengapa.” (Darul Ifta Mesir)
Kesimpulan
Sunat bagi orang yang solat memandang kepada tempat sujud ketika di dalam solat melainkan ketika duduk tahyat maka sunat melihat kepada jari telunjuknya.
Makruh memejamkan mata di dalam solat melainkan jika tidak dipejamkan matanya dia tidak khusyuk di dalam solatnya atau ada suatu yang mengganggu hatinya.
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...