Kelahiran setiap anak pastinya memberi momen cukup berharga buat kita sebagai ibu bapa.
Walau apa cara sekalipun, anak yang dilahirkan akan dididik penuh kasih sayang dan berdoa agar menjadi anak yag soleh dan solehah.
Bagi pelakon dan pengacara, Norman Hakim masih terkenang saat anak keduanya dilahirkan.
Dia yang muat naik posting di laman sosial Instagram memberitahu bahawa dirinya bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk menyambut kelahiran anak keduanya yang dilahirkan dalam kereta.
Menurutnya, betapa sebagai ayah dia begitu menyayangi anak perempuannya ini, Marissa Dania Hakim yang kini sudah beusia 15 tahun.
Tidak kisah bagaimana sejarah kelahirannya kelahirannya tetapi hasil didikan kedua ibu bapanya, Marissa dilihat bukan sahaja dikurniakan wajah yang cantik tetapi membesar sebagai seorang anak yang mempunyai sikap anak yang baik, menurut kata ibu dan ayahnya dan begitu menyenangkan orang di sekelilingnya.
Hari ni 15 TAHUN lepas,mama @abby_abadi112 bertarung nyawa dalam kereta untuk lahirkan anak ini & Allah s.w.t pilih papa untuk sambut kelahirannya dalam kereta…(sorry bok terpaksa crop pic sbb tak berhijab time ni..banjer telinga ckit jek)
Soalannya,siapakah anak itu?Boleh tolong tag dia tak & bagitau yang kitaorang sayang..sayang..sayang sangat kat dia dunia akhirat dan mohon sama2 doakan segala yang terbaik buat dia sempena ulangtahun kelahirannya hari ni…
Posting ini turut mendapat reaksi warganet. Masing-masing mendoakan anak gadisnya dipanjangkan umur dan menjadi anak yang solehah serta berjaya dunia akhirat.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORMAN HAKIM & MARISSA DANIA