Persediaan awal dan rapi dalam merencanakan majlis perkahwinan buat pasangan merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum majlis berlangsung.
Ramai bakal pengantin lebih mengutamakan persiapan perkahwinan berbanding persiapan dalaman.
Sepatutnya persiapan pertama dan paling utama bagi sesiapa pun yang akan berkahwin ialah niat.
Adanya di dalam hati. Ia berkait rapat dengan motif dan tujuan. Dalam bahasa umum, niat ini sering disamakan dengan komitmen.
Niat yang betul banyak mempengaruhi sesebuah rumah tangga. Dalam kehidupan kita sebagai Muslim, niat berkahwin harus ‘ditujukan’ kepada Allah Ta’ala dan Rasulullah yang mulia.
Berkahwin merupakan perintah Allah Ta’ala di dalam Al-Quran. Berkahwin juga adalah sunnah Nabi Muhammad yang mulia.
TAK SEMUDAH SEPERTI YANG DIUCAP
Bahkan ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW, siapa yang menolak sunnahku (termasuk berkahwin), ia bukan termasuk umatku. Jika bukan umatnya, kepada siapa lagi akan meminta syafa’at di hari akhirat kelak?
Menyatakan ‘berkahwin kerana Allah dan RasulNya memang amat mudah. Tapi tidak demikian dengan melakukannya. Ia bukanlah semudah seperti mengungkapkan kata-kata.
Jika anda berkahwin kerana Allah Ta’ala maka semuanya akan mudah. Ini kerana tiada satu pun aturanNya yang menzalimi manusia. Semua aturan yang disyari’atkanNya, pasti akan melahirkan kebaikan yang berlipat-ganda, melebihi dari yang kita harapkan.
Ads
Jika anda berkahwin kerana Allah, maka alasan-alasan duniawi tidak lagi menjadi keutamaan. Berkahwin bukan kerana soal harta, rupa, dan sejenisnya.
Tetapi tentang ibadah yang muaranya adalah kedekatan seorang hamba kepada Allah Ta’ala hingga bermuara kepada syurga dan pertemuan denganNya.
BUKAKAN PINTU HATI
Jika berkahwin kerana Allah, segala urusan dipermudahkan. Ini kerana semua aturanNya mudah kerana Dia Maha Memudahkan.
Jika berkahwin kerana Allah kemudian banyak rintangan yang ‘menghiasi’ di sepanjang perjalanan perkahwinan-sebelum atau setelah akad nikah maka hal itu hanya akan menjadikan anda semakin kuat dan terus mempertahankan perkahwinan yang dibina.
Ads
Memang tidak mudah berkahwin kerana Allah apatah lagi jika seseorang itu belum terbiasa atau baru berjinak-jinak untuk taat kepada perintah Allah.
Apa yang boleh dilakukan ialah bukakan pintu hati sepenuhnya untuk mengikuti segala perintah Allah dan sunnah Nabi. Dengan cara ini perkahwinan itu akan menjadi mudah untuk dijalani.
Agak merugikan jika persiapan ini diabaikan kerana ia menjadi penentu kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Moga niat berkahwin ini menjadikan rumah tangga yang dibina mendapat rahmat dan barakah daripada Allah SWT.
Ads
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
SITUASI: Iqbal memerhatikan teman sebiliknya menunaikan solat Subuh pada satu pagi. Dia mendapati bahawa temannya itu tidak membaca doa Qunut semasa rakaat kedua dan tidak melakukan sujud sahwi di akhir solat.
Apabila ditanyakan, temannya hanya tersenyum dan menyatakan bahawa solat tidak batal walaupun meninggalkan doa Qunut dengan sengaja dan tidak melakukan sujud sahwi.
Ustaz Khairul Naim Mansor menghuraikan persoalan ini.
Perkara ini telah dibahaskan oleh para ulama sekian lamanya. Secara ringkas, saya ingin cuba menghuraikan padangan-pandangan ulama tentang perkara ini.
Pertama: Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa ia terus-menerus menjadi sunnah pada solat subuh pada waktu ketika bencana atau tiada berlaku apa-apa. Pendapat ini adalah daripada Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Solah, Abu Ishaq al-Ghazali dan al-Auza’ie serta ramai lagi. Termasuk juga daripada sahabat yang berpandangan sedemikian seperti Abu Bakar al-Siddiq,Umar al-Khatab, Uthman bin ‘Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra’ bin Azib.
Antara dalil yang paling kuat sebagai hujah bagi pandangan ini adalah “Terus-menerus Rasulullah s.a.w qunut pada solat subuh sehingga Baginda wafat.” (Abdul Razzaq dalam Musannaf 3:110 no 4964, Ahmad 3:162 dan banyak lagi).
Namun terdapat beberapa kritikan pada perawinya sehingga dianggap bahawa hadith ini lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Ini kerana ada juga yang mengatakan Qunut itu mempunyai lebih daripada 10 makna pengertian iaitu doa, khusyuk, ibadah, taat dan lain-lain sebagaimana yang diriwayatkan Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi.
Manakala dalam hal waktu solat yang lain ada juga dinyatakan bahawa “tidak ada qunut dalam solat lima waktu kecuali solat subuh. Melainkan jika berlakunya bencana maka dibolehkan dalam semua solat sekiranya imam menyukai.” (al-Umm 1 : 205)
Kedua: Ada di antara mereka seperti Abu Hanifah, Sufian al-Thauri dan lain-lain daripada ulama Kufah yang berpendapat qunut pada solat subuh tidak disyariatkan kerana sudah ter’mansukh’.
