‘Pernah Tular Dibaham Kera.’ Wanita Ini Berjaya Genggam Ijazah Perubatan Al-Azhar, Sekarang Bergelar Doktor Al-Hafizah

Share

‘Pernah tular dibaham kera.’ Berjaya genggam ijazah perubatan Al-Azhar, kini bergelar doktor al-hafizah. Siapa sangka bayi yang pernah tular suatu ketika dahulu kini sudah bergelar doktor al-hafizah.

Ternyata tragedi yang berlaku 25 tahun yang lalu itu tidak menjadi halangan buat ‘bayi’ berkenaan membesar dan melakar kejayaan. Si kecil itu berkenaan pernah menggemparkan Malaysia dan menjadi tajuk muka depan apabila dibaham kera ketika berusia lapan bulan.

Artikel Berkaitan:

SPM ‘Drop’, STAM Pula Cukup Makan, Tapi Gadis Ini Akhirnya Berjaya Genggam Ijazah Dari Universiti Al-Azhar, Mesir


Pernah Tular Dibaham Kera

Beberapa hari lalu, kisah ini dikongsikan semula pengguna Facebook, Annie SK yang menghadiri acara konvokesyen ‘bayi’ berkenaan, Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) binti Hj Kamarudin.

Malahan hantaran ucapan tahniah yang dimuatnaiknya mendapat perhatian pengguna laman sosial Facebook.

“Alhamdulillah finally. Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) binti Hj Kamarudin.

The youngest of bin/binti Kamarudins. Bongsu nombor sembilan,” titipnya yang merupakan seorang guru.


Wanita Ini Berjaya

Dr Fatin Nabihah pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia pada tahun 1998 apabila menjadi mangsa monyet liar. Pada tahun 1998 ketika masih bayi, wanita hebat itu diserang ketika tidur dalam buaian di ruang tamu rumah.

Sebenarnya ketika kejadian, abang dan kakaknya berada berhampiran buaian dan mereka berada dalam jagaan pembantu rumah kerana ibu bapa mereka keluar bekerja.

Baca Di Sini:

Ulama Besar Al-Azhar Meninggal Akibat COVID-19, Semakin Ramai Ulama Meninggal Tanda Dekatnya Akhir Zaman

Genggam Ijazah Perubatan Al-Azhar

Difahamkan monyet setinggi hampir setengah meter masuk ke rumah melalui lubang kecil pada tingkap bilik. Susulan serangan, Dr Fatin Nabihah mengalami kecederaan serius pada betis kanan manakala beberapa jari kaki kirinya hampir putus.

Akibat serangan itu juga beliau mengalami luka yang dalam sehingga menampakkan tulang betis! Namun trauma masa lampau tidak melemahkan semangat wanita itu mengukir kejayaan dalam akademik.

Menerusi catatan kakaknya, Dr Fatin Nabihah terdahulu adalah pelajar terbaik Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), meraih keputusan Mumtaz dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.


Sekarang Bergelar Doktor Al-Hafizah

Tidak terhenti di situ, Dr Fatin Nabihah menyambung pelajaran di Darul Quran Jakim dan menamatkan pengajian dengan hafazan 30 juzuk sekali gus meraih gelaran al-hafizah.

Pada tahun 2016, ‘bayi’ yang pernah menjadi perhatian negara itu melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Al-Azhar dan selamat bergraduasi pada tahun 2023.

“Antara Malaysian medic students Al-Azhar yang dapat program pertukaran belajar ke Mexico. Syukur selesai semua. Tahniah beribu tahniah!!

“Inilah baby girl yang menggemparkan Malaysia in 1998 di muka depan surat khabar, masuk semua newspaper dan berita TV dengan tajuk ‘bayi parah dibaham kera’” kongsi kakaknya, Annie.’


Kashoorga: Tahniah Dr Fatin Nabihah! Semoga terus melakar kejayaan.

Sumber: SinarPlus, Anie SK

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat