Duit nak kahwin sudah cukup. Tinggal nak tempah dewan, nak beli barang hantaran, nak tempah baju kahwin, tempah juru mekap. Oh, semua tu kena ada tarikh. Selagi belum ada tarikh, tak boleh nak buat tempahan.

Bab memilih tarikh pernikahan ni, selalu masalah akan timbul ialah untuk menetapkan pada tarikh itu kedua-dua belah keluarga tiada majlis besar lain yang akan dijalankan. Selain itu ada juga yang memilih tarikh atas alasan tarikh itu sesuai untuk pasangan ini dinikahkan. Boleh ke macam tu?

Ada ke tarikh yang elok dan tarikh yang tidak elok untuk diadakan majlis penikahan? Adakah benar jika ada yang bernikah pada tarikh-tarikh tertentu maka perkahwinannya bakal berdepan dengan pelbagai masalah?

Sesungguhnya janganlah anda percaya akan hal tersebut kerana mempercayai ada tarikh elok dan ada tarikh tidak elok itu boleh mendatangkan syirik. Perbuatan syirik adalah dosa yang sangat besar.

Sebaliknya untuk menentukan tarikh pernikahan, lihat sajalah faktor-faktor berikut. Faktor ini berkaitan dengan rutin harian. Bukannya tarikh elok dan tak elok. Semua tarikh elok sahaja untuk anda melangsungkan pernikahan:

IKLAN

1) Lokasi untuk mengadakan majlis anda itu kosong dan boleh ditempah. – Misalnya anda hendak mengadakan majlis di dewan orang ramai atau hotel. Maka pastikan tarikh mana yang dewan atau hotel itu belum ditempah.

2) Pilih tarikh yang agak-agak sesuai untuk anda mempersiapkan segala keperluan. Misalnya baju pengantin dan barangan hantaran.

IKLAN

3) Pilih tarikh yang sesuai dengan kelapangan kedua-dua belah pihak. Misalnya ada ibu bapa yang hendak mengerjakan umrah. Berkahwinlah selepas atau sebelum mereka berangkat.

4) Pilih tarikh mengikut kemudahan untuk anda memohon cuti.

IKLAN

5) Pilih tarikh kahwin selepas anda menyiapkan semua kerja di pejabat. Bolehlah sambung cuti kahwin terus dengan cuti berbulan madu.

VIDEO KASHOORGA:

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI