Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian penulis buku viral ‘Ulu Yam di Liverpool’, Dr Nazli Noor yang meninggal disebabkan sakit strok.
Arwah yang tinggal di sana bersama isteri di luar negara selamat dikebumikan di sana. Walau bagaimanapun proses pengebumian jenazah di UK tidak semudah yang disangka.
Artikel Berkaitan: Alhamdulillah, Demi Saham Akhirat, Noorkhiriah Ubah Kereta MPV Jadi Van Jenazah. Akan Beri Perkhidmatan Secara Percuma!
Dalam posting melalui isteri Allahyarham, Puan Ainon Abdullah di laman sosial Facebook miliknya meluahkan rasa penghargaan dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam memantu proses menguruskan jenazah arwah suaminya ini.
Dalam posting itu, arwah yang meninggal dunia akibat pendarahan di bahagian otaknya yang dipanggil haemorrhagic stroke.
Arwah diserang strok sehingga membuatkannya terjatuh dari kerusi dan kemudian terus dibawa ke hospital menaiki ambulans.
Menurut catatannya itu lagi, wanita ini meluahkan rasa syukur kepada insan yang telah membantu berurusan dengan pejabat pendaftaran dengan menyediakan paperworks dan dokumentasi selain berurusan dengan pihak masjid di UK untuk mendaftar kematian dan pengebumian Allahyarham.
Tidak lupa dia turut berterima kasih kepada semua bantuan kewangan yang dihulurkan pada mereka sekeluarga.
Menurutnya wang tersebut telah digunakan untuk membayar kos pengebumian Allahyarham yang mencecah RM16K.
Artikel Berkaitan: “Nak, Kamu Senyum Ya..” -Beruntung Ibu Ini Lihat Jenazah Anaknya Tersenyum. Berkat Amalan Baik Dilakukan Ketika Hidup!
Allahyarham disifatkan sebagai seorang suami dan bapa yang sangat ceria, positif dan berpesonaliti besar.
Apapun segala urusan pengebumian sudah selamat dan selesai. Marilah kita berdoa agar roh Mohd Nazali Bin Mohd Noor berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan khusnul khatimah menjadi miliknya.
Dari lubuk hati yg paling dalam
Saya ingin sampaikan rasa terima kasih yg tak terhingga kpd semua yg telah membantu.
“Adik2 dan rakan2 MSC Liverpool terutama Alea, Izzad, Abg Jantan, Hamizan, Abu dan yg lainnya yg banyak membantu menguruskan jenazah dari awal hingga akhir. Segala paperworks utk pendaftaran kematian dan pengkebumian, berurusan dgn pihak masjid dan pejabat pendaftaran.
“Ke sana ke mari merekalah yg uruskan. Selesai hanya dlm masa sehari. Saya hilang kata2 bagaimana hendak meluahkan penghargaan yg tak terhingga kpd mereka. Bertungkus lumus sejak mendapat berita kematian pd pagi Khamis hinggalah selesai pengkebumian jam 2 ptg semalam (Jumaat).
Untuk makluman, proses pengkebumian di UK tidak semudah di Malaysia. Ada paperworks dan dokumentasi yg diperlukan dgn masa berurusan tertakluk kpd waktu bekerja 10am – 4pm.
“Menurut pengalaman dari Abg Jantan, biasanya ianya memakan masa 3-4 hari. Semasa lockdown sehingga seminggu. Namun dgn bantuan mereka ini, pengurusan jenazah Abg Naz selesai hanya dlm masa sehari. Saya sangat terhutang budi.
“Kepada rakan2 dari LiverpooI, Leeds, Manchester, Warrington, Bolton dan lain2 yg turut menghadiri dan membantu pengkebumian.
“Kepada semua yg membantu dari segi kewangan. Ahli keluarga & saudara mara, rakan2 BBUKIANS, rakan2 sekolah, universiti, sekerja, ex Bank Industri, exliverpudlian, LiverpooI fans dan ramai lagi yg tak dpt saya sebutkan semuanya.
Sumbangan dtg mencurah2 sejak arwah dimasukkan ke hospital. Kos pengkebumian sebanyak £3000 (lebihkurang RM16,000) dibayar menggunakan sumbangan dari kalian. Allahu.. terima kasih.
Juga kepada semua yg mendoakan kami.
Alhamdulillah Najman dan Najmi diberi peluang menguruskan jenazah abah mereka bermula dari memandikan hinggalah ke liang lahad.
Seorang yg sentiasa ceria dan menceriakan, berpersonaliti besar, positif dan berwarna warni.
Dia insan teristimewa. Hidup saya penuh warna dgnnya. Namun ALLAH lebih menyayanginya.
Sukar. Namun hidup harus diteruskan. InsyaAllah we will be fine.
Allahummaghfirlahu
Warhamhu
Waa`fihi
Wa`fua`nhu…
Bersemadilah dikau wahai suami. Moga kita berjumpa lagi.
#Nota : Sekiranya masih ada urusan arwah yg tertangguh atau hutang yg belum diselesaikan, mohon hubungi saya di www.wassap.my/+447595931983.
Banyak message dan whatsapp yg saya terima InsyaAllah lepas ni saya akan reply satu persatu.