Hubungan

Pesanan Buat Suami, Cukup-Cukuplah Jadikan Agama Sebagai Alasan Menutup Silap Sendiri

Share

Pesanan buat suami, cukup-cukuplah jadikan agama sebagai alasan menutup silap sendiri. Jangan nampak silapnya isteri saja, padahal masing-masing punya kelemahan dan kekurangan masing-masing.

Begitu juga isteri jangan dicanang buruknya suami kerana kita juga ada khilafnya tanpa sedar. Sebaiknya duduk berbincang.

Pesanan Buat Suami

Jangan diluah pada tempat yang salah, sebaliknya perbaiki hubungan dan jangan sesekali menjadikan agama sebagai menutup kesilapan masing-masing.

Ikuti perkongsian, Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali berkaitan isu ini dan hadam baik-bail apa yang disampaikan.

Artikel Berkaitan:

Selalu Tolong Atau Bergilir Masak Dengan Isteri Untuk Meraih Pahala Besar, Ustaz Ebit Lew Beri Pesanan Buat Para Suami

SYURGA ISTERI vs SYURGA SUAMI +
NUSYUZ ISTERI vs NUSYUZ SUAMI

Masih ada isteri yang mengadu mengenai suami yang luah kata tak redha dengan isteri dan isteri tak akan bau syurga asbab tidak mendapat redha suami.

“Diceritakan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya:

“Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” – Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi.

Dalam satu riwayat yang lain, daripada Anas r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” – Hadis Riwayat Ahmad.

Kedua-dua hadis ini menjadi pegangan teguh meletakkan syurga seorang isteri di tangan seorang suami.

Cukup-Cukuplah

Satu peringatan: Tidak ada hadis yang menyebut syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Ayat itu hanya kata-kata orang lama agar seorang isteri kekal patuh dan taat kepada si suami.

Biarpun ia bukan hadis, kata-kata tersebut boleh diterima pakai sebab ia masih relevan dan berkait dengan kedua-dua hadis di atas.

Persoalannya ialah jika si suami jenis yang tak solat, tak laksana tanggungjawab nafkah zahir dan ada antaranya yang menganiayai emosi dan fizikal isteri, apakah mereka ini layak menentukan syurga si isteri sedangkan syurga mereka sendiri belum pasti?

Paling penting untuk difahami oleh wanita dan lelaki, nusyuz itu bukan hanya pada isteri tetapi juga boleh ada pada suami.

Jadikan Agama

Ada dua nas Quran yang secara langsung menyebutkan nusyuz isteri dan suami.

Dalam surah an-Nisa’ ayat 34, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.”

Dalam surah yang sama ayat 128 pula Allah SWT berfirman, maksudnya:

“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan sulh yang sebenar-benarnya dan sulh itu lebih baik (bagi mereka)”

Ayat ini jelas membuktikan nusyuz bukan hanya kepada isteri tetapi juga kepada suami. Bezanya cuma alasan untuk mensabitkan nusyuz tersebut.

Sebagai Alasan

Seorang isteri boleh disabitkan sebagai nusyuz dengan dua alasan. Bagi Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, nusyuz isteri ialah kederhakaan wanita terhadap suami dalam perkara yang diwajibkan ke atasnya, sikap saling membenci antara keduanya termasuklah keluar rumah tanpa izin suami. (al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu) .

Isteri juga dianggap nusyuz jika meninggalkan rumah dengan tiada sebab syarie atau enggan mengikut suami berpindah ke rumah lain.

Di dalam kitab Nizam al-Usrah fil Islam menjelaskan perempuan nusyuz ialah perempuan yang meninggi diri daripada suaminya, meninggalkan perintahnya, menjauhkan diri daripadanya, mengelak diri dari suaminya atau menyebabkan suaminya marah.

Menutup Silap Sendiri

Bagi seorang suami pula, nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri (tidak menggaulinya atau berkomunikasi dengannya).

Termasuklah tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya termasuklah kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (Said Hawa, Asas fi at-Tafsir)

Sebab itulah penting untuk setiap suami dan isteri melaksanakan peranan masing-masing. Kahwin adalah ibadah dan asbab untuk mengumpul pahala termasuk dalam hubungan kelamin.

Tapi kalau ada rasa marah atau tak suka kesan daripada tanggungjawab tersendiri yang tak dilaksana, wujudkah bahagia? Paling utama, adakah redha Allah bersama tatkala perintah Allah untuk laksanakan amanah kepada pasangan tidak ditunaikan???

Buat suami, cukup-cukuplah jadikan agama sebagai alasan untuk menutup silap sendiri dan untuk wanita, jangan simpan ego biar berlaki tapi sengsara sendiri. Celiklah dan tolong lebih cerdik!
#BersamaSuzanaGhazali
#HikmahKahwinUntukBahagia
#KahwinAdaAmanahDanTanggungjawab

Baca Di Sini:

Suami Tidak Boleh Sewenang Sebut Isteri Nusyuz, Peguam Syarie Kongsi Kuasa Itu Hanya Diputuskan Mahkamah Sahaja

Kashoorga : Sebaiknya ajaklah pasangan duduk berbincang empat mata, jangan luahkan di media sosial kerana mereka tidak berada dalam kasut kita serta memahami situasi sebenar yang dilalui.

Sumber : Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Published by
Syazwani Mehat