Memandang wajahnya yang tenang sudah menggambarkan peribadi si empunya diri. Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh bukanlah calang-calang nama di pentas ceramah. Nama beliau sering meniti di bibir lantaran kepetahan bicaranya ketika menyampaikan dakwah.
Mesra disapa dengan panggilan Ustazah Nik Salida, wanita berwajah keibuan ini kini sedang bercuti sabatikal selama sembilan bulan sehingga Julai 2018 untuk menyiapkan penyelidikan dan penulisan buku. Dalam masa yang sama beliau juga sibuk dengan tugas sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM.
Dalam pada kesibukan menguruskan tugas-tugas hakiki, Ustazah Nik Salida juga turut sibuk memenuhi pelbagai jemputan untuk menyampaikan ceramah dan forum berkaitan hak asasi, integriti, isu-isu agama dan undang-undang, kekeluargaan dan hak wanita.
Selain itu Ustazah Nik Salida juga sering memenuhi jemputan sebagai tetamu di pelbagai rancangan TV dan radio bagi membincangkan isu-isu semasa dan agama.
Sebagai seorang wanita yang berkerjaya dan dalam masa yang sama turut ‘menyandang’ jawatan sebagai isteri dan juga ibu, agihan masa antara kerjaya dan juga pengurusan keluarga amat penting. Support system yang berkesan amat membantu perkembangan dan jatuh bangun dunia kerjaya seorang wanita.
“Saya bertuah kerana mempunyai suami yang menjadi tunjang utama dalam menguruskan keluarga. Walaupun beliau sendiri amat sibuk dengan kerjayanya sebagai peguam tetapi beliau jugalah yang menguruskan aktiviti saya dan anak-anak.
“Syukur juga kerana saya mempunyai pembantu rumah yang cekap dan boleh membantu saya menguruskan anak-anak dan keperluan rumahtangga dengan baik.
“Sebab itulah saya merasakan bahawa saya boleh mengagihkan masa antara kerjaya dan keluarga dengan baik setakat ini. Bahkan saya memasak dan menggosok baju setiap hari kerana saya tidak benarkan pembantu lakukan ini.
Ads
“Saya mempunyai dua orang anak yang tinggal di asrama dan saya serta suami pastikan kami menziarahi mereka setiap hujung minggu,” tutur Ustazah Nik Salida suri kepada Mohd Najib Abas.
Menjalani gaya hidup yang sibuk, ibu kepada Muhammad Naquib Izzul Wafiq, 17, Najeeha Izzatul Hana, 13, Najeeya Khyra, enam tahun dan Naiela Tihani, tiga tahun mengakui bahawa beliau tidak mempunyai masa lapang.
Sekiranya ada sedikit waktu terluang, beliau turut berkongsi aktiviti rutin harian, program-program dan bertukar maklumat di laman sosial.
Ads
“Saya lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga di rumah, memasak untuk kawan-kawan dan saudara-mara yang saya undang ke rumah. Selebihnya saya suka membawa anak-anak membeli belah.
“Saya suka memasak tetapi tidak mempunyai masa yang banyak. Jika ada sedikit waktu terluang, saya membakar kek cawan dan menghiasnya dengan anak-anak dan kami berkelah di halaman rumah. Bersama anak-anak juga saya suka melayan mereka melukis dan mewarna.
KEHIDUPAN PERIBADI
Berkongsi cara mendidik anak-anak, jelas Ustazah Nik Salida seperti orang lain juga, sejak kecil, anak-anak dibiasakan dengan adab dan akhlak. Mereka juga perlu khatam al-Quran sebelum berusia 10 tahun.
Ads
“Sebenarnya ia agak lewat khatam al-Quran dalam usia tersebut tetapi memandangkan saya sendiri yang mengajar mereka, ia terbatas kepada waktu saya berada di rumah sahaja untuk mengajar. Saya juga pastikan anak-anak belajar di sekolah aliran agama
“Anak-anak wajib mengetahui ilmu-ilmu agama atau diniah sebelum meneroka lebih jauh pelbagai cabang ilmu lain. Saya ingin pastikan mereka mendapat pendidikan agama di peringkat rendah dan menengah tetapi di peringkat ijazah, saya lebih suka sekiranya mereka mengambil jurusan profesional dan menamatkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi,” ungkap Ustazah Nik Salida.
Kehidupan yang sentiasa ‘dikejar’ dengan kesibukan memerlukan Ustazah Nik Salida sentiasa kekal bertenaga. Apa yang diamalkan oleh beliau ialah setiap pagi beliau mengambil madu, minyak zaiton, cuka epal dan segelas air masak sebagai sarapan.
“Waktu tengahari saya mengambil satu hidangan protein dan dua per tiga jenis sayuran tanpa nasi. Begitu juga untuk makan malam.
“Saya berasa sihat dan cergas sekiranya tidak mengambil nasi. Saya pastikan mempunyai tidur yang cukup walaupun tidak tidur di waktu siang,” kongsi Ustazah Nik Salida ringkas.
