Pusat Tahfiz Buat Solat Hajat Doakan Kesihatan ‘Baby D’, Untungnya Abby Abadi Ramai Yang Sayang

Share

Umum mengetahui pelakon drama kepolisan, Gerak Khas, Abby Abadi telah selamat melahirkan anaknya secara pembedahan walaupun usia kandungan baru 24 minggu.

Bayi pramatang seberat 540 gm yang dinamakan Baby D kini berada dalam pemantauan dan diletakkan di dalam NICU (Neonatal Intensive Care Unit).

Sebaik muat naik perkembangan Baby D ini, ramai yang menzahirkan simpati pada Abby dan keluarga. Sangat beruntung Abby kerana ramai insan yang menyayanginya.

nurmalasari_adikmanis Bismillah… Alhamdullillah… Insya Allah dengan izin Allah swt baby nya sehat sis…

norgayah_mohammad semoga kalian dipelihara Allah taala dan baby D diberi kesembuhan dan kesihatan yg memberangsangkan. Tak sabar nak tengok baby D bergumpal bermain2 sama dgn daiyandayana

roslina349 Alhamdulillah…Semoga baby D membesar dengan sihat.you stay strong Baby Boy…

norhayati70700Aaminn…semoga baby D cepat sihat dan dipermudahkan segala nya…

Bukan sahaja ada antaranya yang dari tanah suci Mekah dan Madinan mendoakan kesihatan Abby dan Baby D, tetapi juga Pusat Tahfiz turut membuat solat hajat kepada mereka berdua.

Dalam muat naik posting di Instaram, suami Abby juga turut memberitahu perkembangan terkini kedua-duanya.

Day 3, Alhamdullilah Baby Boy Abah ada perkembangan yang positif berbanding sebelum ni

Abah dan mama @abby_abadi112 senantiasa doakan baby

Baby tahu tak kat luar sana semua doakan moga baby sihat, baby kuat….Ada yang doakan di Madinah Mekah…

Pusat Tahfiz pun ada buat solat hajat untuk baby…semua sayang baby

Mama pun dah sihat..BP mama tak tinggi sgt dah….Baby jangan risau tentang mama ya.

Allah ada, Allah yang lebih berkuasa dari segala2nya….

Baby x keseorangan kat NICU, abah dan mama akan sentiasa datang jumpa baby…..

Tadi lama sangat baby pegang jari mama….nampak kuat jari baby pegang jari mama….Abah tahu dalam diri baby ada kekuatan mcmana dalam diri mama…

Abah sayang baby dunia akhirat….Abah sayang semua, Abah doakan agar kita semua dapat berkumpul…

Walaupun berada dalam kedaan yang tidak begitu sihat, namun Abby tetap rajin menyebarkan dakwah di media sosial untuk mengingatkan warganet. Semoga usaha Abby ini akan mendapat ganjaran sebaiknya dalam membawa kebaikan kepada orang lain.

Kashoorga doakan Abby dan Baby D berada dalam keadaan sihat dan dapat berkumpul bersama ahli keluarga lain.

Published by
Siti Zurina Mat Saman