Sejak viral pokok ‘snake plant’ atau lidah jin atau dikenali juga dengan nama lidah mentua ini dilaman sosial, ramai mahu menjadikan pokok ini sebagai hiasan dekorasi di ruang kediaman masing-masing.
Tidak dinafikan pokok ini sangat cantik dan menarik menjadi hiasan di ruang dekorasi. Tetapi ramai tidak tahu bahaya pokok hiasan viral ini.
Menurut seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata.
Ads
“Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Dr Fatimah yang juga pensyarah kanan kimia, Pusat Asasi UiTM, Dengkil, Selangor berkata terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
Ads
“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri.
“Aktiviti mikoorganisma mudah dikesan iaitu dengan kehadiran bau kurang menyenangkan daripada bekas atau bahagian yang terendam seakan berlumut,” jelasnya.
Ads
Sementara itu, Pusat Racun Negara pada 7 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook rasmi menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
“Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan,” menurut status itu.
Baru-baru Touch ‘n Go telah memperkenalkan Go+ di aplikasi Touch ‘n Go. Mungkin ramai yang belum sedar akan aplikasi ini atau masih samar-samar mengenai kegunaannya.
Untuk pengetahuan Touch n Go eWallet, ciri GO+ ini diperkenalkan dengan kerjasama pihak Principal Asset Management Berhad, yang membolehkan pengguna untuk menjana dana tambahan melalui baki dalam akaun.
Namun sudah dinyatakan oleh pihak TNG ianya tidak patuh Syariah. Ia menerusi satu kenyataan dari pihak Touch 'n Go di laman webnya.
Dalam satu perkongsian dari Ahmad Sufyan Che Abdullah, ianya haram disertai oleh orang Islam kerana pulangan yang ditawarkan dihasilkan oleh instrumen Principal E-Cash yang merupakan fund yang tak patuh Syariah.
Malah dirinya mengajak umat Islam agar mengelakkan diri daripada terjebak dalam produk seumpama ini kerana mana-mana pelaburan ada unsur riba, adalah dosa besar untuk umat Islam.
Bagaimana Nak Claim Balik Duit Kalau Dah Masuk Syer?
Dalam itu, seorang pengguna, Basri Husin telah mengajar pengguna untuk mendapatkan semula duit yang telah dimasukkan ke aplikasi Go+ ini agar tidak terus bersyubahah menanggung dosa hasil pelaburan tidak patuh Syariah ini.
Apa perlu buat?
Pergi ke lambang GO+
Sesiapa yang ingin keluarkan balik dari akaun Go, boleh follow tutorial ini. Alhamdulillah saya dah keluarkan walaupun masukkan RM50.
Pergi ke CASH OUT
PERGI SAMA ADA NAK CASH OUT MELALUI AKAUN BANK ATAU DALAM E-WALLET
MASUKKAN SEMUA JUMLAH BAKI DALAM GO+
Dah itu saja dan tunggu duit di kembalikan ke akaun kita.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ketawa saat mendengar jenaka atau melihat kejadian lucu adalah fitrah manusia. Islam tidak melarang kita ketawa dan bergurau senda. Namun sudah tentu ada hadnya.
Menurut Syekh Imam Nawawi al-Bantani dalam kitabnya Nashaih al-Ibad memberikan nasihat agar umat Islam tidak terlalu banyak tertawa.
Apabila kita banyak ketawa, ia hanya akan menjadikan kita hilang kawalan diri atau kewibawaan. Ketawa yang melampau menjadikan kita lupa akan ajaran agama agar menjaga akhlak.
Syekh Imam Nawawi mengutip pesan yang disampaikan Umar bin Khattab yang berbunyi:
“Siapa yang banyak tertawa, maka akan berkurang kewibawaannya.” Kita yang melihat orang yang bergurau senda dan ketawa sehingga mengganggu ketenteraman orang lain, tidak akan dimuliakan atau dihormati.
Sementara itu, Abu Dzar menyampaikan dalam sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasululah SAW pernah bersabda:
“Jauhilah olehmu banyak tertawa kerana dengan banyak tertawa itu akan mematikan hati dan memudarkan cahaya wajah (Kewibawaan).” (HR al-Baihaqi)
Selain itu, Syekh Nawawi juga memberikan nasihat agar umat Islam menghindari gurau senda yang keterlaluan. Beliau kemudian mengutip sebuah hadis Rasulullah SAW, “Bercanda itu merupakan rayuan syaitan dan tipu muslihat hawa nafsu”
Pesan Syekh Nawawi tersebut mengingatkan agar masyarakat tidak bercanda yang berlebihan, termasuk di media sosial dan di kaca televisyen.
Kita disajikan dengan banyak program televisyen yang mengajak penonton menikmati jenaka mereka dan bergelak ketawa.
Lebih parah lagi apabila isu yang diketengahkan dalam lawak itu tidak memikirkan sensitiviti agama.
Dan apabila soal agama dijenakakan, maka di manakah letaknya kesucian Islam? Oleh itu, berhati-hati lah kita dengan fitnah akhir zaman.
Telah banyak isu lawak jenaka membawa permusuhan dan melahirkan kebencian. Oleh itu, isu-isu tersebut sudah sepatutnya dijadikan ibrah atau pelajaran buat umat Islam agar lebih berhati-hati dalam bercanda.
Syekh Nawawi menjelaskan, sahabat nabi Umar bin Abul Aziz juga pernah berpesan agar umat Islam tidak banyak bercanda. “Hindarilah banyak bercanda karena itu merupakan kebodohan yang dapat menyebabkan dendam”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Siapa tidak geram melihat kecomelan kanak-kanak ini. Ketika dia masih bayi, Dhuhaa Sophea Stumbry, 3 tahun, pernah dikatakan bayi paling comel di dunia.
Si comel ini lahir dari perkongsian kisah cinta antara dua benua. Ibunya Siti Safuraa Hamzah, 35 tahun, yang berasal dari Besut, Terengganu, manakala bapanya pula Asadullah Stumbrys, 35 tahun pula merupakan warga negara Russia.
Walaupun kini berada jauh di Sweden, namun Dhuhaa Sophea menjadi tular dek kerana wajah comelnya. Kini bukan sahaja dia yang jadi viral, Dhuhaa juga sudah mempunyai seorang adik perempuan, Amiraa Al Imaan yang dilahirkan awal tahun lalu.
Seperti kakaknya, Amiraa juga cukup popular di laman sosial Instagram milik ibunya, @ctsafuraa. Setiap kali muat naik foto atau video terbaru, pasti mendapat ribuan butang ‘like’.
Ternyata kecomelan dua beradik ini mengundang pertanyaan daripada warga net yang mahu tahu apa rahsia diamalkan ibunya sewaktu mengandung.
Menurut Siti Safuraa soalan ‘hot’ itu memang sering ditanya padanya oleh para ibu yang banyak DM padanya bertanyakan amalan yang dilakukan sewaktu mengandung sehingga melahirkan anak yang comel.
“Memang ramai yang tanya soalan ini, sama ada mesej saya secara peribadi di ruangan komen termasuk ketika buat live“.
“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa pemakanan khusus waktu mengandung dulu. Mungkin ini rezeki kurniaan Tuhan buat saya dan suami,” ujarnya ketika dihubungi secara alam maya.
Namun menurutnya dia memperbanyakkan amalan yang mulia untuk ibu hamil menurut Islam, antaranya dengan membaca al-Quran.
“Cuma masa hamil dulu saya suka baca dan dengar ayat suci al-Quran. Surah yang paling saya gemari adalah surah Ar-Rahman.
“Waktu itu saya sangat sensitif, mudah menangis dan bila dengar surah itu saya rasa kuat dan sangat terkesan sampai ke jiwa.
“Selebihnya saya banyakkan zikir dan berdoa pada Allah sentiasa lindungi saya dan kandungan,” ujarnya yang kini menetap di Sweden selepas mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta.
Sungguhnya negeri syurga itu adalah negeri nikmat dan antara nikmat yang ada di dalam syurga ialah semua penghuninya sangat cantik diri mereka dan perhiasan...