PKP Dilanjutkan Sehingga 12 Mei Depan, PM Juga Beri Bayangan Mungkin Tak Boleh Sambut Raya Di Kampung

Share

Diam tak diam sudah hampir sebulan perlaksanaan Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jaringan wabak COVID-19.

Malah kerjasama dari rakyat yang menurut perintah itu membuahkan hasil apabila berlakunya penurunan kes positif yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun itu bukanlah alasan untuk kita melakukan pergerakan seperti biasa. Dan malam semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan PKP ini sehingga 12 Mei depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin Yassin. Foto: Bernama

Beliau berkata, berdasarkan data-data yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan, usaha-usaha untuk membendung wabak Covid-19 masih perlu diteruskan.

Menurutnya, walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke satu masa di mana kita yakin wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.

“Walau bagaimanapun, jika kes-kes Covid-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial,” katanya dalam perutusan khas sempena Ramadan sebentar tadi.

SUMBER: SINAR HARIAN

Published by
Siti Zurina Mat Saman