5 TIP BINA KELUARGA BAHAGIA:
1. Tahu misi, visi dan objektif berumahtangga dan berkeluarga dengan jelas dan berusaha merealisasikannya 2. Memilih calon pasangan yang tepat (kita perlu kenal dan tahu peribadinya) untuk saling melengkapkan kekurangan yang ada. 3. Mencari bahagia berlandaskan hukum syarak. 4. Melakukan semua aktiviti secara berjemaah dan menggalakkan kecenderungan minat yang sama di kalangan ahli keluarga. 5. Menjadikan sifat Islam sebagai agama yang membawa rahmat serta tunjang untuk mengamalkan cara hidup Islami. Mudah-mudahan menjadi sebab kehidupan berkeluarga kami sentiasa di dalam rahmat Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai yang mengidamkan rumah yang indah bak istana. Namun hakikatnya apabila anak-anak sudah punya kehidupan sendiri maka tinggallah kita berdua bersama pasangan masing-masing. Rumah yang besar dihuni dek dua insan yang telah dimamah usia..
Bak kata ustaz baru2 niee… buat apa mu dok simpan duit banyak2. Untuk anak cucu ustaz. Anak2 cucu mu ada rezeki masing2. Di usia tua, savings mu tak dapat menolong pun dalam kubur. Ada duit – derma atau kembara lihat ciptaan Allah??
PESAN IBU YANG MEMBUAT SAYA TERSENTAK ..
“Ingat nak. Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua. Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.
Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.
Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang di ‘renovate’ berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20×40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat. Besen berisi kain buruk yang diletak ditepi katillah kolam renang kita.
Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri. Design rumah 30 tahun akan dtg tak sama dgn sekarang. Taknak mereka duduk rumah pusaka. Akhirnya dijual. Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.
Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka. Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah utk keluarga kita disyurga sana”
Perkongsian yang cukup hebat untuk kita semua. Allahuakbar…
Sumber kredit: FB: Linda Faizal
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
World #QuranHour yang diadakan buat kali ketiga pada 7 Jun, bukan hanya disertai orang Islam sahaja tetapi turut disertai oleh mereka yang ingin mendalami Al-Quran. Betapa kuatnya kuasa kalam ini sehingga mampu menarik mereka yang bukan Islam untuk membaca kalam suci ini.
Bagi gadis berbangsa Cina, Alice Ng, 34, ini adalah kali kedua beliau menghadirkan diri dalam program World #QuranHour.
“Kedatangan saya ke sini adalah untuk bersama menghayati bacaan ayat suci al-Quran yang dibaca secara beramai-ramai.
“Saya pernah mendengar sebuah hadis yang menyatakan bahawa seseorang yang membaca al-Quran akan disaksikan dan dikelilingi oleh malaikat-malaikat,” katanya kepada Sinar Harian di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.
Walaupun masih berfahaman Atheis, Alice berkata, hadis itulah yang menyebabkan beliau hadir dan berada bersama mereka yang membaca al-Quran.
Menurutnya, betapa seronoknya membaca al-Quran sehinggakan malaikat bersama mereka yang membaca al-Quran.
Beliau juga menyarankan umat Islam supaya rebutlah peluang membaca al-Quran. Tempoh 10 minit membaca kitab suci ini adalah sangat bersesuaian dan sungguhpun tidak berkesempatan bacalah walaupun dua muka surat.
“Kita berpuasa dan bersolat, itu antara kita dan ALLAH tetapi apabila membaca al-Quran, kita akan disaksikan dan dikelilingi oleh malaikat-malaikat.
“Saya pernah membaca al-Quran dan Surah Al-Fatihah adalah surah kegemaran saya,” katanya.
Kenapa Surah Al-Fatihah sangat dekat dengan dirinya? Kerana Surah Al-Fatihah menyentuh hubungan antara sesama manusia dan dengan ALLAH.
“Kita kena baca al-Quran kerana natijahnya sangat terbaik,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kecantikan adalah sinonim dengan sifat kewanitaan. Allah telah menganugerahkan wanita dengan kecantikan yang tidak ada tolok bandingannya. Sama ada yang dilahirkan secara cantik semulajadi ataupun sebaliknya. Definisi kecantikan itu sendiri adalah subjektif. Sesungguhnya setiap kejadian adalah ketentuan Allah S.W.T.
Tidak dapat dinafikan wanita gemar bersolek kerana ia mampu menaikkan lagi seri wajah seseorang wanita. Boleh sahaja bersolek namun usah berlebihan. Bersolek atau memperlihatkan pehiasan berlebihan di dalam Islam itu digelar Tabarruj. Lebih menyedihkan apabila ada golonan wanita yang sanggup meninggalkan solat gara-gara tidak mahu mencuci mekap. Allahuakbar.
Daripada Abi Hurairah r.a yang mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, pada hari kiamat nanti umatku akan diseru dan mereka datang dengan wajah dan telapak kaki yang bersinar putih kerana bekas wudhuk. Sesiapa antara kamu yang mampu untuk memperluaskan cahayanya, maka kerjakanlah.” [Hadis Riwayat Bukhari, no.136]
Sedangkan berwuduk itu ganjarannya luar biasa hebat sehingga kiamat. Bersolek pula, hanya sekadar keindahan sementara. Tak sampai 10 jam pun.
Bahkan dosa besar tinggalkan solat itu kekal selagi tak bertaubat. Begitu juga dosa bertabarruj.
Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amal yang pertama dihisab dari seorang hamba pada hari Kiamat adalah solat; jika solatnya baik maka beruntung dan selamatlah dia, dan (sebaliknya) jika solatnya buruk (kesempurnaannya), maka dia gagal dan rugi”. [Hadis Riwayat at-Tirmizi, no.411]
Meh kita duduk bersila di sejadah, bermuhasabah balik. Sampai bila nak buat dosa. Takkan nak tunggu sampai pencen baru bertaubat.
Memasuki tahun ke-10 World #QuranHour akan berlangsung lagi pada 25 Mac nanti bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Surah...