Hubungan

‘Poligami Abang Tesla, Wanita Perlu Duduk Diam & Tak Perlu Komen.’ Bimbang Tambah Dosa

Share

‘Poligami abang tesla, wanita perlu duduk diam dan tak perlu komen.’ Bimbang komen kita nanti akhirnya membawa kepada dosa saja.

Tidak dinafikan, wanita antara paling terkesan dengan video TikTok Abang Tesla yang seakan-akan mempermainkan perasaan wanita terutamanya isteri pertamanya.

Poligami memang tak salah, namun penyampaian serta content video tersebut membuatkan ramai wanita terasa panas dengan pendedahan kisah poligami Abang Tesla.

Ini pandangan Amirul Hakimin ZH dan mengapa dia sarankan wanita berdiam diri daripada komen yang bukan-bukan di media sosial.

Artikel Berkaitan:

‘Indahnya Poligami, Bukan Saja Berkongsi Kasih.’ 2 Isteri Ini Tetap Setia Di Sisi Walaupun Suami Terlantar Sakit

Poligami Abang Tesla

Ada perkara, golongan wanita ni lebih baik duduk diam-diam saja, tak perlu nak komen. Wanita lebih cenderung untuk komen berdasarkan emosi semata-mata. Takut-takut komen tu membawa kepada dosa saja.

Kita sebagai suami , suka atau tak, kita perlu awasi tindakan isteri dan anak-anak kita. Yang salah, kita tegur. Nak tegur, tegur baik-baik. Kalau suami tak mainkan peranan, lama-lama hak suami akan dinafikan dan kita akan hadapi dunia yang penuh dengan lelaki lembik dan tak function.

Wanita Perlu Duduk Diam

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video di TikTok dimuat naik Abang Tesla yang mengumumkan dirinya sudah bernikah untuk kali kedua.

Menerusi kapsyen dalam video yang dimuat naik di platform berkenaan, Abang Tesla memberitahu yang perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertamanya.

“Tiga jam sebelum melangsungkan pernikahan kedua, solat Subuh sama-sama sambil diiringi air mata.

“Mungkin ramai yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri, tapi saya tidak. Saya tidak akan membelakangi isteri saya,” katanya.

Tak Perlu Komen

Menurut Abang Tesla, isterinya reda dan sangat menjaga aibnya sebagai seorang suami.

“Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia mengenai hasrat saya itu.

“Isteri yang baik adalah isteri yang taat kepada suami dan menjaga maruah suami,” katanya lagi.

Tambah Abang Tesla lagi, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.

“Selesai nikah saya terus cari isteri pertama untuk make sure (pastikan) dia tidak emosi.

“Poligami adalah sesuatu yang Allah beri untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan disebabkan orang lain, poligami dipandang hina di mata manusia,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Abang Tesla memuat naik video menunjukkannya dan isteri pertama menghabiskan masa bersama.

Bagaimanapun, perkongsian video berkenaan menerima banyak kecaman terutama daripada pengikut wanitanya yang rata-ratanya kecewa selain menuduh Abang Tesla sebagai penunggang agama.

Bimbang Komen

Wanita sekalian,

1. Poligami adalah hak lelaki yang hanya boleh dinafikan sekiranya lelaki itu tidak mampu berlaku adil. Poligami ni sebahagian daripada syariat Islam.

Ketika mana wanita menafikan poligami, anda sebenarnya sudah menafikan syariat Islam.

2. Tidak ada satu seruan kepada lelaki untuk setia kepada isteri, walaupun kepada isteri susah senang bersama. Setia adalah sifat wanita bukan lelaki. Sebab itu wanita dituntut untuk setia berada di rumah, kalau tiada keperluan untuk keluar.

3. Syarat asas untuk berpoligami adalah mampu. Kalau lelaki itu hendak berpoligami dan dia yakin dia mampu, kita sepatutnya gembira dan menyokong.

Tidak perlu mempersoalkan “bila dah senang, dah kaya, mula nak cari lain”, memang sudah itu syaratnya.

Membawa Kepada Dosa

4. Kalau lelaki itu hendak tunjuk dia appreciate isteri dia dengan belikan itu ini, biarkan sajalah, itu cara dia. Dia bukan guna duit kalian pun. Isteri dia takda cakap benda buruk pun pasal suami tu, yang korang nak melebih² tu kenapa.

5. Kalau tak setuju suami korang poligami pun, simpan lah dalam diri itu, dan terimalah poligami ini sebagai 1 syariat yang Allah halalkan.

Mana mungkin Allah halalkan sesuatu perkara yang memudaratkan manusia. Kalau bab babi, kita boleh pula faham bila Allah haramkan, tapi bab poligami, tiba² macam hilang pedoman.

Suami sekalian,

1. Buktikan yang kalian adalah pembela agama dan syariat dengan menegur perbuatan isteri yang bercanggah dengan Islam. Antaranya ialah seperti komen dalam gambar ni. Kalau anda yang berhak untuk tegur pun tak tegur, siapa lagi yang boleh diharapkan?

2. Sentiasalah upgrade diri untuk menjadi 10 langkah ke depan berbanding isteri, terutama dalam bab ilmu agama.

Kalau tak pandai, belajar. Cari orang yang boleh ajar kita. Kalau kita jahil, jangan pelik kalau isteri-isteri dan anak-anak kita jahil.

Baca Di Sini:

Bukan Semua Tolak Poligami, Wanita Ini Akui Rasa Gembira Suami Kahwin Lain Kerana Ada Kawan Berbual

Kashoorga : Takut pada setiap kata-kata kita hari ini menjadi ujian buat kita di masa hadapan.

Sumber: Amirul Hakimin ZH, my Metro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat