Wanita berhijab pastinya ingin sentiasa melindungi aurat mereka. Namun begitu sama seperti orang lain, pastinya wanita berhijab juga ada keperluan tersendiri untuk memotong rambut.
Selain untuk lebih kemas ia juga boleh memberikan keselesaan dalam menjalani ibadah dan aktiviti harian sama ada di tempat kerja, di rumah atau kegiatan sosial.
Tapi pernahkah anda terfikir atau tertanya tentang rambut yang sudah dipotong itu adakah ia masih lagi aurat dan perlu disembunyikan dari padandangan bukan mahram?
KASHOORGA tertarik dengan perkongsian yang cukup panjang lebar dari Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai PU Azman menerusi satu hantarannya di Facebook.
Jelas PU Salman terdapat dua perbahasan utama tentang perkara ini iaitu;
PERTAMA : HARAM MELIHAT ANGGOTA YG TERPISAH YANG DARI BUKAN MAHRAM
KEDUA : ADAKAH WANITA PERLU SEMBUNYIKAN RAMBUT YANG DIPOTONG DARI PANDANGAN LELAKI BUKAN MAHRAM?
Ikuti penjelasan yang cukup ilmiah daripada PU Salman di bawah:
———————————————————————————–
Imam Nawawi menyebut:
ما لا يجوز النظر إليه متصلا كالذكر وساعد الحرة وشعر رأسها وشعر عانة الرجل وما أشبهها يحرم النظر إليه بعد الإنفصال على الأصح
Apa yang haram dilihat bila masih bersambung pada tubuh manusia seperti zakar, lengan wanita , rambut wanita , bulu ari2 dan seumpamanya adalah haram dilihat selepas ia berpisah dari badan mengikut pendapat yg lebih kuat. (Raudathut Talibin)
Pendapat ini juga disebut dalam ulama mazhab2 syafie yang lain seperti:
1. Khatib Syarbini : ما حرم نظره متصلا يحرم نظره منفصلا apa yang haram dilihat semasa Bersama badan , haram dilihat juga masa berpisah.(mughnil muhtaj)
2. Ibnu Hajar Haitami : كُلُّ مَا حَرُمَ نَظَرُهُ مِنْهُ أَوْ مِنْهَا مُتَّصِلًا حَرُمَ نَظَرُهُ مُنْفَصِلًا كَقُلَامَةِ يَدٍ setiap yang haram dilihat semasa Bersama badan dari lelaki atau wanita , haram dilihat juga masa berpisah seperti kuku yang sudah dipotong.(tuhfatul muhtaj)
3. Sulaiman al-Bujairimi : ومثل قلامة الظفر دم الفصد والحجامة دون البول dan yang sama hukum dengan kuku yg dipotong ialah darah dari badan atau kepala tapi tidak bagi kencing.(Bujairimi alal khatib)
KALAU SEORANG ITU BERKATA PADA ISTERINYA “AKU CERAIKAN DARAHKAN “ JATUH TAPI TIDAK BAGI KENCING.
Tetapi utk memudahkan, darah dan air liur tidak haram dipandang menurut asyaubari:
والذي يظهر أن نحو الريق والدم لا يحرم نظره لأنه ليس مظنة للفتنة برؤيته عند أحد
Jelas bahawa seumpama air liur dan darah tidak haram pandang kerana ia bukan sesuatu yg menimbulkan fitnah bila dipandang oleh sesiapapun.(al-Bujairimi)
Ada 3 pendapat dalam mazhab Syafie:
Pendapat pertama : wajib tutup seperti rambut itu Ketika masih berada dikepala. Ini pendapat ibnu Hajar al-Haitami, Imam Ramli dan lain-lain. Imam Ramli berkata:
وشعر امرأة وعانة رجل فتجب موارتها
Dan rambut wanita dan bulu kemaluan lelaki wajib disembunyikan.(nihayatul muhtaj)
Pendapat kedua : tidak wajib tutup . Ini pendapat imam Azraie yg disokong oleh Syeikh Syarbini.
Imam Syarbini berkata :
واستبعده الأذرعي
Azraie menyangkal kewajipan menyembunyikan rambut wanita dan bulu ari2 lelaki yg dipotong.(mughnil muhtaj)
Dalil dan sebabnya adalah :
Ijmak perbuatan orang Islam membuang rambut wanita dan bulu ari2 di tandas .
Imam Syarbini mengatakan : pendapat yg kuat ialah pendapat imam Azraie.
Pendapat ketiga : seeloknya sembunyikan tetapi tidak wajib. Ini pendapat Imam Nawawi dan Rafie.
Imam Nawawi sebut :
وينبغي لمن حلق عانته أن يواري شعره لأن لا ينظر إليه أحد
Dan hendaklah bagi yang mencukur bulu ari2 menutup bulu2 itu agar tidak dilihat oleh orang lain.(Raudah at-Talibin)
Imam Syarbaini menyatakan perkataan Imam Rafie dan Imam Nawawi tidak menunjukkan kepada wajib tutup.
1. haram melihat anggota yg terpisah dari anggota yang haram kita lihat semasa sebelum berpisah.
2. Benda yang kotor seperti darah, air liur dan kencing tidak mengapa utk dilihat .
3. Seeloknya bagi yang memotong rambut , bulu dan kuku menyimpannya dari pandangan orang yang haram melihatnya semasa sebelum dipotong.
#wanitamuslimah #hukum #pondok #islam #ulama
Sumber: