
Soalan:
Apa hukum membasuh kain dengan menggunakan mesin basuh?
Jawapan:
Asal sesuatu pakaian yang bersih dimasukkan oleh seseorang ke dalam mesin basuh tidak dikira bernajis melainkan terbukti kenajisannya.
Pakaian dicuci dengan menggunakan air yang bersih dan bahan-bahan yang boleh membersihkan. Setelah sesuatu pakaian itu dicuci dengan satu proses penyucian sehingga tiada lagi kesan najis sama ada bau, rasa dan warna, maka dikira pakaian itu bersih. Tidak diperintahkan oleh syara’ untuk kita membebani diri meneliti sesuatu proses pembersihan jika sudah terbukti cucian yang berlaku menghilangkan segala kesan najis.
Jika terbukti masih terdapat kesan najis selepas proses pembersihan menggunakan mesin basuh maka pakaian terbabit dikira masih bernajis. Namun jika kesan itu terlalu sukar untuk dihilangkan dan hanya sedikit seperti kesan warna darah atau warna najis yang tidak dapat dihilangkan maka dimaafkan.
Bagi mengelakkan kesan najis di dalam penggunaan mesin basuh maka digalakkan seseorang memastikan pakaian yang dimasukkan itu dihilangkan najis yang jelas yang akan menyebabkan pakaian lain terkena najis tersebut dan memberi kesan kepada bau, warna dan rasa.
Diperakukan dalam Mesyuarat
Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis

Bil 5/2019 pada 5 September 2019
Artikel Berkaitan: Senyum Dalam Solat, Tak Batalkan Sembahyang. Tapi Lain Pula Hukumnya Bila Ketawa!
SUMBER: Mufti Perlis
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bergelar Suami 4 Hari Saja, Tak Sempat Ke Majlis Bertandang. Pengantin Baru Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

Innalilahiwainailahirojiun
Kepada Allah, kita datang dan kepada Allah kita pergi. Tidak pernah terlewat seminit atau tercepat sesaat, bila tiba masanya, kita akan kembali kepada Sang Pencipta.
Keterujaan pasangan pengantin yang baru berkahwin Jumaat lalu, memilih pelamin untuk majlis bertandang tidak kesampaian apabila terbabit dalam sebuah kemalangan di Kampung Galok, di sini, 4.45 petang semalam.
Kemalangan berkenaan meragut nyawa Wan Ahmad Haziq Wan Abd Razak, 25, manakala isterinya, Norainsya Mohd Suhaimi, 22, luka ringan di kepala.

Adik mangsa, Wan Ahmad Aizat Wan Abd Razak, 23, berkata, pada awalnya, dia menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memberitahu mereka terbabit dalam kemalangan dengan keadaan abangnya yang masih tidak diketahui.
Katanya, ketika dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas (HPM), dia terkedu kerana dikhabarkan abangnya sudah meninggal dunia, namun terus menguatkan semangat untuk sampai ke sana.
“Kali terakhir kami berjumpa ketika sarapan pagi bersama-sama di rumah ibu pagi tadi (semalam), memandangkan saya merancang untuk pulang Tanjung Malim, Perak, tempat saya bekerja pada sebelah petang.
“Kami berdua sangat akrab malah boleh dikatakan hampir setiap hari dia menelefon saya sebelum majlis perkahwinannya, untuk berkongsi persiapan dan keterujaan dia mendapat isteri memandangkan saya sudah berkahwin beberapa bulan lebih awal daripada abang,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HPM, malam tadi.
Wan Ahmad Aizat dalam keadaan sebak mengakui, abangnya itu seorang anak yang sangat taat pada ibu mereka selain disenangi rakan-rakan kerana keramahannya selain suka membantu kenalan yang dalam kesusahan.
“Pemergiannya benar-benar memberi kesan buat kami sekeluarga, apatah lagi hanya beberapa hari dia membina ‘masjid’ bersama isteri tercinta. Bagaimanapun, kami reda dan akan terus menguatkan semangat kerana isterinya juga perlukan sokongan kami sekeluarga untuk terus kuat.

“Insya-Allah sebaik selesai semua urusan di hospital, jenazah abang akan segera dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Harab, Kota Jembal, di Kota Bharu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu.
“Hasil siasatan mendapati, pasangan berkenaan yang menaiki Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan menyebabkan terbabas ke jalan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza ketika dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas.
“Selepas bedah siasat dilakukan, didapati mangsa yang parah pada bahagian dada dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan HPM, manakala isterinya mengalami luka di bahagian kepala.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Sumber :- Harian Metro
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Penampilan Persis Wanita, Dia Terima Seikhlas Hati.’ Sokongan Isteri Buat Lelaki Ini Tinggalkan Dunia Songsang

Isi Kandungan
Toggle‘Penampilan persis wanita, dia tetap cinta seikhlas hati.’ Sokongan isteri buat lelaki ini tinggalkan dunia songsang. Benarlah cinta itu buta dan kerana cintalah lelaki ini berubah ke arah kebaikan.
Ternyata bukan sesuatu yang mudah untuk kembali kepada fitrah apabila sudah tersasar jauh. Namun keikhlasan seorang wanita atau isteri ini menerima kekurangan suaminya membuatkan lelaki ini berubah.
Artikel Berkaitan: Jangan Subahat Perkara Haram & Dilaknat Allah, Ketua Penolong Mufti Komen Suami Jadi Maknyah & Isteri Terus Setia
Penampilan Persis Wanita
Sokongan kuat isteri tercinta dan keluarga menyebabkan bekas mak nyah nekad meninggalkan dunia songsang yang membelenggu dirinya.
Mohd Faizal Ismail @Elias, 32, turut menyifatkan cinta hatinya itu, Ras, 32, sebagai isteri dari syurga kerana sanggup menerimanya seadanya sehingga dia akhirnya insaf.
Jelas Mohd Faizal yang sebelum ini dikenali sebagai Fiona, dia tidak menyangka akan ada wanita yang mencintainya seikhlas hati di sebalik penampilannya seperti wanita.
Dia Tetap Cinta Seikhlas Hati
Katanya, pada mulanya dia dan isteri hanyalah sahabat baik yang bekerja di sebuah butik yang sama.
“Isteri adalah tukang jahit di butik berkenaan manakala saya pula tukang potong kain. Kami memang berkawan baik apatah lagi ketika itu, dia tidak pernah mempertikai penampilan saya.
“Ketika itu penampilan saya persis wanita lengkap dengan rambut panjang mengurai. Namun, seorang rakan pekerja lain kemudian menyatakan pada saya, isteri ketika itu ada menaruh perasaan pada saya.
“Mulanya saya terkejut, namun saya berhadapan dan bertanya sendiri sama ada betul dia menaruh perasaan pada saya. Apabila dia mengaku dan menyatakan akan terima saya seadanya, ia membuatkan saya terharu dan tersentak.
Sokongan Isteri
“Keikhlasan isteri menyayangi saya seadanya ketika itu, akhirnya membuatkan saya insaf dan nekad meninggalkan hidup dan dunia mak nyah, bagi membahagiakannya dan membina keluarga,” katanya.
Mohd Faizal berkongsi kisahnya ketika ditemui selepas Simposium Kaunseling Islam ‘Pelangi Islam’ di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar.
Pada majlis itu, Mohd Faizal diberikan sijil penghargaan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
Atas usaha aktifnya memberikan ceramah dan berkongsi kisah penghijrahannya kepada pelbagai pihak termasuk warga pendidik dan guru negeri ini dalam program dianjurkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Buat Lelaki Ini
Menceritakan kisah awal hidupnya terjebak dalam dunia mak nyah, pengaruh rakan selain nafsu diri antara punca utama Faizal terpengaruh dalam dunia itu.
Katanya, dia mula mengubah berpenampilan sebagai wanita sejak Tingkatan Tiga terutamanya selepas habis waktu sekolah.
“Ketika itu saya sudah mula mengambil pil hormon supaya penampilan tampil memukau dan sempurna selain aktif menyertai pertandingan ratu mak nyah.
“Walaupun saya mengambil jalan salah itu, kakak dan keluarga tidak pernah menyisihkan malah tidak jemu memberikan nasihat dan mendoakan saya berubah.
“Benarlah kata bijak pandai, doa keluarga tiada hijabnya apabila hati saya mula terdetik hendak berubah. Saya nekad berubah berikutan menerima sokongan kuat keluarga malah dicintai wanita yang menerima saya seadanya, menyebabkan saya insaf,” katanya.
Baca Juga Di Sini:
“Bila Sajat Mempersendakan JAIS…”, Prof Madya USIM Kongsi Maksud Surah Al-Mutaffifîn Ayat 29
Suami Lembut, Adik Ipar Kongsikan Kakak Bahagia Dilayan Macam Ratu Dalam Rumahtangga

