
Diam tak diam sudah hampir sebulan perlaksanaan Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jaringan wabak COVID-19.
Malah kerjasama dari rakyat yang menurut perintah itu membuahkan hasil apabila berlakunya penurunan kes positif yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun itu bukanlah alasan untuk kita melakukan pergerakan seperti biasa. Dan malam semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan PKP ini sehingga 12 Mei depan.

Beliau berkata, berdasarkan data-data yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan, usaha-usaha untuk membendung wabak Covid-19 masih perlu diteruskan.
Menurutnya, walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke satu masa di mana kita yakin wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya.
“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.

“Walau bagaimanapun, jika kes-kes Covid-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial,” katanya dalam perutusan khas sempena Ramadan sebentar tadi.
SUMBER: SINAR HARIAN
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013, Wanita Pengacau Rumahtangga Boleh Didenda RM3000 & Penjara 2 Tahun

Cerita rumah tangga diganggu insan ketiga memang tiada kesudahan. Ia bukan saja melibatkan selebriti tetapi juga orang biasa. Semuanya banyak berakhir dengan rasa sakit hati termasuk perceraian biarpun anak-anak masih kecil.
Amat jarang wanita mahu hidup bermadu kerana tiada siapa sudi berkongsi kasih. Walau dalam surah An-Nisa ayat 3 ada menyebut poligami namun ia turut menekankan perkataan adil yang barangkali susah untuk lelaki berlaku adil sepenuhnya.
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah ketika ditanya tentang hukum berpoligami, beliau menjawab hukumnya sunnah untuk mereka yang mampu. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Quran Surah An – Nisa ayat 3:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa/4 : 3].
Dalam pada itu, menurut undang-undang Syariah di bawah Enakmen 11 tahun 2013, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Bahagian v- Kesalahan Pelbagai iaitu Seksyen 43, Mengganggu rumah tangga orang lain, mana-mana wanita penggangu rumahtangga orang lain boleh disabitkan atas kesalahan ini.
“Mana-mana orang yang mengganggu rumah tangga orang lain dengan apa-apa cara dan mempengaruhinya supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya”.
Jadi mana-mana isteri yang merasakan diri mereka teraniaya dalam hal rumahtangga boleh membuat aduan.
Malah hukum merosakkan rumahtangga jatuh haram. Dalam satu hadis dinyatakan antara perbuatan paling dimurkai Rasulullah SAW ialah merosakkan rumahtangga orang lain.
“Bukan perbuatan kami (umat Nabi Muhammad SAW orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya) HR Daud.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Untuk bimbingan awal secara PERCUMA dari Coach Zuhri pula, jom sertai sesi Live CurHat Jodoh bersama Coach jam 9.00 malam – 10.00 malam di:
https://www.instagram.com/kashoorga/ dan
https://www.facebook.com/Kashoorga
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Apa Ada Pada Kalimah Bismillah? 4 “Rezeki Besar” Allah Janjikan Jika Kita Menyebutnya Selalu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Kalimah Bismillah atau disebut juga Basmallah sudah tidak asing bagi kita.
"BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" bermaksud “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Malah ayat Bismillah juga menjadi permulaan ayat bagi surah Al-Fatihah, ibu segala doa juga penawar segala masalah.
Malah untuk makan, minum, melangkah, memulai pekerjaan dan apa jua niat, kita digalakkan mengucapkan perkataan Bismillah ini terlebih dahulu untuk memperoleh keberkatan dalam apa juga kita lakukan.
Bismillah memiliki banyak keutamaan dan keagungan. Apa ada pada kalimah Bismillah ini? Ada empat “rezeki besar” menanti jika kita mengucapkannya.
“Demi Allah yang Maha Agung, maka sungguh Sayyidina Abu Bakar telah menceritakan kepadaku dan beliau berkata:-
“Demi Allah yang Maha Agung maka sungguh Nabi Muhammad SAW yang terpilih telah menceritakan kepadaku dan Baginda telah berkata:-
“Demi Allah Yang Maha Agung maka sungguh Israfil telah menceritakan kepadaku bahawa Allah Ta’ala berfirman:-
“Demi keagungan-Ku, kedermawanan-Ku dan kemuliaan-ku, siapa saja yang membaca ‘Bismillahir-Rohmanir-Rohiim’ yang dihubungkan dengan pembuka Al-Fatihah sebanyak satu kali, maka saksikanlah oleh kalian bahawasanya Aku telah memberi ampunan kepadanya dan Aku menerima amal kebaikannya dan Aku hapuskan semua kesalahannya. Dan Aku tidak akan membakar lidahnya di dalam api neraka dan Aku lindungi ia dari seksa kubur, seksa neraka dan seksa Hari Kiamat. Dan ia akan menemui-Ku sebelum para Nabi dan para wali seluruhnya.”
2) Mendapat keberkatan hidup :- Ulama Yaman Al-Habib Athos Bin Hafizh pernah memberi nasihat:
“Apabila engkau mahu mengerjakan sesuatu yang baik, maka bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu duduk, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu berdiri, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu menyentuh suatu benda yang baik dan bagus, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu menaiki kereta, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Mahu memakai pakaian, bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Dan semua yang berhubungan dengan kebaikan, maka bacalah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.
Fadhilatnya, Insya Allah apa pun pekerjaan baik yang di dahului dengan membaca Bismillahir-Rohmanir-Rohiim maka kehidupan individu yang membacanya akan mendapat keberkatan dan Malaikat membentangkan sayapnya. Malaikat akan ampun kepada Allah untuk kita dan perbuatan ini dicatat oleh Malaikat sebagai 400 kebaikan. Setiap satu kali perbuatan baik yang didahului oleh بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ akan dicatat dengan 400 kebaikan.”
3) Dihapuskan seluruh dosa:- Syekh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi berkata:-
“Jikalau engkau terbiasa mengucapkan kalimat bismillah setiap kali mahu melakukan sesuatu pekerjaan, maka nanti pada hari Kiamat di saat engkau menerima amalan perbuatan selama engkau lakukan di dunia ini, maka engkau akan memulai membacanya dengan kalimat bismillah sebagaimana kebiasaanmu di dunia.
Kemudian tanpa engkau sedari, seluruh dosamu telah dihapuskan, maka engkau pun hairan dengan apa yang telah terjadi (pada hal engkau telah banyak berbuat kemaksiatan ketika di dunia).

“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya engkau telah memanggilku dengan Rahman dan Rahim (Maha Pengasih dan Maha Penyayang) maka aku hapuskan seluruh dosa-dosamu kerana sifatku yang Maha pengasih.”
4) Dimasukkan dalam golongan As-Saddiqin :- Selanjutnya, Syekh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi berkata, seketika itu terdengarlah seruan:
“Barang siapa memungut kertas yang bertuliskan ‘Bismillaahirrohmaanirrohiim’ dari lantai, dengan niat agar kalimat itu tidak tercemari oleh kotoran, tidak terpijjak dan dilakukan kerana mengagungkan Allah, maka Allah akan memasukkannya ke dalam golongan as- Saddiqin (para Waliallah yang selalu membenarkan Ajaran Allah) di sisi-Nya, dan kedua orang tuanya diampuni.”. Sumber : Islam Pos
Nah! Mulai hari ini jangan lupa mengucapkan perkataaan Bismillahir-Rohmanir-Rohiim dalam apa jua kita lakukan. Memang terasa rugi kerana tidak melakukannya sebelum ini tapi tiada istilah yang terlambat dalam kamus hidup kita. Moga kita semua memasuki syurga Allah di hari akhirat kelak. Ya, inilah rezeki besar kita kerana hal ini mungkin kita tidak memilikinya di dunia tapi pasti di akhirat.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Tuhan, Marahkah Engkau Pada Kami? Ya Allah, Tolong Hapuskanlah MakhlukMu Bernama COVID-19”

Isi Kandungan
ToggleSana-sini orang ramai memperkatakan tentang penularan wabak Koronavirus COVID-19 yang semakin membimbangkan. Ramai yang tidak senang duduk dengan situasi ini.
Malah ada yang mula berbelanja secara panik membeli barangan keperluan harian kerana dibimbangi negara akan berhadapan dengan ‘lockdown’.
Dan kita sebagai hamba-Nya tetap percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Adakah Tuhan sedang memarahi kita yang terlalu leka mengejar duniawi sehingga tidak mengendahkan segala larangan yang sepatutnya tidak dilakukan.
Dalam posting PU Amin di laman Instagramnya yang dikreditkan Sharimi berdoa dari isi hati yang menggambarkan betapa kerdilnya kita hambaNya yang lemah melihat Kekuasaan Allah Yang Maha Besar.
TUHAN, TOLONGLAH KAMI..
Tuhan,
Marahkah Engkau pada kami?
VirusMu kian mengamuk, menggoncang dunia,
Tiada sempadan ia menular,
Tak lambat sesaat pula merebak,
Sungguh! Terdiam kami merebah.
Nyawa demi nyawa pergi,
Yang dijangkiti, tiada penawarnya lagi..
Ya Rabb,
Tiada lain, tangan ini yang bersalah,
Pagi kami lupa, siang makin lalai,
Malam bertambah leka, hidup beraja dunia.
Al-Quran kami jarang buka dan baca,
Sunnah Nabi kami persenda,
Hidup tak berarah, harta dikaut berjuta,
Kuasa direbut tak sudah-sudah..
Ya Rahman, Ya Rahim,
Hari ini semua buntu, semua bercelaru,
Tercari-cari apa punca, di mana ubat tak jumpa,
Alam mula murka, laut tak pandang,
Bumi tak sayang… Ke mana hamba perlu membawa diri?..

Ya Allah,
Dikau Maha Penerima Taubat,
SayangMu melebihi murkaMu,
Kami umatnya Muhammad SAW,
Kekasih AgungMu,
Tidakkah ada sekelumit kasihan pada kami,
Rahmatilah kami ya Rabb,
Pandang kami, Cintailah kami..
Belas kasihanMu,
Hapuskanlah makhlukmu bernama Covid 19,
Tenangkanlah kembali hati dan dunia ini,
Tidaklah ada tempat lain untuk berharap,
Tidaklah ada kuasa melainkan tuhanku ini,
Hanya Engkau tempat kami berlindung..
Semoga semuanya kembali sediakala.. .
Credit : FB Sharimi,
14 Mac 2020
9.21pm

Warganet turut sama-sama mengaminkan doa ini dan berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI