Pertembungan Team 8 Rakaat & Team 20 Rakaat, Masjid Wilayah Buat Sistem ‘Bijak’ Elak Double Park

Share

Setiap tahun apabila ‘datangnya’ bulan Ramadan, umat Islam akan berlumba-lumba melakukan ibadat solat sunat Tarawih. Dek kerana ramainya jemaah yang ingin menunaikan ibadah solat sunat Tarawih masalah meletakkan kenderaan antara yang sering berlaku setiap tahun.

Ruang tempat letak kereta yang terhad dalam perkarangan sesetengah masjid memaksa ramai jemaah yang ingin menunaikan solat tarawih meletakkan kenderaan secara ‘double park.’ Tidak dapat dinafikan ia pastinya akan menyusahkan jemaah lain.

Atas alasan itu, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberikan idea bijak bagi mengurangkan kesesakan dan masalah double park dalam kalangan jemaah. Meskipun ada banyak ruang parkir yang luas namun pihak pengurusan mewujudkan satu sistem untuk keselesaan para jemaah.

Berikut perkongsian Ikar atau Zulfikar Hazri di Twitternya.

Pihak pengurusan masjid telah membahagikan dua kategori letak kereta iaitu Team 20 Rakaat dan Team 8 Rakaat dan jemaah boleh meletakkan kenderaan mereka mengikut jumlah rakaat solat yang akan dilakukan.

Pembahagian itu mendapat pujian masyarakat yang berpendapat pengasingan mengikut rakaat itu sangat bijak dalam memastikan kelancaran trafik.

Bayangkan bagaimana jemaah yang hanya buat Tarawih lapan rakaat tetapi kereta mereka dihalang oleh orang lain yang masih belum selesai?

Pengasingan ini sebenarnya tindakan bijak dalam mengawal kesesakan selain mengelakkan masalah di antara jemaah. Diharapkan agar majsjid-masjid lain juga akan mengguna pakai sistem ini untuk keselesaan menunaikan ibadah.

VIDEO KASHOORGA:  

Published by
wan erni