Tinggalkan Dunia Songsang
Jelas Mohd Faizal, dia mula berubah kembali ke fitrah sebagai seorang lelaki sejak 2008 lapan sebelum mendirikan rumah tangga dengan sahabat baik tujuh tahun lalu.
“Alhamdulillah, selepas kahwin rezeki saya dan keluarga semakin melimpah ruah. Selain dikurniakan seorang anak yang sudah berusia 11 tahun kini, saya juga diberi kemampuan untuk membeli rumah dan tanah untuk keluarga tercinta.
“Saya kini diberi rezeki sebagai seorang eksekutif swasta dan tidak lagi membenarkan isteri bekerja supaya dia dapat berehat dan membesarkan cahaya mata kami,” katanya.
Keluarga Mentua Melayan Dengan Baik
Menurutnya lagi, apa yang lebih manis, keluarga mentua selain ipar juga melayannya dengan baik walaupun mengetahui kisah hidupnya sebelum berkahwin.
“Alhamdulillah, inilah kemanisan penghijrahan saya apabila keluarga saya dan keluarga mentua menyayangi saya seadanya. Merekalah kekuatan saya.
“Saya ingat lagi pesanan kakak dan ibu, walau apapun jangan lupakan solat lima waktu. Itulah pegangan saya sehingga diberikan Allah rezeki melimpah ruah dan kebahagiaan hidup.
“Saya juga berharap masyarakat janganlah mengecam, mentertawakan serta menghina golongan mak nyah kerana ada antara mereka yang sebenarnya mahu berubah tapi dijauhi dan dipandang serong masyarakat dan tidak diberi peluang,” katanya.
Kashoorga: Sebagai masyarakat kita jangan memandang hina dan memeprkecilkan golongan ini, mereka juga manusia tak sempurna seperti mana kita yang juga sentiasa membuat kesilapan.
Sumber : myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Banyak Hutang, Cara Waris Pastikan Arwah ‘Damai Di Sana’

Isi Kandungan
ToggleJika banyak hutang dan kita tak selesaikan semasa masih hidup memang akan menyusahkan waris. Lebih utama orang yang berhutang juga akan tak lepas di walau sudah di alam sana.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Jiwa (atau roh) orang beriman itu akan tergantung sehinggalah seseorang menyelesaikan bagi pihaknya.”
Antara perkara awal yang akan dihitungkan oleh malaikat adalah hutang-hutang kita yang belum lunas. Namun seandai seseorang itu mati tapi tak sempat selesaikannya siapakah yang wajib menguruskannya hingga selesai, supaya arwah damailah di sana.
Ikuti nasihat daripada Ustaz Azhar Idrus ini.
SOALAN:
Jika seseorang itu meninggal dunia dan dia ada banyak hutang dengan seseorang siapakah yang wajib bayar hutangnya?
JAWAPAN:
Apabila ada bagi mayat itu hutang maka hendaklah dibayar hutang tersebut dari harta yang ditinggalkannya sekali pun waris tidak bersetuju kerana waris tidak ada hak ke atas harta melainkan setelah dijelaskan segala hutang mayat.
Tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis:
(مسألة): مات شخص وعليه دين وخلف مالاً قدر الدين أو أكثر لا تبرأ ذمته حتى يؤدي عنه
غاية تلخيص المراد / 219
Ertinya: “Masalah. Telah mati seseorang dan atasnya ada berhutang dan meningggalkan akan harta kadar membayar hutang atau lebih banyak tiadalah terlepas dari tanggungannya sampailah dibayar daripadanya.” (Kitab Ghayatul Talkhis)
Yakni apabila digunakan harta peninggalannya itu buat membayarkan hutang tersebut maka terlepas mayat itu dari hutangnya.
Dan berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :
إن قسمة المواريث كلها بين الورثة مقدم عليه أولا إيفاء الديون المتعلقة بالتركة، وتنفيذ الوصايا
التفسير المنير للزحيلي (4/ 276)
“Sesungguhnya pembahagian segala harta pusaka sekaliannya antara segala waris didahulukan atasnya pada permulaan dengan menunaikan segala hutang yang bergantung dengan harta peninggalan dan diluluskan segala wasiatnya.” (Kitab Tafsir Al-Munir)
Maksudnya hendaklah diselesaikan dulu hutang mayat dan segala wasiat jika ada sebelum dibahagikan antara segala warisnya.
Al-Imam Al-Qurtubi berkata :
وبالاجماع لو مات ميت وعليه دين لم يجب على وليه قضاؤه من ماله، فان تطوع بذلك تأدى الدين عنه.

Ertinya: “Dan dengan ijmak jikalau mati seseorang dan atasnya ada hutang nescaya tidak wajib atas walinya menunaikannya dari hartanya.
Maka jika sukarela membayar oleh wali dengan demikian itu nescaya telah terbayar hutang itu daripada mayat.” (Jami’ Li Ahkam Al-Quran)
Walhasil bila mayat ada meninggalkan hutang dan harta maka wajib dibayar hutang tersebut menggunakan harta mayat bukan harta waris atau orang lain.
Waris disunatkan membayar hutang mayat andainya mayat tidak meninggalkan harta yang cukup buat membayar hutang supaya lepaslah mayat itu dari berhutang.
Wallahua’lam
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI