Sikap prihatin KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkenan memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sewajarnya dipuji. Walau berada di kedudukan pemerintahan tertinggi negara, namun sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Baginda sewajarnya dipuji oleh rakyat.
Atas dasar prihatin dengan nasib rakyat yang diuji kesusahan kala ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan mengejut ke daerah Maran, Pahang bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran.
Turut berangkat YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Ads
5 Januari 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan mengejut kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Maran, Pahang – SMK Maran, Surau Kampung Jara, SK Kuala Sentul dan Masjid As Syakirin. Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa banjir yang berada di PPS tersebut dan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban yang ditanggung.
Turut berangkat KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Ads
Keberangkatan mengejut Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.
Ads
Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada NADMA, Kerajaan Negeri dan Pentadbiran Daerah serta agensi penyelamat dan jabatan kerajaan seperti polis, bomba, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus-lumus membantu rakyat setiap kali banjir.
Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda. Sumber gambar : Istana Negara
Baru-baru ini drama bersiri Nur kembali bersiaran sepanjang Ramadan. Dan watak paling diingati selain watak utama adalah watak Aishah lakonan Noorkhiriah.
Biarpun digambarkan seorang yang menjengkelkan, namun realitinya pelakon ni sangat istiqamah dengan penghijrahannya beberapa tahun lalu.
Terbaru, pelakon berbakat ini berkongsi di laman instagram kisahnya yang ubah suai kereta MPV miliknya menjadi van jenazah.
Dalam kapsyen juga Noorkhiriah memberitahu dia akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenazah secara percuma kepada orang ramai.
Segala perancangannya itu akan diberitahu kepada pengikutnya tidak lama lagi. Malah dia turut memohon orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Tambahnya lagi, biarpun tidak hidup mewah, Khiriah merasakan dia harus meninggalkan amalannya di dunia untuk kebahagiaan di akhirat.
“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah..akak sayang,maka akak jadikan blkg ni #vanjenazah.Bagi yg memerlukan dialu2kan..Perkhidmatan Percuma #vanjenazah@nurbykhiriah..
Perkongsian ini mendapat respon baik daripada warganet. Masing-masing menyokong apa yang dilakukannya ini.
arashmohd30@khiriah17 Semoga dipermudahkan segala urusan dik. Hanya Allah SWT shj yg tahu isi hati Nor. Inshaa Allah… proud of you
makwanju Semoga Allah swt melindungi mu nak di mne saja nor berada ..dn segala nye di permudah kn Aamiin2
sitifaizahsy Moga dprmudhkan segala urusan dan diberkati olehNYA
dillaz.__ Kebaikan yang ikhlas dibalas jua dengan kebaikan
azidinmantaril Alhamdulillah..moga dipermudahkan dan moga dimurahkan rezeki,tak usah takut utk berbuat baik,peduli apa org akan kata yg penting nawaitu kita Allah dh tahu,kita mudahkan urusan org Allah permudahkan lg urusan kita,lagi2 lh yg berkaitan dgn urusan fardhu kifayah,moga ia menjadi inspirasi kepada semua,tahniah
mawar.mazlan Alhamdulillah jangkamasa panjang saham akhirat akak
Tak pernah rasa terbeban dan anggap seperti anak sendiri. ‘Kami akan jaga amanah yang ditinggalkan.’ Biarpun perit kehilangan dua insan tersayang, namun kehidupan perlu diteruskan.
Wanita ini bukan saja kehilangan abang sulungnya, malah dia turut kehilangan kakak ipar yang juga sahabat baiknya selepas dua insan kesayangan itu meninggal dunia dalam kemalangan, tahun lalu.
Sejak tragedi itu, Norhaziantie Zailani, 33, mengambil alih tugas dan tanggungjawab menjaga tiga anak pasangan itu yang kini meneruskan kehidupan dengan kasih sayang dan perhatiannya serta keluarga.
Mengimbas tragedi hitam itu, abangnya, Mohamad Shafiq Zailani dan isteri, Faieznoor Mansor serta bayi mereka berusia 10 bulan, Daryan Marwa meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 200 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini, 19 November tahun lalu.
Manakala, tiga anak mereka yang selamat dalam kejadian itu ialah Mohamad Danish Uqasha, 10, Dhia Medina, 6, serta Damiaa Melissa, 3.
Anggap Seperti Anak Sendiri
Jelas Norhaziantie, hubungannya dengan abang, Mohamad Shafiq yang dipanggil Along memang sangat rapat selain kakak ipar, Faeiznoor adalah sahabat baiknya, malah mereka juga tinggal di kawasan perumahan sama dan bersebelahan.
Menurutnya, sejak pemergian dua insan tersayang itu dia mengambil tanggungjawab menjaga tiga anak saudara dengan kerelaan diri sendiri dengan persetujuan suami Khairul Haznizam Roslan, 37.
“Suami juga mahu menjaga semua anak Along, malah dia juga sahabat baik Along sejak dari dulu dan selalu menghabiskan masa bersama.
“Mereka juga selalu meminta kami menjaga semua anaknya dan tak sangka apa yang selalu dikatakan itu akhirnya terjadi juga.
“Alhamdulillah, ketiga-tiga anak Along berada dalam keadaan baik dan mereka menerima kehilangan ibu bapa biarpun perit, namun kehilangan itu bukan saja dirasai mereka tetapi seluruh keluarga kedua pihak,” katanya tinggal di Bukit Sagu 2, Kuantan, Pahang.
Kami Akan Jaga
Di samping itu, anak sulung abangnya, Mohamad Danish Uqasha adalah anak susuannya dan kanak-kanak itu bersama dua lagi adiknya memang memanggil dirinya dan suami dengan panggilan ibu dan papa.
“Saya menjaga mereka dengan ikhlas dan tidak pernah berasa terbeban langsung, malah memang menganggap mereka seperti anak sendiri sejak Along dan Kak Long masih ada lagi. Saya layan anak mereka sama seperti anak kandung, tiada beza.
“Saya masih ingat pada hari pertama along dan isterinya meninggal dunia, acah (nama panggilan untuk anak sulung) cakap ‘abah dan mama sudah tiada. Acah tahu ibu sayang acah, boleh tak sayang adik macam acah?’. Itu memang menyedihkan saya kerana saya sayang mereka semua tiada beza.
“Kami akan jaga amanah yang ditinggalkan Along dan isterinya dengan baik dan akan cuba berikan pendidikan dunia dan akhirat yang lengkap untuk mereka sama seperti tiga anak kami,” katanya yang berniaga dalam talian dan menjahit barangan kanak-kanak seperti bantal dan tilam kekabu.
Amanah Yang Ditinggalkan
Norhaziantie yang kini mendapat hak penjagaan sepenuhnya tiga anak saudaranya itu mengakui tahun pertama Aidilfitri tanpa dua insan tersayang itu sangat berbeza terutama kepada anak arwah.
“Tahun pertama tanpa along sangat berbeza untuk keluarga kami. Kakak ipar pandai memasak, dia boleh dianggap ketua tukang masak keluarga. Along pula seorang yang manja, ceria dan suka berkongsi cerita dengan adiknya dan rakan.
“Kami sekeluarga sedih tetapi kami sepakat tidak menunjukkan perasaan itu di depan anak Along sebab kami tak mahu mereka juga berasa sedih dan merasai kekosongan itu,” katanya.
Raya Penuh Makna
Manakala di akaun Facebooknya, Haziantie meluahkan rasa hatinya:
Raya penuh makna yang sangat dalam buat kami tahun ini.
Terima kasih Along membahagiakan adik dengan meninggalkan anak anak Along bersama adik untuk adik terus perjuangkan rasa sayang kita yang tak kan pernah putus.
Walaupun anak-anak Along kehilangan Along ,Paih dan Dayyan adik cuba sedaya upaya adik bahagiakan mereka sama macam adanya abah dan mamanya,sehingga tiada rasa kurang yang dalam buat mereka.
Kami bahagia berlapan long..kami happy sangat. Along berbahagialah bersama isteri dan anak Along di sana seperti kami di sini.
Kita pasti berjumpa nanti, kita hanya berubah Alam tapi kita tetap ada. Al-fatihah.
Kashoorga : Peritnya menerima kehilangan ibu dan ayah, apa lagi anak-anak ini masih kecil. Semoga terus kuat menghadapi hidup wahai anak-anak.
Setiap hari hari kita melihat wajahnya di kaca televisyen memberi perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19. Beliau dilihat begitu tenang menjawab setiap pertanyaan dari pihak media.
Itulah keperibadian Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak pernah jemu bekerja bersama barisan frontliner dalam menangangi wabak pandemik ini.
Kredit Foto: KKM
Semalam beliau telah disenaraikan dalam tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak ini di negara ini.
Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.
Kredit Foto: KKM
Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Bagi yang melakukan ibadah korban perlu mengetahui bahawa mereka tidak dianjurkan untuk memotong rambut pada kepala, badan dan juga kuku bermula 1 Zulhijjah sehingga...