‘Pernah puasa 360 hari, sampai sakit.’ Kisah hijrah, lelaki muka gangster ini buat ramai sebak. Bagaimana dia mencari-cari jawapan dan akhirnya agama Islam membuatkan kekosongan di hatinya mula terisi.
Disebabkan terlalu memikirkan dosa-dosa lalu, lelaki ini nekad berpuasa 360 hari dalam tempoh setahun hingga dia jatuh sakit. Dari situ dia tahu mengapa Islam melarang umatnya berpuasa tanpa henti.
Baru-baru ini, tular video di TikTok apabila seorang lelaki berkongsi kisah hidupnya apabila ditanya soal agama telah mendapat perhatian ramai.
Artikel Berkaitan:
Pilih Islam Sebagai Agama Baru. Gadis Mualaf Syukur Perjalanan Ucap Kalimah Syahadah Dipermudahkan!
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Muka Gangster’ berkongsi kisahnya ketika ditanyakan soalan adakah dia orang Islam.
@mukagangster Replying to @MUHAMMAD AMIRUL HUSNI ini kisah saya. @SaudagarMerah thank u abgku.#mukagangster #anakmak #titew #botak #rxybca #longbeard #trendingnewsmalaysia #amma #islam ♬ Allah Allah Aghistna Ya Rasulullah – Puja Syarma Official
Jelas Muhammad Mikhael Sathayah, dia berasal daripada agama Hindu dan satu hari dia mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam.
Apa yang membuatkan ramai sebak apabila sang ibu masih lagi menerima anaknya walaupun berbeza agama. Ibunya beragama Hindu tetapi dia tidak pernah sekali pun mengahalang anaknya untuk memeluk agama Islam.
Malahan ibu tua ini juga pernah menghadiahkan sejadah buat anaknya. Bertambah kagum, bila dua beranak ini keluar berdua, ibunya akan menemani anaknya solat di masjid. Walaupun terpaksa tunggu di dalam kereta dan berpanas, dia langsung tak kisah.
Tambah Muhammad Mikhael Sathayah, sepanjang hidupnya semenjak kecil, dia merasa kekosongan di hati dan jiwanya meronta mencari apakah erti kehidupan.
“Kenapa saya bukan macam orang lain. Saya cuba mengisi kekosongan tetapi kesakitannya semakin hari semakin menjadi-jadi.
“Di luar nampak berjaya, bekerjaya tapi tapi saya dalam kesakitan. Apa yang kurang. Saya sayang mak saya, mak saya segala-galanya bagi saya.
‘Mencari nur yang tidak kesampaian, jiwa ini meronta hingga subuh di suatu pagi terdengar suara yang indah mengatakan, “Aku Yang Cipta Kamu tapi ini yang aku berikan kepada kamu. Maka terima sajalah.’ luahnya.
Persoalan ini bermain-main di fikiran dan apakah maksudnya yang sebenar, lelaki ini jadi tertanya-tanya. Hingga satu saat, dia mendapat jawapan dan beritahu perkara sebenar pada emaknya.
‘Emak, saya nak masuk Islam.’
‘Tapi mak hanya terdiam, terkejut. Selepas itu mak senyum dan bagi kebenaran. terima kasih mak kerana menerima saya dalam apa keadaan sekali pun.
‘Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak sudah tidak ada anak. Anak mak dah mati. Ada juga yang kata hidup saya jadi begini sebab mak terlalu manjakan saya.
Baca Di Sini:
Niat Peluk Islam Sejak 7 Tahun Lalu, Kini Rasmi Bergelar Mualaf & Sanggup Mati Demi Islam
‘Ternyata semua itu salah, mak seorang yang baik. Terima kasih mak. Makin hari mak Nampak saya semakin tenang, mak juga sentiasa bersama saya,’ ceritanya sebak.
Luah lelaki ini, terima kasih mak sebab tak hiraukan cakap saudara-mara atau sesiapa. Malah mak sentiasa menerimanya.
Dalam video yang sama, Muhammad Mikhael Sathayah kongsikan bahawa dia telah membeli sebuah rumah bersebelahan rumah ibunya kerana tidak mahu tinggalkan emaknya.
Sebelum ini Muhammad Mikhael Sathayah pernah puasa sepanjang tahun sepanjang tahun bila memikirkan dosa-dosanya yang lalu walaupun Islam larang.
“Islam memang larang, tapi saya puasa 360 hari. Hari raya aidilfitri dan hari raya haji saja saya tak puasa.
‘Hari lain saya puasa untuk hilangkan dosa sampai saya sakit. Rupanya sebab itu Islam larang kita paksa diri untuk berpuasa.
‘Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi membimbing dan mendoakan saya agar terus kekal istiqamah,’ ujarnya lagi.
Kashoorga: Semoga Muhammad Mikhael Sathayah kekal istiqamah dan bahagia di samping ibunya.