Kasihnya seorang isteri pada suami kerana dirinya tahu di situlah syurganya. Dan pastinya setiap kali tiba hari lahir suami, isteri pasti menjadi orang yang sibuk membuat kejutan untuk pasangan  berasa gembira.

Dalam satu perkongsian dari Pencetus Ummah (PU) Hafiz  atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Mohd Haneefa yang juga juara musim pertama pada 2014 berkongsi rasa sebaknya di instagramnya, @pu_hafiz berkenaan kejutan hari lahir dibuat isterinya yang kini menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19. Malah walau “terkurung” seorang diri di dalam bilik, isterinya tetap membelikan kek dan pelbagai hadiah buat PU Hafiz bagi meraikan hari lahirnya.

Baca perkongsian dibuat PU Hafiz di instagramnya selain dirinya berkongsi nasihat buat mereka yang memasuki usia 40 tahun iaitu seusianya kerana pada usia ini  sudah kena mula kurangkan urusan dunia dan melebihkan urusan akhirat.

IKLAN

Alhamdulillah. Walaupun kami kini diuji dengan Zaujah saya positif Covid 19 sejak dua hari lepas. Beliau tak pernah lupa order hadiah, kek sempena birthday saya. Nak menangis semalam tak dapat iftor Hari Asyura sama2, tak dapat sambut birthday sama-sama.

Mohon doakan Bidadari saya segera sembuh dari ujian Covid 19. Kesian dia duduk di bilik sorang-sorang. Alhamdulillah kami anak beranak semua negatif dan tak bergejala.

IKLAN

Kepada yang berumur 40 tahun ke atas sudah kena mula kurangkan urusan dunia, perbaharui taubat. Ingatkan buat diri sendiri.

Firman Allah Taala:-
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

IKLAN

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi adalah seorang laki-laki yang soleh, cerdas, sabar, murah hati, berwibawa dan terhormat. Ia berkata, “Manusia yang paling sempurna akal dan fikirannya adalah apabila telah mencapai usia 40 tahun. Itu adalah usia, di mana pada usia tersebut Allah Ta’ala mengutus Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, dan fikiran manusia akan sangat jernih pada waktu sahur.” (Lihat: al-Wafyat A’yan, Ibnu Khalkan: 2/245). Sumber / gambar : IG @Pu_Hafiz

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI