“Rabbi Yassir Wala Tu’Assir, Rabbi Tammim Bi Khair”, Ini Zikir Diamalkan Dayah Bakar Saat Lahirkan Anak Tanpa Suami Di Sisi

Share

Menjadi impian bakal ibu mahukan suami menemani tatkala berjuang untuk melahirkan cahaya mata, lebih-lebih lagi anak pertama.

Namun kita hanya merancang, hanya Tuhan jua yang menentukan. Dek kerana tuntutan tugas menyebabkan suami tersayang tidak berada di samping sepanjang proses melahirkan.

Begitu pengalaman yang dilalui pengacara dan penyanyi, Dayah Bakar yang telah selamat melahirkan anak sulung iaitu seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan Petaling Jaya pada jam 2.23 petang semalam.

Namun begitu, kelahiran anak pertama ini tidak disaksikan oleh suami tercinta Muhammad Hanif Hamidi kerana bertugas di Australia dan tidak dapat kembali ke malaysia disebabkan penularan COVID-19.

Dayah hanya ditemani oleh ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara di sebuah pusat perubatan di Damansara.

Artikel Berkaitan: Banyakkan Baca Surah Ar Rahman Masa Hamil, Rahsia Wanita Ini Dikurnia Anak Comel

Walaupun tanpa kehadiran suami di sisi, Dayah mengakui reda dengan segala takdir yang berlaku.

Menurutnya mereka memang merancang untuk meraikan anak sulung bersama tetapi Tuhan menentukan.

“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya.

“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata. Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya.

Dalam pada itu sebelum bersalin, dalam posting terdahulu, Dayah ada berkongsi zikir yang diamalkan sebelum waktu untuk melahirkan.

Zikir ini adalah untuk permudahkan segala urusan (sepanjang proses melahirkan anak sulungnya) itu.

The power of love
Penantian hampir ke penghujungnya .

Rabbi Yassir wala tu’assir, rabbi tammim bi khair


Ya Allah, permudahkanlah urusanku , permudahkanlah jangan disulitkan

Sebaik selepas melahirkan, Dayah turut muat naik memberitahu dia dan anaknya dalam keadaan selamat.

Malah Dayah turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan dia dan babynya.

 

Allahuakbar alhamdulillah 

Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2:23pm tadi.
Both mommy and baby doing fine alhamdulillah .

Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami .
Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little bb is already out . Macam mimpi . Indescribable feeling masha Allah 

Syukur alhamdulillah

Pengacara Borak Kopitiam ini juga turut mendapat ucapan tahniah dari rakan selebriti atas kelahiran anak pertama pasangan ini. Dayah dan suami mendirikan rumah tangga pada Jun 2018 yang lalu.

Kredit Foto: Instagram Dayah Bakar

Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan: “Banyakkan Baca Surah Untuk Baby” – Lepas Hampir 2 Tahun Kahwin, Dayah Bakar Kongsi Kini Hamil Anak Pertama

Published by
webadmin