Seorang ibu sebolehnya mahu yang terbaik untuk anaknya. Sebab itu seorang ibu akan sentiasa menegur dan memberi nasihat terhadap mana-mana tindakan anak yang dilihat tidak kena di matanya.
Kadang-kadang hampir setiap hari ada saja teguran yang diberikan oleh sang ibu hingga ada yang berasa rimas.
Namun begitu seorang anak perlu berlapang dada menerima teguran dan nasihat, jangan sesekali memberontak atau melawan jika nasihat dan teguran yang diberi tak dapat diterima sehingga menyebabkan ibu berkecil hati.
Apatah lagi sehingga melukakan hati ibu dan dan mengucapkan kata-kata seperti ‘mak tak nak cakap apa dah’, ‘apa nak jadi, jadilah’, ‘kalau mak nasihat sepatah, kau jawab 10 patah’.
Hati hati jika ibu keluar ayat ini
Menurut Ustazah Asma’ Harun jika ibu mengeluarkan kata-kata ini maka berhati-hatilah.
Ads
Ujar beliau sememangnya sifat seorang ibu sentiasa ingin memberi nasihat dan teguran.
“Ketahuilah bahawa sekiranya seorang anak menghalang ibunya untuk memberi nasihat, maka putuslah rahmat dalam hidupnya, ungkapnya.
“Apabila seorang ibu cakap ‘mak tak nak cakap apa dah’, ‘apa nak jadi, jadilah’, ‘kalau mak nasihat sepatah, kau jawab 10 patah’, berhati-hatilah.
Ads
“Kalau seorang ibu mula diam, mula tak bersuara, mula tidak mahu berkata apa-apa lagi untuk kehidupan anaknya, maka sebenarnya anak ini telah terputus laluan ataupun perantaraan rezeki daripada ALLAH, rahmat daripada ALLAH dan pertolongan daripada-NYA,” katanya dalam satu video yang dimuat dalam laman sosial Facebook miliknya.
Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah yang sudah tua, Ustazah Asma’ menitipkan pesanan berharga buat renungan bersama.
Beliau menjelaskan, semua itu ujian buat kita kerana pada usia sebegitu, adakalanya ada sahaja suatu perkara yang tidak ‘kena’ pada mata mereka, menyebabkan orang tua kita bersuara.
Ads
“Ada sahaja benda salah dan hendak ditegur. Renungkanlah, bagaimana kita masih kecil dulu, ibu dan ayah sabar melayan kita, ulang salah yang sama walaupun sudah ditegur setiap hari.
“Begitulah yang berlaku kepada kita esok apabila tua. Bila kita tua, sampai masa akal kita mula ‘separuh’.
“Sebab itu hari ini bekalan kita sabar dengan anak. Walaupun kita diuji dengan anak, menantu atau cucu, jangan pernah berhenti berdoa untuk mereka,” ujarnya.
Solat adalah hubungan kita dengan Allah. Bahkan solat merupakan komunikasi spiritiual manusia dengan Allah SWT. Ibadah ini mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam agama yang tidak boleh ditandingi oleh agama lain.
Solat adalah penanda aras amalan seseorang, kualiti amal seseorang ditentukan oleh solatnya. Hal ini disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Daud dan at-Tirmidzi: “Hal pertama yang akan dihisab kelak pada hari pembalasan adalah solat. Apabila baik solatnya, maka akan baik pula amalan yang lain. Akan tetapi apabila solatnya rosak, maka akan rosak semua amalan yang lain.”
Bahkan solat juga disebut sebagai tiang agama. Dalam satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Baihaqi: “Solat itu tiang agama (Islam), maka sesiapa mendirikannya maka ia telah mendirikan agama; dan sesiapa meninggalkannya, maka sungguh ia meruntuhkan agama.”
Sebagai hambaNya, bila kita menjaga solat maka insya Allah kita mampu menjaga hubungan lain termasuk tidak mudah terpesong pendirian.
Tindakan sekumpulan gadis yang mendahului solat sebelum berhibur ternyata mendapat pelbagai respon. Ada menyifatkan ianya baik kerana circle positif dan tak kurang juga yang mempersoalkan kebersihan pusat karaoke tersebut.
Menurut pemilik akaun @n4bbyy, dalam mencari keseronokan, hubungan dengan Allah perlu dijaga. Ia perlu menjadi keutamaan dan itulah dilakukan oleh mereka sebelum berkaraoke di studio tersebut.
Sememangnya ibadah ini boleh dilakukan di mana saja asal suci.
Alangkah beruntungnya menjadi seorang wanita. Kita boleh berkahwin, melahirkan zuriat dan memberikan kasih sayang tidak berbelah bagi pada seorang bergerlar suami.
Malah kelembutan sikap seseorang wanita itu mampu membuatkan hati lelaki cair. Dan kemudiannya mengakhiri hubungan sedia ada dengan ikatan yang sah.
Gambar sekadar hiasan.
Oleh sebab itu ramai juga kaum transjantina yang mahu mengubah diri mereka menjadi seorang ‘wanita’ walaupun hakikatnya adalah seorang lelaki.
Menjadi sifat seorang itu memang sukakan pada sesuatu yang cantik dan dirinya kelihatan cantik. Ini antara sebab kenapa ada yang mahu menjadi wanita.
Walau bagaimanapun kecantikan itu hanya pada fizikal semata. Akan kedut, kendur dan berlalu pergi. Malah cantik itu bersikap subjektif yang dipandang dengan nilai berbeza.
Kecantikan sebenar adalah terletak pada ketaatannya pada Allah. Ikuti perkongsian oleh Dr Ahmad Sanusi di laman sosial Facebooknya.
Kecantikan Adalah Pada Ketaatan ======== 1. Manusia tidak seharusnya mengikat nilai kecantikan hanya pada fizikal semata. Kecantikan fizikal akan pudar, kendur dan kedut. Ia akan berlalu pergi. Bahkan ia bersifat subjektif yang dipandang dengan nilai yang berbeza oleh setiap orang.
2. Rasulullah menyifatkan nilai kecantikan seorang wanita adalah pada ketaatannya. Seorang lelaki yang memiliki isteri solehah seumpama lelaki yang mempunyai kekayaan yang tidak ternilai. Sabda Rasulullah:
ألا أخبرك بخير ما يكنز المرء؟ المرأة الصالحة: إذا نظر إليها سرته، وإذا أمرها أطاعته وإذا غاب عنها حفظته
“Mahukah kamu aku beritahu nilai yang terbaik yang perlu dijaga (dipelihara) oleh seorang lelaki? Ianya adalah isteri yang solehah. Isteri solehah itu adalah seorang yang tenang bila kamu melihatnya, apabila disuruh, dia mentaati suaminya dan apabila suami tiada dia menjaga hak-hak suaminya.”
3. Perhatikan bagaimana Rasulullah mengangkat nilai keindahan (kecantikan) seorang wanita. Ia bukanlah penilaian fizikal tetapi ketinggian nilainya dilihat dari aspek ketaatan kepada Allah dan kepatuhan dalam menjaga hak-hak suaminya.
Gambar sekadar hiasan.
4. Begitu juga bagi seorang lelaki, nilai kecantikannya terletak pada ketaatannya kepada Allah, serta budi pekertinya yang mulia.
5. Lelaki yang menghabiskan simpanan wang jutaan ringgit hanya untuk memenuhi kehendak nafsunya yang bercanggah dengan perintah Allah tidak memiliki keindahan seperti yang digariskan oleh Rasulullah.
Islam menganjurkan nikah kepada pasangan lelaki dan perempuan yang cukup syaratnya bagi menyempurnakan suruhan agama.
Bernikah adalah lesen mendapatkan kebahagiaan cinta dan kasih sayang selain sebagai menghalalkan ikatan hubungan dua jiwa.
Bercerita tentang nikah, dalam zaman moden hari ini, ramai pasangan muda lebih selesa untuk bercinta sebelum nikah dengan alasan ingin mengenali hati budi sebelum berumahtangga.
Namun, bukan perkara mustahil atau pelik apabila ada pasangan memilih untuk bercinta selepas nikah.
Ini selari dengan hukum Islam agar terpelihara daripada perbuatan mungkar dan mengelak dari terjadinya zina. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran an Nur: 30
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS An-Nur : 30)
Bercinta sebelum bernikah adalah haram di dalam Islam kerana boleh jadi bila lelaki dan wanita yang berdua-duaan dan berpandang-pandangan maka diantaranya akan ada godaan yang lebih.
Mampukah anak-anak yang masih muda menjaga batasan sewaktu keluar bersama teman lelaki atau wanita? Sebab itulah Islam jelas tidak menganjurkan gaya hidup bercinta sebelum nikah. Apa yang lebih baik adalah bercinta selepas nikah atau berkahwin.
Berikut adalah kelebihannya, dunia dapat, akhirat pun selamat.
1. Selamat Dari Dosa Zina
Bercinta selepas kahwin pasangan akan terhindar dari dosa zina, atau dosa-dosa aktiviti yang mendekati zina.
2. Hidup Penuh Kejutan; Terasa Bahagia Dan Tak Bosan
Ini lah masanya pasangan akan lebih kenal mesra antara satu sama lain. Setiap hari yang dilalui penuh kejutan.
Berbanding jika bercinta sebelum bernikah, pasangan sudah mengenali dan mungkin berasa cepat bosan kerana sudah mengetahui sikap pasangan semasa bercinta dahulu.
Bagi pasangan yang baru menikah tanpa bercinta, mereka akan merasakan nikmatnya kebahagiaan bersama tanpa bosan kerana baru melalui keindahan masa bercinta dan berkasih sayang. Ini baru betul-betul merasa pasangan pengantin baru.
3. Menikmati Indahnya Masa ‘Berkenalan’ Setelah Menikah
Perasaannya lebih tenang kerana hubungan telah halal berbanding jika bercinta sebelum bernikah.
Gambar sekadar hiasan
4. Nikmat Berkasih Sayang Secara Halal
Pasangan yang bercinta selepas nikah akan menikmati hubungan berkasih sayang yang halal. Tidak perlu ada rasa bimbang dan ragu kerana apa sahaja yang dilakukan untuk kecap kebahagiaan akan diredhai Allah. Maka di sinilah untungnya bercinta selepas nikah.
Walaubagaimanapun, jangan lah disebabkan kelebihan ini, kita terburu-buru hendak bernikah. Perlu ada usaha awal untuk kenal pasti kriteria bakal suami atau isteri yang baik menurut Islam. Memang tak mudah dan harus mengerti terlebih dahulu apa matlamat untuk bernikah. Ingat ya bukan semberono sahaja buat keputuan bernikah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...