Ketiga: Ulama yang berpendapat qunut hanya disyariatkan pada Qunut nazilah dan boleh dilakukan pada solat subuh dan solat-solat lain. Ini merupakan pandangan daripada Imam Ahmad, Al-Laith bin Sa’ad, Yahya bin Yahya al-Laithi dan ahli-ahli fiqh daripada para ulama hadith. Ada juga daripada mereka yang mengatakan tidak ada dalil sahih yang mengkhususkan solat subuh secara terus menerus dan ada riwayat yang menunjukkan qunut subuh disyariatkan daripada perlakuan sahabat yang sahih namun tidak boleh dijadikan pembuktian dalil daripada riwayat tersebut. Ada pun jika ada perlakuan yang jelas daripada mereka ianya pula lemah dan tidak boleh digunakan untuk berhujjah.
Selain itu, Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan bahawa di dalam Zaad al-Ma’ad Qunut tidak disyariatkan terus-menerus. Ini kerana andai ia dilakukan pastinya akan diriwayatkan dengan begitu banyak daripada para sahabat namun ternyata ia hanya diriwayatkan dalam hadith yang lemah. Maka meninggalkannya adalah tidak menjadi kesalahan.
Manakala jika kita mengikut pandangan Mazhab Syafie Qunut subuh dikira sebagai sunat ab’adh kerana selalu dilakukan oleh Nabi s.a.w dan apabila meninggalkannya atau terlupa, disunatkan untuk melakukan sujud sahwi dan tidak mengapa jika tidak melakukannya.
Ini adalah merujuk hadith yang menerangkan keadaan Nabi s.a.w yang melakukan sujud sahwi ketika meninggalkan tahiyat awal. Para ulama meng’qiyas’kan sujud sahwi yang disebabkan terlupa dan dengan meninggalkannya secara sengaja berdasarkan samanya illat (alasan) hukum iaitu terlupa atau lalai (khalal). Justeru itu, meninggalkan Qunut dan tahiyat awal dianggap sama.
Walau bagaimanapun, ada pendapat kecil yang mengatakan bahawa tidak sunat sujud sahwi jika meninggalkan dengan sengaja. Pendapat ini disanggah ulama kerana kelalaian dengan sengaja itu lebih utama untuk diganti dengan sujud sahwi dari sebab lalai atau terlupa.
Ustaz Khairul Naim Mansor merupakan penyunting Al-Quran di Jabatan Penerbitan Al-Quran Karangkraf dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusasteraan, Universiti Yarmouk, Jordan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seorang lelaki ingin meluahkan perasaan cintanya kepada seorang wanita. Persoalannya bolehkah seorang lelaki meluahkan rasa cintanya kepada seorang wanita sebagai contoh, “Saya berkenan dengan saudari”, atau bolehkah meminang seorang perempuan terus kepadanya tanpa melalui wakil?
Kedua-duanya dibolehkan bagi tujuan perkahwinan berdasarkan nas al-Quran:
Maksudnya: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
(Surah al-Baqarah, 2:235)
Imam Abu Jaafar al-Tabari Rahimahullah berkata:
Firman Allah Taala itu bererti, ‘Tidak menjadi kesalahan bagi kalian, wahai para lelaki, meminang wanita-wanita itu dengan sindiran, yakni wanita-wanita yang beriddah akibat wafatnya suami mereka, sewaktu waktu iddah mereka, tanpa menyatakan dengan jelas untuk berakad nikah.’
Berkata Ibn Abbas RA : Sindiran itu seperti seseorang berkata kepada seorang perempuan semasa iddahnya, ‘Sesungguhnya aku tidak ingin berkahwin selain daripadamu Insya Allah’, atau ‘Aku suka untuk mendapatkan isteri yang solehah’, (dan dalam riwayat lain, ‘Sesungguhnya aku ingin berkahwin’) tanpa dia menetapkan secara jelas selama mana perempuan itu masih dalam iddah.
Rujuk Jami’ al-Bayan (5/95)
Kesimpulannya harus bagi seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seorang wanita meskipun secara langsung, atau berwakil. Cuma yang tidak dibenarkan ialah menyatakan dengan jelas pinangan itu sewaktu seseorang wanita itu masih dalam iddah. Namun begitu hendaklah dijaga adab dan tatasusila yang ma’ruf sebagai seorang Muslim dengan tidak melangkaui batas-batas yang telah ditetapkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ada kalanya sikap seorang isteri buat suami tidak tahan. Misalnya kuat membebel, tidak dengar kata dan agak malas mengerjakan suruhan Allah yang wajib seperti puasa.
Dan menjadi tanggungjawab suami itu sendiri perlu mendoakan isteri agar berubah sikapnya menjadi seorang isteri solehah.
Ini kerana wanita ini diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok dan menjadi tanggungjawab pasangannya untuk sentiasa mendoakan isterinya dalam keadaan yang baik.
Gambar sekadar hiasan.
DOA SEORANG SUAMI
Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.
Pernah terfikir tak, bila isteri buat “perangai”, asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?
Percayalah doa seorang suami itu mustajab. Doakanlah isteri jadi seorang yang “haalim” iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.
Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya. Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.
Dalam dunia hari ini, kita semakin sukar membezakan antara yang benar dan yang palsu. Seseorang yang petah berkata-kata mudah diangkat menjadi rujukan, walau hakikatnya...