Pernah Tipu Claim Mileage & Kerja Overtime. Haram & Dosa Besar, Kena Pulangkan Balik Duit!

Share

Soalan

Dulu saya tipu tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa. Bagaimana saya nak tebus dosa?

Jawapan

“Pulangkan balik duit kepada jabatan,” kata Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya.

Tambahnya taubat tak diterima selagi harta yang diambil tidak dipulangkan pada pemiliknya.

“Kalau kita kerja dengan orang, kita tipu overtime. Sepatutnya, kita balik punch card pukul 5.00 petang tetapi kita balik dan kita tidak punch card. Kita minta kawan untuk ‘punch card’ pada pukul 10 malam.

“Jadi 5 jam kita dapat. Kalau RM 5 sejam, lima jam sama dengan RM 25…haram dosa besar,” jelas UAI lagi.

Beliau kemudian turut memberikan contoh berkenaan penipuan tuntutan perjalanan.

“Tuntutan perjalanan. Perjalanan kita 100 kilometer, tetapi kita tuntut 120 km. Tidur di hotel RM 115, tetapi buat tuntutan RM 250. Semua itu haram belaka. Sembahyang tak diterima kerana menipu harta orang.

“Jangan buat main,” tegasnya.

Pendakwah bebas tersebut berkata bahawa apabila manusia melakukan dosa terhadap Allah, manusia itu perlu bertaubat dengan yang Maha Esa.

“Dia bertaubat kepada Allah dan Allah terima selalu kerana dosa itu tidak berkait dengan harta orang”, katanya lagi.

Namun begitu, UAI menegaskan apabila melakukan dosa dengan menipu harta orang lain, taubatnya tidak diterima sehingga harta yang ditipu dipulangkan semula.

“Tipu duit orang, taubat tak diterima melainkan kena pulangkan dahulu duit tersebut,” tegasnya.

@ustaz.azhar.idrus Bagaimana Nak Pulangkan Gaji Tipu Overtime – Ustaz Azhar Idrus #uaioriginal #ustazazharidrusofficial ♬ bunyi asal – Ustaz Azhar Idrus

 Semoga bermanfaat

Sumber:  Ustaz. Azhar. Idrus & Siakap Keli

Published by
Team Kashoorga