“Pilu Rasa Hati Lihat Makanan Dibawa Bertaburan” – Pekerja Foodpanda Ini Maut Dirempuh Saat Cari Rezeki Halal

Share

Islam menggalakkan umatnya supaya mencari rezeki rezeki yang halal di atas muka bumi Allah yang luas ini untuk mendapat keberkatanNya. Malah sesesorang itu sanggup bersusah payah bekerja untuk mencari rezeki yang halal.

Ada kalanya mereka ini sanggup tidak mengetepikan keselamatan diri asalkan kerja yang dibuat dapat memberi rezeki yang halal buat menyara keluarga.

Hari ini viral di kalangan laman sosial Facebook melalui Negeri Sembilan Kini di mana kisah seorang syarikat penghantar makanan popular, Foodpanda, Muhammad Fadhil Abdullah yang meninggal dunia akibat kemalangan dilrempuh dari belakang ketika sedang dalam proses menghantar makanan kepada pelanggan.

Kredit Foto: Facebook Negeri Sembilan Kini

Lebih menyedihkan dan memilukan warga net, makanan yang mahu dihantar dilihat bertaburan bersama arwah.

Ternyata perkongsian seorang teman sekelasnya mengenai keperibadian arwah membuatkan kita sebak. Betapa arwah seorang yang baik dan pendiam dalam kelas.

Alfatihah untuk classmate saya . Muhd fadhil asbullah . Dia ni memang baik . Pendiam dalam kelas . Excident petang tadi dekat sek19/20 . Bawa foodpanda kena rempuh dari belakang ..

Info lanjut ..

انا لله وان اليه راجعون

Kemalangan maut melibatkan penunggang motor food panda di ss 20 S Alam. Memang ajal maut di tgn Allah ttp sememangnya aku sangat tak sampai hati tgk rider2 food panda/ pizza dll. Sbbtu..bila order je..mesti aku lebihkan duit utk mrk. Nampak berserinya muka adik2 tu wpun hanya rm3/5 lebihan. Tak kesahlah mrk Muslim atau tidak. Rasa kemanusiaan itu melangkaui perbezaan agama, bangsa dan budaya.

Sedar tak? Kita tak tahu doa siapa yg boleh tembus ke arasyh Allah. Mungkin hanya dgn rm2 yg penuh rasa keikhlasan itu..ditambah dgn bunga2 keseronokan si penerima td menerima tips…ia dpt “menyentuh rahim” Allah. RM2 mungkin tk bernilai pd kita ttp amat bernilai buat mrk.

Budak2 rider ni ada juga di kalangan yg ada degree. Begitu susahnya utk hidup sekarang. Syabas kpd adik2 ini yg berusaha gigih utk dapatkan rezki yg halal. Sudah tentu ada di kalangan mrk yg bantu ibu bapa/ adik2 bersekolah/ utk memastikan anak bini dpt makan. Betapa pilu pula andai pintu rumah dibuka riang menunggu papanya pulang ttp polis yg datang memaklumkan satu kehilangan yg tak mungkin pulang.

Kredit Foto: Google

Ya…maybe ada segelintir mrk yg tak berapa jaga keselamatan..bawa laju dsbnya, ttp..kita pemandu yg lain…sama2lah berhati2. Kasihani dan hormatlah mrk wpun kita di dlm kereta besar yg tak kena panas dan hujan.

Buat adik2 rider yg membantu kami mengenyangkan perut yg lapar… berhati2lah sentiasa ye. Alangkah pilu rasa hati seandai melihat makanan yg bertaburan bersama arwah. Semoga arwah sentiasa dlm rahmat Allah di hari penuh barokah ini. Melihat mereka…sentiasa teringat anak2ku jua yg semakin meningkat umur mereka.

Sebaik status ini di muat naik laman Facebook Negeri Sembilan Kini rata-rata meninggalkan komen menyentuh hati. Ramai mendoakan semoga arwah ditempat dalam kalangan orang beriman apatah lagi meninggal dunia pada hari Jumaat nak barokah.

Lia Mansor innalillahi wainna ilaihirojiun.. semoga rohnya dicucuri Rahmat
Mohd Hafiz Innalillahiwainnailaihirojiun.. takziah bt keluarga arwah…samoga rohnya ditempatkan disisi orang² yang beriman…aamiin..
Nora Mohd Salleh Innalillahiwainnailaihirojiun..al fatihah..smoga rohnya ditmpatkan disisi org2 yg beriman..aamiin
Nur Sue Al fatihah …moga arwah ditmptkn dikalangan org yg briman n slm takziah buat kluarga arwah
Alonz Norman Al Fatihah…..semoga arwah di tempat kn di kalangan org2 yg beriman……
Hasnul Marzuki Innalillahiwainnailaihirojiun..takziah bt keluarga arwah…samoga rohnya ditempatkan disisi orang² yang beriman…aamiin..
Sumber Nur Irdina Nurazidinn

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman