Rahmat, Kebaikan Dan Sejuta Hikmah Melalui Amalan Bersahur

Share

Bersahur merupakan salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan dan tidak sepatutnya dipinggirkan. Ia bukan saja penting untuk kesihatan tubuh malah di dalam amalan bersahur itu sendiri ada keberkatannya. Walaupun hukumnya adalah sunat sahaja namun amalan bersahur sangatlah dituntut dalam Islam.

Kelebihan bagi mereka yang bersahur antaranya Rasulullah SAW bersabda:

“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah)

Melalui hadis ini, amalan bersahur boleh dikaitkan dengan rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah SWT ke atas umat Islam dan keberkatan membawa kebaikan serta restu Ilahi. Tuntutan bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayar Ibnu Hibban)

Dalam hadis lain juga ada menyebut kelebihan orang yang bersahur seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud :

“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani)

Sahur mendatangkan manfaat kepada jasmani dan rohani. Namun, berapa ramaikah antara kita mengamalkan sahur sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW? Cukup ramai orang yang berpuasa tetapi tidak bersahur kerana malas untuk bangun, akhirnya waktu sahur berlalu begitu sahaja. Paling tidak pun, sekadar memenuhi syarat makan sahur, makanan berat diambil lewat malam sebelum tidur.

Bersahur sebenarnya dapat membantu kita menguatkan ketahanan diri dari segi fizikal dan mental dalam melaksanakan ibadah puasa pada siang hari. Ia juga memberikan kita kesempatan untuk merebut peluang melakukan amal ibadat seperti bertahajud, membasahi lidah berzikir memuji keagungan Allah, beristighfar dan memunajat kepada Allah.

Maka sebab itulah amalan sahur amat penting ketika kita berpuasa. Pemilihan menu makanan dan cara bersahur akan menentukan tahap kecergasan anda sepanjang hari. Quaker Oat merupakan pilihan hidangan yang sangat mengenyangkan sesuai untuk dinikmati ketika bersahur.

Sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga terutama anak-anak yang baharu belajar berpuasa, sajian Quaker Oat bukan sahaja lazat untuk dinikmati tetapi membuatkan anda kenyang lebih lama*. Kaya dengan serat, protein dan Beta Glucan, ia membantu anda menjalani ibadah puasa dengan lebih bertenaga sepanjang bulan Ramadan.

Untuk pilihan menu lain yang lebih menarik, layari http://www.quaker.com.my/recipe-book.html

*Sumber: Rebello CJ. et al. Nutr J. 2014 May 28; 13:49.Rebello CJ. et al. Nutr Rev. 2016 Feb 74(2) page 131-147.

Published by
wan erni