dayah3

Menjadi impian bakal ibu mahukan suami menemani tatkala berjuang untuk melahirkan cahaya mata, lebih-lebih lagi anak pertama.

Namun kita hanya merancang, hanya Tuhan jua yang menentukan. Dek kerana tuntutan tugas menyebabkan suami tersayang tidak berada di samping sepanjang proses melahirkan.

Begitu pengalaman yang dilalui pengacara dan penyanyi, Dayah Bakar yang telah selamat melahirkan anak sulung iaitu seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan Petaling Jaya pada jam 2.23 petang semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar) on

Namun begitu, kelahiran anak pertama ini tidak disaksikan oleh suami tercinta Muhammad Hanif Hamidi kerana bertugas di Australia dan tidak dapat kembali ke malaysia disebabkan penularan COVID-19.

Dayah hanya ditemani oleh ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara di sebuah pusat perubatan di Damansara.

Artikel Berkaitan: Banyakkan Baca Surah Ar Rahman Masa Hamil, Rahsia Wanita Ini Dikurnia Anak Comel

Walaupun tanpa kehadiran suami di sisi, Dayah mengakui reda dengan segala takdir yang berlaku.

Menurutnya mereka memang merancang untuk meraikan anak sulung bersama tetapi Tuhan menentukan.

Ads

“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya.

“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata. Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya.

Dalam pada itu sebelum bersalin, dalam posting terdahulu, Dayah ada berkongsi zikir yang diamalkan sebelum waktu untuk melahirkan.

Zikir ini adalah untuk permudahkan segala urusan (sepanjang proses melahirkan anak sulungnya) itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar) on

Ads

The power of love
Penantian hampir ke penghujungnya .

Rabbi Yassir wala tu’assir, rabbi tammim bi khair
Ya Allah, permudahkanlah urusanku , permudahkanlah jangan disulitkan

Sebaik selepas melahirkan, Dayah turut muat naik memberitahu dia dan anaknya dalam keadaan selamat.

Malah Dayah turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan dia dan babynya.

 

 

View this post on Instagram

 

Perjuangan ini bukan milikku sahaja, bukan juga milik kamu, tapi milik kita bertiga …. Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan 🤲🏻 Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah🤍 Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih 🙏🏻🤍 P/s : This photo was taken separately malaysia 🇲🇾 🇦🇺 Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us 📸

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar) on

Ads

Allahuakbar alhamdulillah 

Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2:23pm tadi.
Both mommy and baby doing fine alhamdulillah .

Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami .
Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little bb is already out . Macam mimpi . Indescribable feeling masha Allah 

Syukur alhamdulillah

Pengacara Borak Kopitiam ini juga turut mendapat ucapan tahniah dari rakan selebriti atas kelahiran anak pertama pasangan ini. Dayah dan suami mendirikan rumah tangga pada Jun 2018 yang lalu.

Kredit Foto: Instagram Dayah Bakar

Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan: “Banyakkan Baca Surah Untuk Baby” – Lepas Hampir 2 Tahun Kahwin, Dayah Bakar Kongsi Kini Hamil Anak Pertama

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI