Bab poligami memang agak sensitif bagi sebahagian isteri di Malaysia. Bukan menentang hukum syarak, tetapi bimbang diri tersisih; kurang perhatian dan kasih sayang suami malah keperluan nafkah juga takut terjejas. Kuncinya ialah bimbang terabai.

Islam pun tidak akan benarkan poligami sekiranya lelaki tidak berkemampuan serta gagal menyempurnakan keperluan isteri sedia ada. Namun tak kurang ramainya juga yang bahagia berpoligami.

Poligami bukanlah pelik, cuma ia agak ‘berani’ dilakukan oleh Adnan,22 tahun, warga Pakistan; yang sekarang mempunyai tiga orang isteri.

Berkahwin seawal usia 16 tahun semasa masih lagi belajar, Adnan kemudiannya berkahwin kali kedua semasa berusia 20 tahun dan terkini perkahwinan ketiganya pada 2019!

Adnan bahagia bersama tiga orang isteri yang sangat setia.

Sewaktu ditemuramah oleh Daily Pakistan, Adnan inginkan bakal isteri keempat ini mempunya nama yang bermula dengan huruf ‘S’ kerana semua nama isterinya bermula dengan huruf ‘S’.

Tetapi lebih unik lagi, ketiga-tiga isterinya bersetuju berpadu tenaga membantu suami mereka mencari jodoh keempat buat Adnan.

IKLAN

Artikel berkaitan: Kalau Nak Nikah, Bakal Isteri Letak Syarat Tolak Poligami.

Artikel berkaitan: Para Suami, Hati-Hati Bila Bergurau Soal Poligami Dengan Isteri

Adnan dikurniakan dengan tiga orang anak dengan Shumbal iaitu isteri pertama, manakala dua orang anak dengan isteri kedua iaitu Shubana yang mana salah seorangnya dijadikan anak angkat oleh Shahida, isteri ketiganya.

Bagi kebanyakan suami, hidup berpoligami sememangnya mencabar kesabaran apabila terpaksa memastikan kesemua isteri dilayan secara adil, Namun rasa ‘pening kepala’ ini tidak pernah dihadapi oleh Adnan.

Foto perkahwinan pertama Adan semasa berusia 16 tahun.

Tiada perselisihan antara isterinya. “Satu-satunya masalah yang isteri selalu rungutkan ialah perhatian kurang mencukupi buat setiap daripada mereka,” jelas Adnan.

Memang benar, kehidupan berpoligami ini perlukan kesetiaan dan ketaatan yang tinggi. Bagi Adnan dia bernasib baik kerana semua isterinya mampu menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Urusan hal ehwal rumahtangga disusun atur mengikut jadual penggiliran seperti memasak, membasuh, mengilatkan kasut Adnan dan lain-lain.

Menjelas lanjut tentang perbelanjaan bulanan keluarga, dia menyatakan setiap bulan sejumlah 1.5 Lakh Pakistani Rupee diperlukan atau bersamaan dengan RM3,840. Namun baginya, ia bukan satu masalah, kerana semenjak berkahwin kali pertama, rezekinya bertambah baik.

Foto perkahwinan dengan salah seorang isterinya.

Adnan bersama keluarganya kini menghuni sebuah kediaman yang mempunyai enam buah bilik tidur, sebuah bilik melukis dan stor.

Kelihatanya seperti cerita dongeng, namun ia adalah realiti sebuah kehidupan indah seorang lelaki dan para isteri tercinta.

Kashoorga: Semoga secebis kisah hidup berpoligami ini dapat dilihat satu perkongsian positif. Bukan mudah tapi tak mustahil.

Foto: Daily Pakistan