Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘Abang Sayang Ayang’ di telinga ibu.
Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.
Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.
Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.
Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.
Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.
Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.
Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.
Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.
Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.
Ads
Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.
“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.
“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.
Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.
15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.
Ayah patah balik. “Mana Ibu?”
“Dalam bilik.”ujar saya
Ads
Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.
Gambar sekadar hiasan.
Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.
“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.
Ibu tersenyum semula.
“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”
“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.
“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.
Ads
“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.
Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.
Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.
Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.
“Ayah….., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.
“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah”.
Gambar sekadar hiasan.
Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat… Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.
Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.
Tiada siapa yang dapat menidakkan soal ajal dan maut. Sebagai hambanya kita hanya mampu menerima ketentuan daripada Allah dengan hati yang reda. Yang pergi tetap pergi manakala yang tinggal harus meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini.
Apabila berlaku kematian sama ada suami atau isteri antara perkara yang sering menjadi persoalan ialah tentang pembahagian harta.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira kerana bimbang termakan harta yang bukan sepatutnya menjadi hak.
Berikut dua situasi apabila berlaku kematian.
Tahukah anda bahawa hak suami terhadap harta yang ditinggalkan oleh isteri (harta pusaka) hanya tertakluk pada 2 jenis pembahagian mengikut aturan faraid ini sahaja:
1. Bahagian faraid 1/2
Dalam situasi ini, ia terjadi apabila pasangan ini tidak mempunyai anak sepanjang hidup bersama isteri. Apabila kematian isteri berlaku, bahagian hak suami terhadap harta isteri mengikut HUKUM FARAID adalah 1/2 bahagian.
2. Bahagian faraid 1/4
Situasi ini terjadi apabila pasangan ini mempunyai anak sepanjang kehidupan bersama isteri. Apabila kematian isteri berlaku, bahagian hak suami terhadap harta isteri mengikut HUKUM FARAID adalah 1/4 bahagian.
Ini berlainan pula dengan situasi:
Apabila situasi isteri yang kematian suami (jika suami beristeri 1), hak harta suami terhadap isteri mengikut hukum faraid (harta pusaka) terdapat 2 asas utama iaitu:
1. Bahagian faraid 1/4
Dalam situasi ini, ia terjadi apabila pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak. Apabila kematian suami berlaku, bahagian hak isteri terhadap harta suami mengikut HUKUM FARAID adalah 1/4 bahagian.
2. Bahagian faraid 1/8
Situasi ini terjadi apabila pasangan ini mempunyai anak sepanjang kehidupan bersama suami. Apabila kematian suami berlaku, bahagian hak isteri terhadap harta suami mengikut HUKUM FARAID adalah 1/8 bahagian.
Kesimpulannya selagi masih ada hayat, uruskanlah harta dengan sebaik mungkin demi masa depan mereka yang ditinggalkan.
Sumber: celikpusaka.blogspot.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Suatu ketika dulu hidupnya pernah dibelengu dengan masalah kegiatan gengsterisme. Bukan itu saja, malah beban hutang serta masalah rumahtangga membuatkan hidup jadi tidak keruan.
Namu siapa sangka Tuhan telah menemukan dirinya dengan seorang insan yang akhirnya membawa dirinya ke jalan yang baik dengan memilih Islam sebagai agama baru.
Dia bertemu insan bernama Adam ini di perkarangan sebuah masjid di Alor Star bagi berkongsi masalah dihadapinya.
Ternyata hidayah Allah itu datang tanpa mengira siapa dan di mana. Hanya Dia yang mengetahui dan serta insan bertuah sahaja berhak menerima hidayah dariNya.
Perkongsian lelaki mualaf ini Chee Yin Wei atau nama islamnya Abdul Rahman Abdullah dari Taman Verga Jaya Alor Setar yang bersyukur dapat memeluk Islam Ogos tahun dan kini telah menjalani kehidupan yang semakin tenang.
Menurut artikel di Harian Metro, dia yang berketurunan Tionghua kemudiannya diajak oleh Adam untuk bersolat.
“Apabila sampai di situ, saya diajak Adam untuk solat, saya bertanya kepada Adam adakah saya boleh solat sedangkan saya bukan Muslim, Adam kata boleh lalu mengajar saya berwuduk dan menunaikan solat Asar, ketika itu.
“Saya hanya mengikut sahaja pergerakan solat sehinggalah selesai dan ternyata setiap sujud itu memberi ketenangan kepada saya, sejak itulah saya sering memandang ke langit seperti mencari sesuatu.
“Akhirnya saya sedar, apa yang perlu saya cari adalah Tuhan yang mencipta kita, dari situ saya berhasrat memeluk Islam dan pergi ke masjid untuk mencari imam, tapi sayangnya empat buah masjid yang saya pergi, tidak ada imam pada waktu itu,” katanya.
Bercerita lanjut, Chee atau nama Islamnya Abdul Rahman Abdullah berkata, pada masjid terakhir iaitu Masjid Jalan Pegawai, di Alor Setar, semasa menghidupkan motosikal untuk pulang ke rumah, tiba-tiba bilal memanggilnya memberitahu imam sudah sampai.
Katanya, selepas mengucapkan dua kalimah syahadah 7 Ogos tahun lalu di hadapan imam dan ahli jawatankuasa masjid berkenaan, dia akhirnya merasa semua masalahnya selesai.
“Ketenangan yang saya perolehi tidak dapat digambarkan dengan kata, walaupun pada mulanya ibu saya tidak dapat menerima saya sudah memeluk Islam, namun kini dialah insan yang menghantar saya menunaikan solat Jumaat di masjid.
“Kehidupan saya sebelum ini ternyata hanya nampak hebat di sisi manusia tapi ia sebenarnya tidak menenangkan jiwa… jiwa yang tenang adalah dengan mengingati Allah.
“Agama Islam adalah agama yang sempurna, mengajar manusia dengan penuh adab dan ilmu dalam setiap perbuatan walaupun hendak masuk tandas dan menukar pakaian.
“Saya dahulu sudah tiga kali dipenjarakan, selepas peluk Islam saya tinggalkan dunia gengsterisme, walaupun hidup saya kini susah tapi saya tetap bersyukur kerana berada di landasan dengan agama Allah,” kata bapa kepada dua orang anak ini.
Bekas chef sebuah hotel di Singapura ini berkata, dia kini mengambil upah memasak namun tidak selalu mempunyai tempahan.
Katanya walaupun ada kalanya terpaksa mengikat perut dengan hanya makan mi segera, namun ia tetap menganggap itu rezeki dari Allah.
Jasanya kepada rakyat Malaysia cukup besar. Malah dirinya disanjung kerana tidak memerlukan populariti sebaliknya “bergerak sepantas kilat” sebaik mengetahui ada masyarakat diuji dengan kesusahan hidup selain menyampaikan dakwah dengan turun ke jalanan bagi memastikan tiada golongan terpinggir.
Tidak kira di mana, baik di negara sendiri malah Ustaz Ebit Lew turut menyumbang kepada negara luar seperti Afrika dan terkini berada di bumi anbia, Palestin bagi memberi bantuan sebaik negara itu dibedil zionis Isreal dalam peperangan awal Syawal lalu.
Ramai mengucapkan rasa syukur dengan misi bantuan yang diberi Ustaz Ebit kepada masyarakat di sana. Bahkan ramai mendoakan dirinya selamat pergi dan balik kerana jiwanya sangat murni membantu sesama Muslim yang dilanda ujian berat.
Malah dalam status terakhir di kemas kini di fbnya ialah pada 27 Mei lalu di mana Ustaz Ebit Lew memaklumkan dirinya berada di Mesir dan bekerja sama dengan pihak di sana bagi menyalur bantuan ke Palestin.
Kongsinya, “Syukur pada Allah. Saya beli barang keperluan asas dan ubat-ubatan 2 trelar besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Gaza hari ini. Saya bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent. Terima kasih semua yang bersama misi ini. Demi rasa kekeluargaan. Menangis masa berdoa bersama tadi. Tak senang urusan ini tetapi dimudahkan oleh Allah. Terima kasih doa semua. Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra bersama membantu sepanjang misi.
Namun mulai malam ini, nama Ustaz disayangi ramai ini kembali popular dalam carian enjin di FB kerana fbnya dilihat tidak dikemas kini pada tarikh terakhir itu sekaligus ramai yang berada risau di mana keberadaan Ustaz dan pasukannya pemberi bantuan itu berada sekarang.
Ini kerana amat jarang dirinya tidak mengemas kini misi bantuan dilakukan sekaligus membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana keadaan dirinya dan apakah yang telah terjadi?
Mari kita doakan agar dirinya dan pasukannya sentiasa selamat dalam jagaan Allah di negara orang. Ini kerana ramai yang sayangkan dirinya. Gambar: FB Ustaz Ebit Lew.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Ini berdasarkan sebuah hadis...