Pernah Tersangka Kahwin Sejenis, Isteri Tak Kisah Imej Tomboy. Katanya Asal Dia Tahu Tanggungjawabnya

Share

Wanita sering dikaitkan dengan penampilan sopan dan ayu. Memiliki rambut panjang, suka bersolek, tampak feminin bahkan sikapnya agak berlemah lembut. Lebih-lebih lagi selepas menjadi isteri kerana ramai lelaki dikatakan menyukai isteri yang bersikap lemah lembut, cantik pada pandangan mata mereka dan banyak lagi.

Namun tidak semua wanita apatah lagi mereka yang bergelar isteri suka tampil dengan imej feminin ini. Ada yang selesa dengan rambut pendek (katanya mudah untuk diuruskan terutama yang ada anak-anak kecil), tidak suka bersolek kerana suka pada kecantikan aslinya serta penampilan yang ringkas seperti mengenakan seluar dan bukan blouse seperti kebanyakan wanita lain.

Walau berpenampilan ringkas tapi itu tidak bermakna ia mengubah jati diri seorang isteri yang fitrahnya ada di sisi suami.

Dikongsi dari tik tok @haloakuniahhh2 dan lebih mesra dipanggil Ratu Papayaaa, isteri ini mengakui penampilannya dari dulu adalah seperti lelaki (kejadian dia mengubah dirinya kerana pernah melalui satu peristiwa hitam dalam hidupnya).

Namun dalam dia bebas melakukan apa disukainya, jodohnya tiba dan dia sendiri tidak menyangka dirinya mampu berubah seperti hari ini.

Dalam beberapa siri videonya, Ratu Papayaaa akui dia pernah disangka seorang lelaki kerana imej rambut pendek serta bertatu bahkan ada yang mahu sijil nikahnya disiasat kerana menyangka dia berkahwin sesama jenis.

Dalam masa yang sama, dapat dilihat suaminya begitu sporting melayan setiap karenah isterinya malah mereka dilihat umpama “kawan” kerana penampilan dirinya seperti lelaki.

Akui Nia, dia sering diajukan pertanyaan kenapa sering tampil dengan imej tomboynya, dan jawapannya sangat mudah, dia senang dengan penampilan begini (imej rambut pendek dan memakai pakaian lelaki).

“Aku ingin jadi diriku sendiri dan menjalani hari-hariku dengan penampilan disukaiku selagi aku tahu kewajipanku sebagai seorang isteri,” katanya lagi kecantikan seseorang tidak diukur dari rambut ya. “Semua orang cantik dan hensem ya,” katanya sambil menambah love you teman-temanku.

Amacam, onz ke tak onz dapat isteri lasak begini?

Tapi apa pun sebagai umat islam, kita perlu mendoakan kebaikan saudara muslim kita dalam diam.

Daripada Abu Darda’, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu, amin! engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

https://www.tiktok.com/@haloakunia2/video/7007116725250526490?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Published by
almaswa Haji Che Ros